Iman & Amin menjejaki Bukit Tinubau
Nah, seketul mrs pip yang berpipi tembam. Masalah berat badan naik mencanak selepas aku wean off BF dengan baby Nami 3 bulan yang lalu.
Pengalaman Cerai Susu Badan (Wean Off)
10 more kilograms need to be shoo away!
jadi, aku pun rasa ok lah , let's hike. Kita try hiking, manatau lepas hiking terus hilang tu 10kg kunun. pfffttt.
Pagi tu sepatutnya kami hiking jam 6, tapi gara-gara lambat siapkan breakfast, jam 6.30 pagi kami keluar rumah.
Iman dan Amin paling happy pasal dorang ni lama sudah tidak hiking bukit. Last dorang hiking pun kalau aku tidak silap somewhere awal tahun ni.
Seronoknya Hiking Bukit Tinubau Membakut
Biasalah bila hiking bukit ni, memang view dari atas bukit kita akan rasa cantik kan.
Macam bukit Tinubau ni, view sebelah kanan ialah bukit bukau dan banjaran crocker. Memang sejuk mata memandang warna hijau biru nya alam maya.
Dan view sebelah kiri pula akan nampak Pekan Membakut. Since Pekan Membakut ni kecil sahaja, so sejauh saujana mata memandang akan nampak kehijauan seluas alam maya.
Satu benda nak cakap, bila hiking bukit dan sampai ke atas tu, view memang stunning. Subhanallah.
Banyak sangat gambar aku ambil, tapi mau kasi sumbat semua dalam blog memang ndak payahlah kan.
Lepas sampai atau puncak bukit Tinubau ni, aku rasa happy gila. Lama sudah mengidam mau hiking tapi ndak tersampai-sampai.
Memang tinguk bukit ni dari tingkap rumah sajalah. Tapi kali ni berjaya hiking bukit Tinubau, rasa happy dia tu lain macam sangat.
Kami stay for a while atas bukit sambil makan sarapan yang kami tapau dari rumah, dan bagi anak-anak rehat kejap.
Lepas tu kami turun balik rumah.
Dalam perjalanan balik, aku bagitau mr.Husband untuk bawa aku hiking lagi nanti Sabtu depan. Terus semangat bah kunun mau hiking demi misi menurunkan berat badan.
Dan kalau sebelum ni aku fikir hiking bukit Tinubau ni susah, weh aku silap la bah pula rupa-rupanya. Bukan susah mana pun. Yang penting kenalah berusaha kalau mau daki bukit. ekeke.
Jadi, jadual next hiking kami nanti Insya Allah hari Sabtu, 14.11.2020 ini. Tapi kali ni, mr.Husband bilang kami pergi hiking dekat bukit sebelah pula yang orang kampung panggil Bukit Tangki Air Hitam.
Dorang bilang sana pun view atas bukit best.
Ok, whatever. Asalkan mr.Husband bawa aku hiking , aku dah happy. Sambil hiking, sambil bersenam, sambil kita bonding dengan anak-anak tercinta.
Lagipun, ni salah satu cara aku boleh bawa anak-anak bersiar ke luar rumah memandangkan untuk jalan-jalan tempat yang ramai orang is not my preference at the moment kerana COVID-19.
Jadi, kita jalan-jalan nature walk and hike macam ni pun dah cukup seronok buat aku dan anak-anak.
Terima kasih mr.Husband pasal ajak aku sungguh-sungguh untuk hiking. Kalau sekali dua dia ajak memang aku malas nak layan , tapi ni ajak banyak kali yang buat aku tergerak hati untuk daki bukit ni.
Korang semua, stay healthy and take care ya.
cheers.
4 Comments
Landai bukit Tinubau tu. Agak mudah untuk sampai ke puncak. Bagusnya, anak-anak kecil sudah didedahkan dengan aktiviti menyihatkan.
ReplyDeletetak tembam mrspip, cheek bone mahal tu, model2 semua perlu ada cheekbone macam tu tau! hehe
ReplyDeleteBestnya..kecil2 da di bawa hiking dengan beg Iron Man lagi tu..
ReplyDeleteYang sikecik tu pun semangat bukan main lagi..hahaha..
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.