Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2

Terima Duit Dari Shopback Kali Kedua. hi there, buat kaki online shopper yang memang suka sangat beli belah atas talian tu, aku memang SUGGEST sangat sangat dekat korang untuk guna SHOPBACK apps. 

Bayangkan kalau kau memang seorang pembeli belah tegar secara online, rugi sangat bagi pendapat aku kalau tidak guna SHOPBACK ni kerana kau boleh kumpul cashback sedikit demi sedikit, mesti lama-lama akan jadi bukit!

Aku bagi contoh, katakan kau beli barang dekat ZALORA, kau order terus dari website ZALORA, kau takkan dapat sedikit cashback.

Tapi, kalau kau beli barang di ZALORA thru SHOPBACK apps, setiap kali pembayaran yang kau buat, kau akan dapat CASHBACK 6% .

Let say kau beli barang harga RM100.00, so kau akan dapat cashback RM6.00 yang akan dimasukkan ke akaun SHOPBACK. Minimum withdrawal di SHOPBACK ialah RM10.00. 

Jadi, at least kau akan dapat sedikit penjimatan kan. Dan lagi best SHOPBACK ni, ada banyak updates tentang voucher codes and promo . Kadang-kadang untung juga bila dapat extra voucher codes untuk website yang kau mau beli belah tu.

Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2


Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2

Selama aku pakai SHOPBACK, ini kali kedua aku withdraw. Dan aku akan withdraw bila cukup duit RM100++, lepas tu bolehlah aku shopping lagi barang lain, ekeke.

First aku withdraw hari tu 24 Januari lalu sebanyak RM101.30.

Dan baru-baru aku check aku dah ada RM102.27 available untuk aku withdraw. Kebetulan pula aku mau beli barangan skincare , so aku withdraw duit di SHOPBACK ni dan guna untuk beli skincare aku di Shopee.

Korean Skincare Murah

Beli Korean Skincare dengan Trusted Seller : Ippuni

Ni skincare yang aku baru purchase di Shopee.

Aku beli Some By Mi Miracle Starter Kit (Yuja Niacin) dan juga SKIN1004 Madagascar Centella Asiatic 100 Ampoule.

Hari tu aku guna Some By Mi Snail Truecica untuk rawat kulit muka aku yang breakout agak teruk. Now kulit muka dah ok dari breakout, jadi aku nak try pula guna produk Some By Mu Yuja Niacin.

Aku beli starter kit dulu, tengok sesuai atau tidak dengan kulit aku, dan starter kit ni boleh guna untuk tempoh sebulan. Harga affordable la juga dapat complete set dalam saiz yang kecil. 

Untuk Yuja Niacin, produk ni fokus untuk skin brightening dan blemish care. Jadi aku harap produk ni akan perbaiki kulit muka selepas masalah breakout aku tempoh hari.

Manakala untuk Madagascar Centella tu pula, aku beli pasal aku baca juga review yang produk ni boleh dijadikan booster untuk memperbaiki skin barrier dan membantu merawat kulit yang ada masalah jerawat.

Dan 100ml tu boleh tahan sehingga 6 bulan bergantung kepada cara penggunaan individu. So kalau dari segi harga, memang reasonable bagi aku boleh guna agak lama juga kan.

Jad, bila aku dah withdraw cashback dari shopback tu, aku tambah sedikit duit sahaja untuk bayar skincare aku.

Dan untuk Korean Skincare, kalau korang beli di Shopee, aku suggest korang beli dengan seller IPPUNI. Trusted Seller. Dan harga lebih rendah berbanding seller lain.

Boleh baca review aku tentang produk Some By Mi Snail Truecica yang aku tulis beberapa bulan yang lalu. 

Ni bukan sponsored post ya, aku just share experienced aku guna produk ni. So far aku memang happy dengan produk ni dalam merawat kulit aku yang breakout tu.

Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2


Lifetime Earnings aku di Shopback setakat ini ada RM338.99. Dan so far aku sudah buat dua kali withdrawal.

Withdrawal kali kedua aku buat pada 8 Nov 2020, seperti gambar di atas tu status masih processing. 

Tapi duit tu dah selamat masuk akaun bank aku pun pada 9 Nov 2020. It takes a day sahaja untuk SHOPBACK proses dan bank in kan ke akaun bank.

Terima Duit Dari Shopback Kali Ke-2


Ni bukti duit dari SHOPBACK berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank pada 9 Nov 2020. Alhamdulillah. Dipermudahkan untuk aku beli skincare.

Kebetulan skincare aku yang Some By Mi Snail Truecica tu memang tinggal sikit sahaja lagi akan habis. Aku rasa toner aku tu tak sampai seminggu lagi memang akan habis sehabis-habisnya.

Cleanser pun tinggal ciput sahaja lagi. Yang serum dan miracle cream tu rasanya boleh bertahan sehingga hujung bulan ni.

Be A Smart Online Shopper, Register SHOPBACK For CASHBACK

Jadi kalau korang yang tak pernah ada akaun SHOPBACK, aku suggest kat korang untuk daftar akaun SHOPBACK ni. 

Dan SHOPBACK ni ada apps, so korang bolehlah pilih nak guna website dia atau apps yang ada di google play store tu.

Register SHOPBACK >>> KLIK SINI UNTUK REGISTER , register pun free , bukan ada pembayaran pun ... 1st time register biasanya SHOPBACK akan bagi RM5.00 kat akaun korang nanti.

Happy online shopping semua.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. untung sangat dapat cashback. duit cashback boleh rolling shopping lagi.

    ReplyDelete
  2. wahhhh kita beli barang guna shopback adik punya so kalau dapat withdraw pun dia yang merasa haha

    ReplyDelete
  3. rasa macam dulu ada apps ni tapi lepas tu da lupa kewujudannya..sayang pulak tak pakai..dah banyak membeli online ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang suka online shopping.
      so, pakailah shopback.
      nanti boleh withdraw bila dah banyak.
      lepas tu boleh untuk shopping lagi.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.