5 Perkara Aku Rancang PERLU Buat Ramadhan Tahun Ini

5 Perkara Aku Rancang PERLU Buat Ramadhan Tahun Ini (5 Things Must Do For Ramadhan This Year). || hi semua. Kejap lagi kita nak bertemu bulan Ramadhan. 

Dan aku dah start merancang macam-macam. Macam banyak sangat hal yang aku nak buat , tapi tak TERBUAT-BUAT! Jadi, aku rasa bulan Ramadhan ialah bulan paling sesuai untuk aku ADJUST balik life aku ni.

Aku rasa life aku ni agak messy sejak kebelakangan ni. Tidak begitu teratur. Jadual harian aku berterabur sangat. Selain tu, aku rasa macam unhappy with everything. 

Korang pernah tak rasa macam ni? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba korang rasa life is so messy and unhappy? Hormone changes eh?


1. Khatam Al-Quran

Setiap tahun aku memang berangan nak habiskan bacaan Al-Quran. Ni memang dah jadi keinginan WAJIB buat aku. Tak dapat benda lain yang aku nak, it is ok. Tapi aku nak nak sangat habiskan bacaan Al-Quran aku setiap tahun.

Alhamdulillah, tahun ni aku dah habis baca Quran. So aku start all over again. Berangan nak baca sehari satu juzuk waktu bulan puasa, tapi selalunya memang tak berjaya untuk habiskan bacaan.

Sekarang aku guna apps Muslim Pro untu track bacaan al-Quran aku memandangkan Muslim Pro dah ada feature baru dikenali sebagai KHATAM.

Korang dah cuba belum Muslim Pro ni? Aku tahu apps ni pun dari abang aku hari tu. Tak tunggu lama, aku terus download dan subscribed (aku ambil plan berbayar setahun).

Aku tak tahu apa beza yang free dan yang berbayar, tapi aku happy guna apps ni.

Kalau korang tak nak guna Muslim Pro pasal maybe risau akan kena bayaran, korang boleh cuba apps QALBY pula. Yang ni percuma.

QALBY ni kalau aku tak silap, dibangunkan oleh Mizz Nina (wife kepada Noh). Rasanya ramaikan yang kenal Mizz Nina.

Cari sahaja dekat Google Playstore, Insya Allah korang jumpa apps QALBY.

Aku guna dua-dua apps ni untuk membantu memperbaiki diri aku.

Semoga mereka yang bangunkan apps sebegini dipermudahkan jalan untuk ke syurga, begitu juga dengan kita yang menggunakan apps ni, semoga mendapat kebaikan, manfaat dan keberkatan.


2. Spring Cleaning Rumah

Spring Cleaning secara besar-besaran! Dah lama tak spring cleaning rumah. Time puasalah yang terbaik buat aku.

Since puasa kan, jimat masa tak perlu nak masak siang. Jadi masa yang ada tu aku nak kemas rumah di awal bulan puasa nanti.

Tak nak buat pada penghujung puasa pasal time nak hujung-hujung puasa tu lah husband aku busy ajak aku buat biskut raya. 

Terus terang aku cakap, sejak aku lahirkan Iman, Amin dan Nami ni, semua aku dah pencen buat biskut raya. Semuanya husband aku yang buat. Aku cuma siapkan resepi untuk husband aku follow jer.

Tapi tahun ni, Nami dah pergi sekolah. Dan waktu sekolah Nami pula dari jam 8 pagi - jam 4 petang. Jadi aku nak beraksi kembali buat biskut raya, insya allah.

Tapi aku cuma nak buat dalam 4 jenis macam tu lah. Tak perlu nak buat banyak-banyak jenis. Lagipun raya tahun ni maybe still no open house untuk kami. Cukuplah meraikan raya bersama keluarga terdekat sahaja.

Berbalik dengan spring cleaning tu, main project aku ialah aku nak organize baju anak-anak. Nak asingkan mana-mana baju yang sudah ndak muat dengan dorang.

Jadi , bila nak asing-asingkan baju anak-anak ni, aku perlukan foldable storage box untuk simpan baju-baju mereka dan kemudian letak atas rak tinggi.

Dan kali ni aku nak buat labelling untuk setiap kotak untuk memudahkan kerja-kerja penyimpanan.

foldable storage box space savings


3. Semangat Nak Hilangkan 14kg Berat Badan!

Sebenarnya, antara benda yang buat aku MESSY ialah masalah berat badan aku yang semakin hari semakin naik!

Sejak aku dah tak BF kan Nami (wean off Ogos tahun lepas - baca 5 tips membantu cerai susu badan), berat aku slowly makin naik, dan yes aku memang bersenam, tapi aku stop last month atas sebab kesihatan. Dan berat aku shoot naik lagi cepat berbanding sebelumnya.

Aku salahkan diri sendiri kerana tiada motivasi dan semangat juang yang tinggi untuk kurangkan berat badan.

Selain tu, aku tidak ada ilmu diet yang aku boleh jadikan panduan sebelumnya. 

Jadi sebelum aku nak MULAKAN SEMULA proses kurangkan berat, aku dah buat list perkara yang aku nak lakukan dan aku aim at least aku boleh hilang 8kg berat dalam masa 30 hari!

So, who is with me?

Tips Aku Nak Kurus Tahun Ini :-

  • Pilih menu makan yang kena dengan jiwa sendiri, tapi menu perlulah berkhasiat dan membantu proses kurangkan berat badan.
  • Buat senaman yang kita suka . Senaman tak semestinya senaman berat, memadai dengan senaman ringan, tapi PERLU KONSISTEN dibuat setiap hari, dan sekurang-kurangnya 20minit setiap kali senaman.
  • Rekod menu yang aku makan / minum dan juga senaman yang dibuat. Kena sediakan planner untuk catit milestone aku.
  • Jaga waktu tidur dengan baik kerana tidur yang cukup membantu memperbaiki mood diri dan juga mengawal metabolisma badan.
  • Selagi tak turun berat yang aku mahu, no CHEAT DAY. Dan kena less sugar. Elak diri pergi pasar ramadhan. Selalu beli macam-macam kat pasar ramadhan, jadi tahun ni aku say NO to pasar ramadhan. Dah turun berat ideal, baru bioleh cuci mata kat apsar ramadhan.

Pada waktu ini, berat badan dah cecah 70KG. Pahitnya aku rasa bila naik timbangan! Tapi jangan layan sangat rasa pahit tu. Abaikan. Yang penting usaha untu buang lemak badan. 

Let's make lemonade!

Dan aku dah jumpa MAGIC DRINKS aku yang aku rasa akan membantu aku dalam perjalanan mengurangkan berat badan aku ni. Tapi nantilah aku share ya magic drinks tu.

Aku kenalah minum dulu secara konsisten, kalau berjaya hilang berat badan, nanti aku share dekat korang. 

fruit blender murah shopee

Dan MAGIC DRINKS tu memerlukan aku seketul fruit blender , jadi aku dah beli pun seketul USB Fruit Blender Mini Portable.

hehe. Tapi yang pasti, magic drinks aku tu bukan jus buah-buahan. Something yang boleh bagi aku tenaga , dan mengenyangkan perut sewaktu bulan puasa.


4. Belajar TAJWID 

hehe, ilmu TAJWID adalah kelemahan aku.

Memang aku tak tahu sangat tajwid ni.

Tapi hey, itu bukan alasan untuk belajar. Takkan pernah ada yang terlewat untuk mencari ilmu. Betul tak?

Jadi, aku dah siap-siap beli buku Tajwid. Yang bagusnya tentang buku ni, penerangan sangat jelas. Jadi slowly aku belajar. 

Nanti kalau aku still blur pasal Tajwid, kenalah cari cikgu online yang boleh bagi aku kefahaman pasal tajwid. 

Alhamdulillah, sekarang socmed berkembang dengan baik. Ramai yang sudi buat content berilmiah kan. Boleh cari di Youtube mahupun di TikTok.

Nanti aku share video buku Tajwid tu ya. tak sempat lagi aku nak shoot video buku tu. Dan kalau ada yang berminat nak beli buku Tajwid tu untuk kegunaan, anytime boleh contact aku (selagi stok masih ada).


5. Konsisten Dan Perbaiki Ilmu Berblogging serta Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog


Aku rasa aku hilang taste berblogging sebulan dua ni. Entahlah. Aku tak pasti kalau aku berdepan dengan writer's blocked. Tapi rasanya tak kot.

Cumanya aku hilang rasa nak berblogging. Semoga Ramadhan nanti, aku ada masa untuk adjust dan plan semula blogging life aku ni.

Buat masa ini, aku nak re-structure blog aku. Mana-mana entry lama yang tak relevent, aku akan dispose. 

Dan mana-mana personal entry, aku masukkan ke blog aku yang lebih kepada diary blog. Buat masa ni, entry di diary blog aku tu semuanya berasal dari mrspipdotcom. 

Sayang rasanya nak dispose personal entry lama, jadi pindah lah bah kan pigi blog yang lebih personal. 

Dan saja nak share dengan blogger semua, baru-baru ni aku register dengan salah satu Influencer Marketing, iaitu Intellifluence.

Ada rakan blogger yang berjaya dapat job menulis melalui laman web Intellifluence , dan dah cashoput duit yang mereka terima.

Jadi, aku pun mencuba laman web Intellifluence ni. Laman ni lebih kurang macam Sushivid lah juga. Cumanya Intellifluence ni dari luar negara, dan bayaran dalam USD, dan bayaran untuk setiap job telah ditetapkan.

jana pendapatan melalui penulisan blog


Macam gambar di atas ni, aku dapat 3 job offered thru laman web ni. Cumanya yang nak collaborate dengan blogger tu, aku lambat hantar pitch, jadi dah expired. Rugi kan.

Dan untuk job real estate tu, aku dah selesai buat dan submission aku diterima dengan sedikit perubahan yang aku harus lakukan.

Jangan risau, client sangat baik dan straigh to the point dia nak kita tulis apa. 

Dan syarat payment pun mereka info awal awal bila payment akan masuk. So buat masa ni, aku tak terima lagi payment pasal task real estate aku baru saja siapkan.

Dan untuk job free games tu, aku dah accept offer mereka. Dan aku ada masa selama sebulan untuk siapkan task ni.

Susahnya nak tulis in English ... Boleh kah tulis dalam BM?

Mesti ada yang takut nak join campaign luar negara pasal masalah bahasa penulisan.

Ok, kalau dalam Intellifluence ni, dua-dua client ni ada tulis yang aku boleh guna penulisan yang aku biasa. So BM atau BI terpulang nak guna yang mana, asalkan kita bagi backlink kat mereka.

Jadi, tak susahkan ... tulis sajalah dalam BM kan. Tapi macam aku, memang aku nak cabar diri sendiri tulis dalam BI. 

Memanglah rasa takut nanti content kena reject, tapi ini adalah salah satu proses pembelajaran juga, jadi jangan rasa takut sangat. Moreover, ramai rakan blogger yang sudi membantu kalau korang perlukan ilmu blogging.

Salah satunya boleh join Team Biters. Kat Biters ni, kita share ilmu blogging, dan ahli-ahli Biters semuanya baik sangat support each other.

Nak join Biters? Boleh contact sis ya. 

Berbalik kepada Intellifluence, yang berminat nak register boleh klik link yang diberikan >>> Klik Intellifluence - Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog. Tak rugi pun kalau mencubakan.


Doakan yang baik-baik untuk aku ya. Dan aku juga doakan yang baik-baik untuk semua pembaca blog mrspipdotcom.

Hidup memang ada masanya kita terasa sangatlah miserable, tapi jangan emosi sangat. Semoga aku sentiasa berpaut meminta pertolongan yang Maha Kuasa.

Thanks for reading.

Salam Ramadhan in advance semua.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat menyambut Ramadhan Mrs Pip. Lamanya PH tak ziarah ke sini :)

    ReplyDelete
  2. Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa, dan semoga tercapai perkara 3 dengan jayanya. in shaa Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.