Nami Heavenlee 2 Tahun || Pengalaman Cerai Susu Badan (Wean Off) - MrsPip || The Reviewer

Nami Heavenlee 2 Tahun || Pengalaman Cerai Susu Badan (Wean Off)

hi there, perkongsian Nami berjaya cerai susu badan (wean off) dengan mudah selepas berusia tepat 2 tahun. Ini perjalanan suka-duka dalam motherhood aku. Bukan mudah untuk buat keputusan sebegini, tetapi harus dilakukan kerana dua tahun adalah tempoh yang aku rasa cukup untuk Nami menyusu dengan aku selama ini. 

Terdahulu, dengan Amin pun sama, cukup dua tahun kita cut off BF, ganti dengan susu formula pula. Cumanya aku tidak berkongsi pengalaman pisah susu waktu Amin dulu, tetapi memandangkan ada yang bertanya cara aku wean off, jadi semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang dalam proses cerai susu juga.

Suka aku beritahu kepada ibu sekalian bahawa jangan pernah rasa bersalah untuk melakukan wean off apabila anak genap berusia dua tahun. Pisah susu bukanlah satu kesalahan besar untuk mana-mana ibu pun, jadi sila jangan rasa tertekan. Kalau ada orang lain yang sibuk menasihati kamu atau mengecam kamu kerana hal ini, abaikan saja. Mereka tidak berada di posisi kamu mengetahui apa yang terbaik untuk kamu dan anak.

Tak boleh nak brain langsung mereka yang suka mengecam atau mengutuk ibu-ibu yang ingin pisah susu. Bukan semua ibu mampu untuk berikan penyusuan sehingga melebihi tempoh 2 tahun, malah ada yang terpaksa wean off lebih awal atas sebab-sebab tertentu seperti tidak cukup susu, ibu bekerja, sakit dan sebagainya.

Jom baca tips berguna cerai susu yang ibu-ibu perlu ketahui, semoga proses wean off nanti akan lebih mudah dan boleh diterima oleh si kecil anda tanpa rasa stress yang berpanjangan.


tips cerai susu badan mudah

5 tips cerai susu badan yang ibu-ibu perlu ketahui dan boleh cuba


1. Kenalkan anak dengan botol susu dan susu formula

Rasanya, anak-anak yang direct BF memang tak begitu sukakan susu botol. Dan ada antara mereka yang akan reject susu formula, malah seperti kes Amin dulu, setiap kali diberi susu botol pada awalnya, dia akan lemparkan botol berkenaan! Fuh, mencabar sangat waktu tu.

Kerana pengalaman dari kes Amin, jadi aku kenalkan botol susu lebih awal dekat Nami. Aku akan isikan susu formula dan letak botol susu berkenaan dekat dengan kawasan Nami bermain, dan yang penting dia senang untuk nampak dan capai botol berkenaan.

Ini adalah proses awal yang aku buat dua bulan sebelum Nami berusia genap dua tahun. Yes, nak cerai susu, kenalah rancang lebih awal. 

Setiap kali aku letak botol susu tu, Nami tidak berminat untuk bereksperimentasi. Dia ignore-kan sahaja tau. Hiks, hampir semua susu kena buang kerana tidak diminum. Tapi aku tidak putus asa. Setiap hari aku buat benda yang sama. Proses berulang day by day.

Selang dua minggu, Nami ada sedikit progres. Dia start pegang botol susu, dan main rasa-rasa. Dia hisap botol susu tu sekali dua, selebihnya dia main basahkan lantai. Tapi tak apa, at least ada progres di situ.

Selepas hampir sebulan buat perkara yang sama, akhirnya Nami slowly minum susu formula. Tak habis sebotol, dia minum half sahaja, kadang-kadang suku sahaja, tapi it is ok bagi aku, semakin ada kemajuan.

Day by day, sehingga Nami boleh terima susu formula sepenuhnya. Tapi dia masih bergantung dengan direct BF pada waktu malam untuk tidur. Waktu ni Nami dah masuk 23 bulan. Sebulan sahaja lagi sebelum pisah susu sepenuhnya.


2. Cakap dekat anak "Nanti baby masuk 2 tahun, kita pisah susu ok"

Ya, setiap hari aku cakap dekat Nami benda yang sama untuk pisah susu

"Nanti Nami 2 tahun , Nami big boy sudah. No more bon-bon (BF) ok. Nami minum su-su-su (susu botol) saja tau".

Dia faham atau tidak, it is ok, hari-hari cakap dan hari-hari tunjuk susu botol dekat Nami. Ini cara aku. Mulanya memang Nami reject susu botol, dia buat-buat tidak peduli, tapi aku tetap tidak putus asa untuk bagitau Nami yang dia kena minum susu formula tidak lama lagi.

Jangan paksa anak minum susu botol, nanti dia TRAUMA. Cakap saja lemah lembut dekat anak yang kita akan berpisah susu. Jangan letih nak bagitau anak. Lama-lama dia akan faham.


3. Offer susu botol dahulu setiap kali anak nak susu badan

Yes, masuk umur Nami 23 bulan, setiap kali dia mahu susu, aku bancuh susu botol. Kemudian aku pass bagi Nami. Tapi as usual dia tak begitu berminat. Cuma ada masanya dia akan minum sikit, lepas tu dia cari juga yang susu original ni. 

Jangan fikir betapa membazirnya susu formula tu kena buang pasal anak tak minum. Tak. Sila jangan fikir macam tu. Ini proses 'perpisahan'. Bukan senang anak nak terima. Selama ini dia attach dekat kita, so bila nak berpisah ni, naluri anak akan rasa unhappy, risau, takut dan sebagainya.

Jangan mudah sangat mahu tawarkan susu badan. Kena jual mahal dengan anak waktu ini. Ini proses pembelajaran buat si anak untuk menerima susu botol / susu formula.


4. Kenalkan anak dengan makanan yang enak dan berkhasiat seperti buah-buahan 

Anak anda, jadi anda yang lebih kenal mereka. Dalam kes aku, Nami memang suka makan buah-buahan seperti tembikai, pisang, betik, durian, dan epal. Kalau sayur pula, Nami suka makan timun dan tomato.

Jadi, aku akan bagi Nami makan extra buah-buahan / sayur kesukaan dia. Setiap kali dia mahu susu badan, aku akan distract Nami dengan bawa dia makan makanan kesukaan dia. Lepas tu aku offer dia minum susu botol. Haha. 

Waktu ni Nami dah 23 bulan ++. Happy sangat Nami setiap kali dapat makan buah / sayur kesukaan dia. Dan boleh cakap setiap hari aku mesti restock timun atau betik. Dah jadi macam kudap-kudap untuk dia pula. Dan ada masanya taktik aku bagi susu botol tu menjadi selepas dia makan makanan kesukaan dia.


5. Suami main peranan bantu untuk cepat ceraikan susu badan

Nak anak bercerai susu dengan lebih cepat? Mintalah pertolongan daripada pasangan anda. Setiap kali masuk tidur anak mau susu badan, suruh saja suami yang susu botolkan anak. Manakala si ibu kena berada jauh tidak kelihatan oleh si anak. Dan kentalkan hati setiap kali anak meraung mahukan si ibu semata-mata mencari nen-nen (susu original).

Proses ini akan ambil masa seminggu dua. Ada ibu yang tidak sanggup mendengar tangisan si anak, jadi mungkin sahaja boleh selang selikan malam ni susu badan, malam esok bagi susu botol pula. 

Walaubagaimanapun, tidak semua ibu yang mempunyai pasangan pada ketika proses cerai susu ini dijalankan. Mungkin sahaja pasangan sibuk bekerja shift, bekerja jarak jauh, dan sebagainya. Jadi mintalah bantuan dari ahli keluarga yang lain, jika ada.

Selain itu, aku juga ada baca petua tradisional cerai susu badan. Pelbagai cara yang dikongsikan oleh para ibu , tapi aku memang tak sanggup untuk menggunakan kaedah tradisional sedemikian.

Namun, para ibu yang ingin mencuba petua ini, silakan sahaja. No harm juga mencuba petua tradisi ini kerana ramai yang berjaya dan ada yang pisah susu sangat cepat mengambil masa tiga empat hari sahaja.


Ibu jangan stress , anak jangan sedih

Bagi aku, proses cerai susu ni adalah sebahagian suka duka perjalanan motherhood / parenting kita. Apapun, ibu-ibu jangan sedih nak pisahkan anak dengan susu badan. 

Manakala anak-anak pun, janganlah bagi mereka sedih. Kalau anak nak juga susu badan, bertolak ansur dan bertoleransi. Kena pujuk elok-elok jiwa anak. Jangan buatkan dorang rasa kita ni dah tak sayang kat dorang pula.


Petua tradisional cerai susu - lulurkan / sapu bahan-bahan di sekitar kawasan penyusuan.


Ada yang memilih menggunakan petua tradisional untuk cerai susu badan. Dan ada yang memang berjaya guna petua tersebut. Dan petua ini mengambil masa lebih cepat untuk proses pisah susu berbanding cara yang aku guna untuk Nami.

Apapun pilihan anda, matlamat kita semua sama. Haha. Semoga ibu-ibu lain pun berjaya juga untuk melakukan proses cerai susu kelak ok.

1. Asam jawa

2. Bawang putih / bawang merah

3. Limau kasturi

4. Peria

5. Ubat gigi bayi

6. Kopi pahit

7. Akar patawali yang serius pahit 

8. Sirap pekat

9. Daun sirih


Doa cerai susu badan, dan boleh digunakan untuk tabiat buruk anak seperti suka hisap kaki / obses dengan bantal buruk dia. Doa ni kita dapat ramai yang share , hasil perkongsian daripada Ustaz Haron Din.

Doa cerai susu badan

doa cerai susu badan


Cara untuk doa cerai susu badan ni senang sahaja nak buat:-

1. Baca Al-Fatihah

2. Baca dia di atas

3. Hembus pada tempat berkenaan (mulut/bantal/jari) >>> sila lihat doa di atas.


cerai susu badan mudah

Cara berkesan cerai susu badan untuk Nami Heavenlee genap pada usia 2 tahun

Ini cara aku cerai susu badan dengan Nami. Seperti yang aku share di atas 5 tips berguna cara cerai susu yang ibu-ibu perlu ketahui, bantuan daripada mr.Husband yang mempercepatkan proses berpisah susu dan kuranglah aksi berdrama si Nami.

Setiap malam, apabila masuk tidur, aku akan siapkan botol susu untuk Nami, dan setiap malam jugalah mr.Husband yang akan tidurkan Nami dan pujuk dia untuk minum susu. Yes memang Nami akan menangis, tapi mr.Husband awal-awal sudah bagitau aku untuk kuatkan mental terima keadaan yang kemungkinan besar Nami akan meragam cari aku untuk susu badan.

Ada masa Nami memang reject habis-habisan untuk minum susu botol. Dia nak juga mengempeng dengan mommy. Tapi lepas bon-bon seminit dua, dia pun tidur tida sedarkan diri. Bukan dia nak pun menyusu untuk kenyangkan perut dia, tapi BF ni dah jadi macam candu pula untuk dia. 

Haha, tangisan manja Nami tu memang kena abaikan saja oleh mommy pada waktu cerai susu badan. Lagi-lagi bila mr.Husband yang ambil alih tidurkan Nami, memang strict sangat. Nami nangis macam mana pun, mr.Husband akan pujuk sebaiknya untuk Nami terima sahaja susu botol tu, ekeke.

Dan sewaktu proses pisah susu ni, waktu siang memang main tarik tali dengan Nami nak bagi tak nak bagi susu badan. Susu botol sentiasa standby dekat tepi.

Sekarang Nami dah berusia 25 bulan (2 tahun 1 bulan) pada saat artikel ini ditulis, dan Nami sudahpun berpisah susu badan sepenuhnya, dan sekarang ni setiap kali Nami mahu minum susu, dia akan bagitau "mommy, su-su-su". 

Ini hanyalah sebahagian daripada perjalanan motherhood aku. Dan semoga Nami membesar dengan sihat. 

cara cerai susu badan berkesan


Happy Birthday Nami Heavenlee 2 Tahun

Dan sewaktu Nami tepat berusia 2 tahun tempoh hari, sempatlah kami celebrate kecil-kecilan. Hanya kami-kami saja, tiada sebarang jemputan. Hanya makan-makan dengan anak-anak dan belikan kek untuk Nami.

Kek pun pilih yang simple sahaja. Dan kek ni Nami tak makan pun pada waktu harijadi dia. No mood. Tapi esoknya, dia melantak kek ni dengan jayanya. Haha.

Semoga perkongsian aku tentang cara cerai susu tu bermanfaat untuk semua. Cara kita mungkin berbeza, tapi matlamat kita sama. 

Gunalah mana-mana cara yang sesuai bagi korang. Dan yang penting ibu-ibu jangan stress, dan anak-anak jangan sedih. 

Happy Parenting.

cheers.

2 comments:

  1. i wonder why i'm here but it's a good info for me in the future. thnk you for sharing kak pip

    feel free utk join and meriahkan giveaway ray here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Nami. Semoga membesar dengan sihat. Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.