Resipi Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang) Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi | hi there. Ok siapa di sini PALING suka makan cekodok pisang? mr.Husband suka, tapi masalahnya aku tak pandai nak buat cekodok yang tidak berminyak!
Fuh, penat aku adjust resepi sebelum-sebelum ni, tapi semua gagal untuk buatkan cekodok tu tidak berminyak. Dan satu lagi, cekodok aku buat memang agak leper tau, tapi seingat akulah kalau mak aku buat cekodok, cantik membulat saja cekodok dia.
Mau tanya mak aku kenapa cekodok aku leper, korang tahu apa mak aku jawab?
Standard jawapan mak aku : GOOGLE kan ada.
Hurm.
Fuh, penat aku adjust resepi sebelum-sebelum ni, tapi semua gagal untuk buatkan cekodok tu tidak berminyak. Dan satu lagi, cekodok aku buat memang agak leper tau, tapi seingat akulah kalau mak aku buat cekodok, cantik membulat saja cekodok dia.
Mau tanya mak aku kenapa cekodok aku leper, korang tahu apa mak aku jawab?
Standard jawapan mak aku : GOOGLE kan ada.
Hurm.
Dah mr.Husband beli setandan pisang dengan orang kampung di sini , murah tau dorang jual, RM15.00 setandan, saiz pula besar besar.
Kalau beli di pasar, satu sisir pisang tu dah berapa ringgit. Mahal.
cer tengok cekodok pisang yang aku buat guna resepi yang aku jumpa di Google, serius memang membulat dengan cantik sangat kan.
Aku nampak rupa bentuk macam ni, aku punya teruja dan happy sangat tu, haip memang sampai ke bintang kot! Kan lama sangat nak cekodok cantik macam ni.
Nota: Jika pisang bersaiz kecil, bolehlah guna antara 8 - 10 biji pisang.
Cara Penyediaan:
alhamdulillah, bukan aku sahaja yang happy makan , mr.Husband dan anak-anak (si Iman terutamanya) paling happy makan jemput-jemput pisang aka cekodok bulat cantik tanpa minyak ni tau.
ok gais, aku jumpa resipi ni di laman web iluminati, kalau aku tak silap. Terima kasih sangat kepada pemilik asal resipi ni.
You. Save. Me. And. Make. My. Day. Happy.
Mari kita tengok teknik untuk hasilkan jemput-jemput pisang senang membulat dan tidak berminyak di dalamnya.
Bahan-bahan Buat Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang) Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak :
- 5 biji pisang besar - aku tak tahu pisang apa yang mr.Husband beli, tapi aku yakin pisang tu yang selalu orang guna untuk digoreng dan dijual di gerai-gerai kuih.
Nota: Jika pisang bersaiz kecil, bolehlah guna antara 8 - 10 biji pisang.
- 2 sudu besar Mentega (boleh guna marjerin)
- 5 sudu besar gula pasir (kurangkan ikut citarasa korang)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (aku tak letak pasal aku kehabisan stok)
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan tepung gandum
Cara Penyediaan:
- Lenyekkan pisang, dan bila betul-betul dah lenyek, masukkan semua bahan kecuali tepung.
- Gaul sebati dulu, kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Dan gaul sehingga semuanya betul-betul sebati.
- Rehatkan seketika sekitar 15 minit sebelum mula menggoreng
Rahsia Cekodok Membulat Cantik Dan Tidak Berminyak :
- Mentega akan merangupkan tekstur luaran kulit apabila cekodok digoreng
- Mentega bertindak supaya minyak tidak masuk ke dalam isi cekodok tersebut
- Dan, cekodok sedikit wangi kerana ada mentega
- Tidak perlu letak air, gaul sahaja pisang lenyek dan tepung sehingga betul betul sebati
ok, kalau menggoreng tu, guna api sederhana panas. Jangan guna kuat sangat api tu nanti isi cekodok tak masak la pula.
Tak pun, ketika cekodok sudah pun digoreng seketika, cuba cucuk cekodok dengan lidi satu dua lubang untuk tengok isi dalam tu masak atau tidak.
Kalau lidi selepas ditarik keluar bersih, tiada lekitan tepung, maka isi cekodok masak dengan baik.
selamat mencuba.
cheers.
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
5 Comments
wow..menarik resipi ni. nnti kita cuba gak. saya pun suka cekodok pisang. yg ni tak guna soda bikarbonat pun nampak bulat..suka suka..
ReplyDeletejom lah cuba. saya dah buat 2 kali, happy sangat dapat cekodok bulat cantik.
Deletewahhh..boleh try la nanti..selalu buat macam yang kakpip cakap tu la..leper dengan berminyak..hihihi...
ReplyDeleteoooo saya ingat saya sorang saja yg buat cekodok leper dan berminyak. jom cuba pula resepi ni, dah 2 kali buat so far happy cekodok membulat cantik dan tak berminyak.
Deletesedapnya cekodok^^
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.