Lebih 100 Pilihan Free And Fun Online Games

Hi. Kalau korang suka main fun online games, lepas tu boleh main free game tanpa gangguan iklan, aku syorkan korang main dekat PLAYS.ORG .

Lebih 100 Pilihan Free Online Games - Rambang Mata Nak Main Mana Satu

Aku pun baru tahu kewujudan website plays.org yang menawarkan free online games kepada pengguna.

Sesuai sangatlah dengan keadaan lockdowns, ramai yang masih stuck di rumah tak dapat keluar ke mana-mana, dan lagi teruk kes Covid-19 semakin meningkat membuatkan lebih ramai yang akan rasa stress.

Jadi apa kata kita add a bit of joy dengan bermain free and fun online games. Lupakan sekejap rasa stress tu.

fun online games

Plays.Org Menawarkan Lebih 100 Pilihan Free Online Games


Rugi pula aku lambat tahu pasal website plays.org ni. Kalau tak, dah lama aku layan website yang tawarkan pelbagai pilihan bermain free game. Eh macam-macam game ada tau.

Dulu waktu aku kecik-kecik la, sesekali mak bapa aku bawa kitorang main game kat arked.

Kalau kau jenis hebat, memang bayar lima posen sekali main,boleh tahan lama kau main kan sampaikan mak bapa penat menunggu anak-anak bila nak kalah main game tu. Asyik menang ja memanjang.

Aku jenis tak hebat. Sekejap saja main, lepas tu kompom aku kalah! Tapi lain kes dengan abang aku dua orang tu, boleh masam muka aku tunggu dorang main game lama betul nak habis!

Selain main game di arked, mak bapa kitorang ada belikan handheld brick game juga. Tapi yang buat aku geram main handheld game ni, cepat betul bateri game tu habis. Kejap-kejap kena tukar. Mak pun bising bila kami asyik minta belikan bateri baru.

handheld brick game



Sekarang ni, zaman hidup dengan internet 24 jam sehari. Jadi, dah tiada rasanya orang nak melayan main game di arked. Rugilah asyik nak membayar main game.

Selain tu, handheld game pun dah tak berapa orang nak main sangat. Dah ramai yang beralih memilih bermain free game online. Main free game lebih jimat, lepas tu pilihan pun banyak gila-gila.

Macam laman web plays.org ni, ada 150 jenis free and fun online games ditawarkan. Dan laman web ni tidak mengenakan iklan kepada penggunanya.

Tak perlu nak risau dengan gangguan iklan bila bermain di plays.org tau. Biasa kalau main game di apps tu, kalau yang free game, selalu sangat iklan lalu lalang sampaikan mengganggu betul permainan aku rasa.

Berbeza pula kalau bermain di plays.org game online pc, takkan ada iklan yang datang secara berjemaah. Totally zero ads.

Selain tu, tak perlu nak susah-susah download game. Kau buka browser dan boleh main seperti biasa. Bila kau tak nak main, kau off jer lah browser tu. Jimat space smartphone korang kan tanpa perlu download apa-apa kan.

Dan satu lagi, kau tak perlu rasa paranoid nak register nama dan email dan seangkatan dengannya. Plays.org ni tak perlukan data peribadi korang. Jadi sesuai sangatlah you can play for free and have fun online games.

free online games plays org


Walaupun bermain free online game dekat browser, yang pastinya kau boleh main dengan smooth. Gaming sangat lightweight.

Kalau dulu, main TV Games kena guna cartridge game kan (siapa layan TV Games guna cartridge, kita geng ya), siap kena beli dua tiga joystick.

Joystick pula kadang-kadang buat hal tak function lah, button stuck lah, dan lagi teruk, abang-abang aku main TV games, sampai joystick boleh patah! Ganas betul.

Bila aku main free online games DI website plays.org, tak perlu nak fikir game glitch. Memang no glitch pun. Kalau kau tengah main dan tiba-tiba stuck tak bergerak, tu maybe internet connection kau yang ada masalah, ekeke.

Favorite Free Game Di Website Plays.Org


Dua game yang aku paling suka main dekat plays.org ialah TETRIS dan juga PAC-RAT (inspirasi dari pac-man).

free and fun online games plays org


Dua game ni menggamit kenangan waktu aku kecik-kecik dulu lah. Teringat pula arcade shop yang mak bapa aku selalu bawa dulu. Kedai tu dah tukar jadi kedai lain pun.

Entah berapa banyak kali aku main Tetris kat plays.org  , suka sangat.

Banyak gila pilihan lain kalau korang nak main free online game dekat PLAYS.ORG , boleh pilih jenis game dekat game catalog yang disediakan di dalam website mereka seperti screen shot gambar di bawah ni. 


free online games plays org



Ni antara pilihan player pengguna plays.org - mini golf, the sorcerer, hero rescue dan footstar. Pilihan game lain seperti arcade classic - neon invaders, brick out, pack rat dan tetris ramai yang main.

Base defense dan simulation games pun ada. Eh, banyak lagilah jenis game yang lain. Boleh rambang jiwa nak main yang mana satu!

Kelebihan Bermain Free Online Game


Ada yang cakap buang masa jer lah main online game, bukan bagi faedah pun.

Tapi pendapat aku berbeza dengan orang sebegitu. Bagi aku lah, bukan salah pun main online game. Dan ada kelebihan bermain free online game tau. Siapa cakap main game ialah satu pembaziran, aku pangkah (X) orang tu tau.

  • Kelebihan bermain online game ni, membantu pemain membentuk complex problem-solving skills. Dah kau nak main, mestilah kau kena fikir macam mana nak cari penyelesaian permainan tersebut.
  • Main game pun boleh mewujudkan leadership skills dan keupayaan untuk berdepan dengan unexpected consequences.
  • Lepas tu, main online game ni pun boleh enhance observation skills of the player serta keupayaan intuisi, dan mengasah kepekaan dan tumpuan menjadi lebih baik. Boleh improve hand--eye coordination juga.
  • Membantu mengawal emosi juga bila main game kan. Dah asalnya rasa macam stress dan bosan tak tahu nak buat apa, once in a while main game, terus rasa happy kan.

Siapa yang cakap main game tu satu pembaziran maka korang silap. Korang kalau nak main, jangan main 24 jam sehari sampaikan tak ingat dunia. Memanglah rasa satu pembaziran dari segi masa. Dan pilih game yang elok, baik dan bermanfaat.

Diakui bermain game dengan cara tidak betul (bagi orang dewasa) boleh menyebabkan high blood pressure, high heart beat, anxiety dan sebagainya, jadi korang kena lah juga ambil peduli kesan terhadap bermain free online game.

Jadi, penting untuk main online game secara berjadual. Set lah had limit berapa lama nak main dalam sehari atau seminggu. Kenalah bijak dalam time management kan.

Lepas ni, setiap kali nak main free online games, korang janganlah lupa laman web plays.org - ada 150 jenis free games yang menarik untuk korang cuba ok.

Have fun. Stay healthy. Say no to stress ok!

Love yourself.

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. Saya kalau dah main game pasti rakit nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once dah main memang boleh ketagih juga dibuatnya.

      Delete
  2. Setuju dgn Kelebihan main game yg kak pip mentioN. selagi dlm keadaan tkawal, xda buruknya main game nii 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Jun. Selagi kita dpt kawal main game ni, bukan salah pun.

      Delete
  3. Boleh bagi anak anak main game ni.. asyik boring boring je diorg pkp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti anak anak suka main , byk sgt pilihan main game free di plays.org ni

      Delete
  4. Wahh ni kalau anak cikla tgk habisslaa. Memang khatam 100 games ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bleh saja bagi anak2 main, asalkan mereka tahu limit mereka. lagipun, main game boleh hilangkan stress anak anak juga.

      Delete
  5. Game yang bermanfaat memang bagus! Buat minda kita bergerak dan berfikir. Yang penting jaga masa supaya benda utama tak diabaikan kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu KC. Main game ni pun ada baiknya juga untuk otak kita.

      Delete
  6. Menariknya....games free je kan. Marsha pun nak cubalah main. Time PKPD ni time boring boleh main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, time pkpd ni, kdg2 sampai tiada idea nak buat apa lagi dalam rumah tu. jadi bolehlah cuba mian game pula kan.

      Delete
  7. Saya dah test main kat website nih, ter-addicted pula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jom main game ... rambang mata nak pilih game mana satu.

      Delete
  8. Sy jarang main game.. Tp biasanya sy suka game yg cabar minda kita mcm puzzle, quiz..

    ReplyDelete
  9. Haih ini kalau napka dik naufal & nufael ni, habislah tak buat pdpr la jawabnya

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.