Review Mouse Korean Drama (Starring Lee Seung Gi, Lee Hee Jun, Park Ju Hyun, Kyung Soo Jin)

Review Mouse Korean Drama (Starring Lee Seung Gi, Lee Hee Jun, Park Ju Hyun, Kyung Soo Jin) ||  Mouse ialah antara Korean Drama yang sedang ditayangkan saat ini, dan antara drama yang trending untuk ditonton.

Drama ini disandang oleh watak utama Lee Seung Gi dan Lee Hee Jun bersama ramai barisan pelakon yang lain.

Aku tengok drama Mouse ni online di VIU , dan kalau tidak silap korang juga boleh tengok drama Mouse ini di IQIYI. Kalau di VIU, ianya drama PREMIUM yang hanya korang kena bayar. Bayaran RM8.00 sebulan untuk subscribe VIU kalau aku tak silap.

Manakala di IQIYI pun sama , korang kena langgan untuk tengok drama ni. Harga IQIYI kalau tak silap dalam RM9.00 sebulan.


Drama MOUSE ni berkisar tentang jenayah pembunuhan oleh psychopath. Dan terus terang aku cakap, dah masuk episod 8, drama ni agak mencabar kesabaran untuk kita boleh teka siapakah pembunuh bersiri sebenar dalam drama ni.

Dan dalam drama MOUSE ni, cerita pembunuhan berlaku dalam dua waktu berbeza, iaitu 25 tahun yang lalu dan waktu kini. Namun pembunuhan ini seperti berkaitan ya. Dan menurut akulah, bukan seorang psychopath sahaja, tetapi dua atau tiga orang berbeza.

Jae Hoon Mouse Korean Drama

Mouse Korean Drama : Episod 1 

Untuk episod 1, kita disajikan dengan sebuah keluarga terdiri daripada 4 orang yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke camphouse, dan sedang dalam perjalanan mencari camphouse tersebut, si bapa berhenti dan bertanya dengan pemandu kereta di depannya arah camphouse tersebut.

Waktu salji tebal dan camphouse ditutup namun mereke meneruskan hasrat mereka untuk bermalam di tempat tersebut.

Dan siapa sangka, mereka diserang oleh seseorang dan bapa dan siibu mati ditempat kejadian. Dua anak tadi si abang menyembunyikan adiknya dan penjenayah berjaya menerkam si abang. Tinggallah si adik menjadi saksi kejadian.

Kemudian ada scene memperlihatkan kita dengan sebuah keluarga suami dan isteri yang sarat hamil sedang melayan seorang tetamu , juga sahabat lama si suami.

Nampak sangat suami dan isteri memiliki kehidupan yang sempurna. 

Suami kemudian menghantar sahabatnya balik ke hotel dan selepas itu semuanya menjadi berantakan.

Si adik yang menjadi saksi kejadian pembunuhan kejam keluarganya disoal siasat oleh polis dan secara kebetulan terlihat poster di dinding hospital dan bersungguh-sungguh menyatakan lelaki di dalam poster itulah pembunuh bapa dan ibunya.

Dan lelaki di dalam poster tersebut ialah doktor pakar bedah otak neurosurgeon Han Seo Joon, iaitu lelaki yang isterinya sedang hamil.

Polis menggeledah rumah Dr. Han dan tidak mendapati sebarang bukti namun secara tidak tersengaja  snow man yang dibina di depan rumahnya terlanggar dan ada bukti mangsa yang mati disembunyikan di dalam snow man tersebut!

Dipendekkan cerita, Dr. Han mengaku yang dia merupakan pembunuh kepada mangsa di camphouse tersebut dan ianya mengejutkan ramai orang.

Bayangkan, seorang psychopath - serial crime killer adalah orang yang mempunyai profil baik namun disebalik kehebatannya sebagai seorang doktor pakar bedah otak, dia ialah psychopath!


Barisan Pelakon Mouse Korean Drama  : 

Klik MOUSE

Korang yang nak tengok senarai penuh beserta gambar pelakon, boleh klik link MOUSE di atas tu. Gila betul drama Mouse ni, pelakon dia banyak sangat. Sampaikan kita nak hafal nama pun tak larat.

Drama ni untuk episod 1 dan 2 sahaja pun aku dah rasa confuse. Aku tak tahulah producer / scriptwriter nak buat kejutan ke apa, dia punya editing drama ni memang berkecamuk.

Sayanglah, jalan cerita dah elok, pelakon hebat hebat, tapi storyline tu tidak dibuat dengan kemas. Tapi pasal aku suka dekat Lee Seung Gi, jadi aku memang layan drama-drama dia.


Apa yang jadi dekat isteri Dr Han selepas Dr Han ditahan?

Isteri Dr Han buat ujian genetik psychopath. Dia nak tahu sama ada anak yang dia kandung tu ada gene psychopath atau tidak dan ternyata jawapannya ialah YA.

Kemudian seorang wanita lain juga buat ujian yang sama , dan berbual dengan isteri Dr Han. Dia bagutau suami dia merupakan pembantu research kepada Dr Lee (rakan yang menjadi tetamu Dr Han yang bertandang ke rumah mereka), dan wanita tu tersebut juga bagitau yang anak yang dikandungnya juga mempunyai gene psychopath selepas membuat ujian.

Namun wanita tersebut berkata yang dia akan buktikan kepada Dr Lee yang ujian psychopath tersebut tidak betul dan dia tidak akan menggugurkan anak dalam kandungannya. Suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Cerita seterusnya menunjukkan scene seorang budak 5 tahun berjalan ke sekolah dan terlihat seekor tikus. Dia ambil tikus tu dan masukkan ke dalam beg dia. Lepas tu sewaktu field trip, dia masukkan tikus tu ke dalam glass cage yang berisi ular semata-mata dia nak tengok reaksi ular terhadap tikus tu.

Korang rasa, budak ni anak siapa?

5 tahun kemudiannya (selepas cerita budak tadika di atas), seorang budak bernama JAE HOON membedah perut arnab dikawasan sekolah, dan dia juga suka sangat menggaru tangan bila dia irritate dengan orang lain.

Budak ni, dia ada ciri-ciri psychopath. Dan bila bapa dia dipanggil ke sekolah dan diberitahu berkenaan Jae Hoon bunuh arnab di sekolah, bapa dia marah sangat dan tampar anak dia.

Jae Hoon berdendam dan bunuh ikan kesayangan bapa dia, kemudian dia bunuh anjing peliharaan bapa dia.

Adik dia, Jae Min nampak hal tersebut tetapi enggan memberitahu bapa dia kerana dia dah janji dekat Jae Hoon untuk diamkan diri.

Tetapi, adik perempuan dia Jae Hee yang beritahu bapa dia, so mengamuklah si bapa tadi. 

Kerana Jae Hoon merasakan Jae Min yang bocorkan rahsia kejahatan dia, Jae Hoon pasang perangkan untuk Jae Min ikut dia. Jae Min masuk ke dalam lubang yang Jae Hoon buat dan dia nak timbus adik dia hidup hidup!

Mak dia berjaya selamatkan Jae Min. Mak dia suruh Jae Min balik rumah, dan dalam scene tu muka mak dia dikaburkan, dan dengar mak dia cakap 'menyesal aku lahirkan engkau'.

Scene seterusnya kita nampak Jae Hoon bunuh bapa dia. Manakala adik dia Jae Min bersembunyi bersama Jae Hee sambil menutup mulut Jae Hee agar Jae Hoon tidak berjaya mengesan kehadiran mereka padahal Jae Min nampak perbuatan Jae Hoon.

Persoalannya, siapa Jae Hoon ni? Siapa mak Jae Hoon tu? Adakah itu isteri Dr Han, yang berkahwin dengan lelaki lain selepas berpisah dengan Dr Han?

Baca Juga Review Korean Drama Yang Menarik:


Review Cheat On Me If You Can Korean Drama

Review KDrama TVN: True Beauty

Review Korean Drama : 18 Again


Mouse Korean Drama : Episod 2

Selepas 25 tahun pembunuhan suami isteri di campsite dan Dr Han dipenjara seumur hidup (aku tak rasa ada hukuman gantung kot pasal dah 25 tahun berlalu pun, doktor still duduk diam dalam penjara), adik beradik tadi dah pun besar.

Si abang Ko Moo Won menjadi seorang paderi, manakala adik dia Ko Moo Chi (lakonan Lee Hee Jun) menjadi seorang detektif dan terlibat dengan kes penyiasatan serial killer. Moo Chi memang berdendam betul dekat pembunuh mak bapa dia, iaitu Dr Han. Dia siap siap berniat nak bunuh Dr Han kalau ada peluang.

Dalam masa yang sama, beberapa mangsa menjadi korban dan si serial killer ni sengaja meletakkan clue untuk dirinya dikesan.

Jadi siapa yang di luar sana menjadi serial killer ni?


mouse korean drama lee seung gi


Jung Ba Reum (lakonan Seung Gi) melawat penjara di mana serial killer Dr Han ditempatkan, dan dia sendiri melihat Dr Han dari jarak jauh.

Kawan Jung Ba Reum , Na Chi Kook merupakan salah seorang petugas sebagai pegawai penjara dan Ba Reum datang ke penjara tersebut untuk membuat pertunjukan silap mata.

Ketika pertunjukan silap mata dijalankan, semua orang terkejut apabila Na Chi Kook didapati berada di dalam kotak silap mata dalam keadaan berlumuran darah.

Siapakah yang berniat untuk membunuh Na Chi Kook? 

Kalau sebelum ini, semua mangsa serial killer mati dan ada jejak ditinggalkan, Na Chi Kook pula terselamat namun berada di dalam keadaan koma.

Jadi, siapa yang mahu membunuh Chi Kook? Jelas sekali bukan Dr Han kerana Dr Han berada di dalam tahanan. 

Seseorang yang masuk ke dalam penjara tanpa dikesan dan kenapa Na Chi Kook menjadi sasaran seterusnya?

Dan watak Jung Ba Reum menjadi persoalan aku. Adakah Jung Ba Reum merupakan Jae Hoon atau anak kepada wanita yang satu lagi yang suaminya merupakan pembantu penyelidik bagi Dr Lee?

Nak tengok Mouse Korean Drama? Langgan VIU untuk lebih banyak KDrama menarik.

to be continue ...

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang best drama ni. Sampai sekarang masih banyak persoalan yang belum terjawab.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.