Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali

Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali || Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Ini adalah perkongsian daripada Dr. Samhan di akaun twitternya.

(Sumber : https://twitter.com/DoktorSamhan/status/1365611769108959234)

Menurut Dr. Samhan , semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.

Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali


Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali


Pesanan Dr. Samhan berkaitan bahayanya guna minyak masak berulang kali :-

  • Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

  • Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.


  • Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

  • Elakkan dari beli minyak yang tak dpt dipastikan pengeluarnya even harganya adalah lebih murah.

  • Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

  • Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

  • Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.


Aku faham pesanan Dr. Samhan ni, tapi aku juga tahu dilemma suri rumah kenapa mereka sangat berjimat cermat mahu guna minyak masak berulang kali.

Bukan semua orang mampu beli minyak masak yang berkualiti, dan lepas tu kena buang pula selepas 3 kali pakai. 

Minyak masak mahal woooo, standard minyak masak sawit kualiti baik pun dalam sekitar RM22.00 per 5kg, sebab tu rasa sayang nak buang kan.

Lepas ni, jom kita semua berusaha memilih gaya hidup lebih sihat dengan mengurangkan makan makanan berminyak dan bergoreng.


Dan semoga penjelasan Dr. Samhan berkaitan bahayanya penggunaan minyak masak berulang kali ini bermanfaat untuk kita semua. 

Dan lagi-lagi buat surirumah yang banyak menghabiskan masa menyediakan masakan untuk seisi keluarga, begitu juga buat mereka yang terlibat di dalam industri makanan yang banyak menggunakan minyak masak berulang kali, semoga bermanfaat.

stay healthy semua.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. yea betul..saya guna minyak masak paling byk pun 2x tapi tu pun jarang. sekali guna je, saya terus buang. mmg sayang tapi utk kesihatan diri & keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya FS, memang kena jaga kesihatan. jangan guna sampai minyak dah hitam kan.

      Delete
  2. terutama yang menjaja goreng2an di tepi2 jalan atau di pasar2 malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul , sebab tu saya pun dah la x beli kuih2 goreng di luar.

      Delete
  3. yes bahaya guna minyak berulang kali

    ReplyDelete
  4. ammi pernah tegur kedai jual goreng pisang tepi jalan. Minyaknya dah hitam sungguh. Hasil gorengan dia pun mcm coklat gelap2 je semua. Bila tegur buat muka..makanya bye..memang tak belilah kedai dia

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.