5 Masalah Akibat Malas Mandi

5 Masalah Akibat Malas Mandi || Mandi adalah kaedah membersihkan tubuh badan kita. Aktiviti harian seperti bekerja, berjalan, sukan, rekreasi dan sebagainya menyebabkan kotoran persekitaran seperti debu, minyak, asap dan lain-lain melekat pada kulit.

Selain itu, kotoran dari dalam badan seperti toksin sebahagiannya keluar melalui rongga kulit dan melekat pada anggota badan luar kita.

5 Masalah Akibat Malas Mandi


Jadi entry kali ini aku ingin kongsikan permasalahan yang selalu berlaku pada manusia kesan daripada tabiat malas mandi.

Tapi sebelum itu, korang ada tak kenal sesiapa yang malas mandi? Kenapa dia malas mandi? 

Aku sebelum ni ada kenal seorang yang malas mandi, biasalah kita zaman budak-budak kan. Malas mandi pasal air sejuk yakmat. 

Kesan Akibat Malas Mandi


1/ Menimbulkan masalah penyakit kulit


Kotoran persekitaran seperti asap, wap air, udara kotor serta kotoran pada pakaian, tilam, lapis kerusi kenderaan yang kita gunakan setiap hari akan terkumpul pada pahagian kulit. 

Akibat Malas Mandi


Apabila tidak dibersihkan ianya akan mengundang bakteria untuk lebih aktif dan lama-kelamaan akan tinggal terus pada permukaan kulit yang menyebabkan penyakit kulit seperti kudis, kurap panau, ruam dan lain-lain. 

2/ Menyebabkan muncul bintik hitam pada kulit, keriput dan kelihatan cepat tua


Apabila kulit jarang dibersihkan / mandi, keadaan kulit akan kelihatan usang dan lama-kelamaan muncul bintik hitam. 

Akibat Malas Mandi


Masalah kulit (Dermatitis neglecta) iaitu sel-sel kulit mati kesan daripada kekotoran yang lama dibiarkan.

3/ Badan berbau


Keadaan kulit yang lembab, tidak bersih dan ditambah pula dengan peluh dari badan sekiranya tidak dibersihkan / mandi akan mengakibatkan bau badan yang tidak disenangi oleh diri sendiri ataupun orang yang berhampiran. 

Peluh yang dikeluarkan oleh kelanjar biasanya tidak berbau. 

Namun apabila peluh bercampur dengan bakteria pada kulit akan menyebabkan bau yang tidak disenangi. 

4/ Tidur tak lena


Ketika tidur tanpa mandi terlebih dahulu menyebabkan kotoran yang melekat pada badan akan menutupi rongga-rongga kulit. 

Keadaan ini mengakibatkan tindakbalas badan yang meningkatkan suhu badan dan rasa tidak selesa ketika tidur.

5/ Mudah lemas dan menjadi pemalas


Kekotoran badan yang tidak dibersihkan / mandi  mudah menyebabkan badan menjadi lemas. 

Akibat Malas Mandi


Tanpa disedari, badan lemas adalah penyumbang kepada perasaan malas untuk mengaktifkan diri dengan aktiviti seharian. 

Hal yang demikian juga menyebabkan keinginan untuk selalu tidur tetapi tidak lena.

Jadi, dah tahu kesan tidak baik akibat malas mandi, jangan biarkan diri tidak dibersihkan. Ataupun kalau korang ada kenalan yang malas mandi, sesekali kena nasihatkan dia untuk pergi bersihkan diri.

Haishlah manusia, peliknya penyakit malas mandi ni. Kita ni kalau sehari tak mandi atau terlewat mandi, sure dah rasa tak selesa dan boleh bad mood!

stay healthy and love yourself ya.

cheers.

6 Comments

  1. adoiii.. kalau boleh nak mandi 3 4 kali sehari. esp waktu sekarang ni. panas leting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaha, kenalah mandi lebih dari sekali kalau di Malaysia ni kan kak Yan. mak oii cuaca mmg panas.

      Delete
  2. hahahaha kalau tak mandi confirm badan panas lepastu mula la badan naik ruam. Musim panas macam sekaarang memang 3x sehari mandinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ndak selesa kalau ndak mandi kan. rasa badan berbau semacam.

      Delete
  3. Memang tak nyenyak tidur kalau tak mandi. Kalau tertido pun mesti terjaga balik haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak pip, memang akan rasa gatal2 semacam kalau x mandi..

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.