Permohonan UPUOnline Dibuka Bagi Sesi Akademik 2021/2022


Permohonan UPUOnline Dibuka Bagi Sesi Akademik 2021/2022.




Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022

UPUOnline dibuka pada 4 Januari 2021 ( Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 ( Jam 5 petang )

Pembelian No. Unik ID BSN mulai Februari 2021

Pemilihan program boleh dibuat seperti berikut :

LEPASAN SPM
Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
Berdasarkan :

STPM :
Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020

MATRIKULASI / ASASI :
Keputusan peperiksaan hingga semester 1

STAM :
Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )

Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN






15 PANDUAN PERMOHONAN UPUONLINE:


Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.

Layari portal rasmi UPU.

Pastikan kategori anda betul.

Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.

Kira merit disini.

Semak tren permohonan dan penawaran.

Semak laluan kerjaya.

Isi permohonan UPUOnline.

Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.

Pilih pilihan program mengikut keutamaan.

Lengkapkan borang permohonan.

Klik butang "SIMPAN".

Cetak slip permohonan.

Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.


upu online sesi 2021

Dasar Kriteria Pemilihan SPM


Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM

upu online 2021


Panduan Memilih Program:

Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.

Program yang minat.

Pilihan program mengikut keutamaan.

Rujuk kaunselor.

Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

upu online 2021


Klik disini untuk menyemak Syarat Am Lepasan SPM.

Semoga permohonan berjaya. Good luck buat semua anak anak lepasan SPM.

cheers.


Post a Comment

2 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.