5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya

Hari Raya, kini tiba lagi. Sekejap saja rasanya telah hampir berakhir tempoh puasa sebulan. Walaupun sedang berada dalam tempoh PKP, tak bererti kita tidak boleh sambut raya. 1 Syawal elok disambut cuma jika dulu meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai, untuk tahun ini memadai lah diraikan bersama keluarga kecil saja.

Menu untuk sambut raya pula, tak bererti mesti makanan melayu. Nak makan menu selain masakan melayu juga boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing. Sebagai contoh, boleh masak pasta untuk hidangan special makan bersama anak isteri atau suami.

Antara hidangan pasta yang boleh dicuba sebagai hidangan special hari raya adalah seperti :

5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya 

1. Cajun Grilled Chicken Pasta


Credits image delish.com


Bahan-bahan ( 3 Orang )


1 cawan pasta (direbus sehingga kembang)

1 keping besar dada ayam, perap dengan cajun seasoning

1 biji keledek saiz kecil

1 biji terung saiz kecil

2 biji avocado saiz kecil

1 biji capsicum

Sos:


1-2 sudu butter

1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air

400ml susu

1 cawan cendawan butang

Cajun seasoning

Garam secukup rasa

Cara-cara :


1.Pasta yang dah siap rebus ketepikan dulu.

2.Terung & keledek dihiris nipis), panggang sampai masak. Seeloknya guna keledek yang berwarna purple atau warna oren. Kalau guna keledek biasa yang warna putih nampak pucat.

3.Capsicum dipotong kecil & dipanggang.

4.Ayam diperap dengan cajun seasoning, panggang. Bila dah masak hiris nipis.

5.Sementara itu, sediakan sauce. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Bila tepung jadi pekat, masukkan susu & cendawan. Kacau sampai jadi likat. Masukkan juga cajun seasoning ikut selera masing masing. Rasakan garam.

6.Gaulkan pasta & ayam bersama sauce yang dah siap tu.

7.Sayur yag dah siap grill tu tepulang pada masing2 samada nak gaul sekali atau nak letak je atas pasta tu.

8.Belah avocado, potong potong & letakkan di atas pasta. Siap!


2. Pasta Spiral Goreng Lada Hitam


Credits image makanapaaje.blogspot.com



Bahan-Bahan:


1 peket spaghetti

1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 batang carrot

4 sudu besar sos tiram

1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat

1 kiub perasa daging - boleh tambah Garam secukup rasa

Daun bawang atau daun sup secukupnya

Cara Memasak :


1. Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos. Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.
 
3. Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis . Jika kurang masin baru ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh ditutup api .


3. Pasta Penne Goreng Pedas


Credits image resepisedap-nennie.blogspot.com


Bahan-bahan :


1 sosej peket

5 sudu besar sos tiram

5 sudu besar kicap

2 cawan campurkan sayur


Bahan Kisar:


50 gram udang kering

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

10 biji cili kering

5 biji api cili


* Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.


Cara memasak:


1. Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap.Semasa merebus satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta, pasta tidak melekat antara satu sama lain.

2. Potong sosej menjadi kepingan kecil, boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam, udang, daging dan sebagainya.Boleh juga menggunakan sayur brokoli atau bunga kobis.

3. Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau.Kemudian sosej dan sayur campur dan terus kacau.Seterusnya menambahkan kicap, sos tiram dan pasta.Terus kacau selera pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah / tumis.

4. Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih ada hubungan masin.Terus mengacau tambahan pasta tidak melekat pada kuali, sebaiknya menggunakan kuali non-stick .Bila dah masak boleh tutup api.


4. Pasta Tuna Puttanesca


Credits image bakerbynature.com


Untuk 4-5 org

Bahan-Bahan


1 tin Tomat Kupas Seluruh - 411g (jenama yang sll akak guna Cirio, S&W, Hunts)

1/3 cwn minyak zaitun (bkn minyak zaitun extra virgin tau)

1 bwg besar kuning (ukuran besar), cincang halus

2 bwg putih, cincang halus

1/2 sudu teh serpih cili (x letak pun xpe kalau ada bdk2 kecik mkn pengguna)

1 tin Tuna Flakes in Olive Oil Light - 150g (akak guna Ayam Brand)

2 sudu besar caper, dibilas air n perah

75g buah zaitun Kalamata (buah zaitun hitam tanpa biji)

2 sudu besar pasli Itali daun rata, dihiris halus

1/2 cwn air rebusan pasta

375g pasta (untuk sos ini boleh guna spaghetti, tagliatelle, fettuccine atau bavette)


Cara Memasak:


1. Didihkan air untuk masak pasta (kadar blh terendam sempurna n blh dikacau).

Campurkan garam. Bila dah mendidih mmasukkan pasta. Sentisa kacau supaya pasta tidak melekat.

2. Masak sampai "al dente", jangan sampai lembik. Al dente ni dalam 6-8 minit api besar. (Bila dah masak, ketepikan 1/2 cawan air pasta, tapis dan toskan pasta)

3. Sementara tunggu pasta masak, panaskan minyak, masukkan bawangg besar dan masak menggunakan api sederhana selama 5 minit. Masukkan bawang putih dan cili api, biarkan masak seketika sebelum masukkan capers, tuna dan tomato tin. Pecahka tomato dengan menggunakan belakang senduk.

4.Masukkan peterseli Itali yang sudah dihiris. Biarkan mereneh 5-10 minit atau sehingga pekat. Campurkan 1/2 cwn air yang digunakan untuk masak pasta tadi (air pasta berkanji membantu untuk mengadun dan memekatkan sos, dalam kata lain, air pasta dapat membuat sos jadi lebih creamy dan salutan lebih silky dan tidak berminyak). Biarkan mereneh sehingga menjadi pekat mengikut kesukaan anda suka.
 
5. Akhir sekali, masukkan pasta dalam sos, gaulkan hingga sebati.


5. Spaghetti Bebola Daging


Credits image smittenkitchen.com


Bahan–Bahan :


Bahan Kuah:


2 biji kentang - dicincang

6 biji lada benggala |dipotong dadu kecil

2 biji tomato | dicincang

250 ml air panas

2 sudu makan minyak zaitun

2 ulas bawang putih | dihiris halus


Bahan Bebola Daging:


250 gm daging kisar

20 gm serbuk roti

2 biji telur

10 gm jintan putih

10 gm lada hitam yang ditumbuk

10 gm daun oregano

10 gm garam

1 ulas bawang putih | dicincang

1 biji bawang | dicincang

10 gm parsli segar | dicincang

200 gm spageti | rebus seketika sehingga lembut


Cara Memasak:


1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata sehingga mendidih dan kentang lembut. Ketepikan.

3. Untuk membuat bebola daging, campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul rata sehingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan seberat 15 gram dan bentuk menjadi bulat.

5. Masak air sehingga mendidih dan masukkan adunan tadi. Rebus selama enam minit. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan bersama spageti.

6. Tuangkan kuah sos tadi di atasnya.

Tak ada masa nak masak? Mungkin juga sibuk dengan anak kecil hingga sukar untuk masakan hidangan special sempena raya? Tak mengapa, boleh gunakan servis delivery western food near me yang ada. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.

Dengan Foodpanda, bila-bila masa boleh order makanan baik untuk hidangan hari biasa, hidangan untuk buka puasa, hidangan untuk raya dan sebagainya.

Happy eating everyone.

cheers.

 Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. nampak sedap belaka semuanya.

    ReplyDelete
  2. tentu sedap bagi orang yang minat.
    wak jarang2 makan pasta.

    ReplyDelete
  3. semua resipi menarik dan simple je cara buat dia. bolehlah bookmark dulu untuk try next time.

    ReplyDelete
  4. sdap. seua menu mudah ni senang nak masak

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.