Beli Air Fryer Kelen Munoz 3.8L

Kelen Munoz Air Fryer Review || hi there, mrs pip beli Air Fryer Kelen Munoz 3.8L.  Alhamdulillah, rezeki dapat seketul air fryer. 

Walaupun mengidam agak lama juga untuk beli air fryer, tetapi memandangkan ianya bukan keperluan sangat, jadi simpan dan pendam dulu keinginan tu.

Tapi, rezeki tak salah alamat. Akhirnya, dapat juga memiliki seketul air fryer. mrs pip pilih Air Fryer Kelen Munoz (Model: KMAF3000, Saiz: 3.8L) pada harga RM149.00

Check Pelbagai  Pilihan >>>> Kelen Munoz Air Fryer di Shopee  

Untuk air fryer kelen munoz model KMAF3000 ini, ianya didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah. Dan mrs pip pilih warna merah kerana nampak stunning sangat.

review air fryer kelen munoz

Specification 3.8L Air Fryer Kelen Munoz KMAF3000

Products Function & Features:

• Power: 200V ~ 220V,
• 50/60Hz, 1000W power
• Health Conscious – Rapid Air Technology for Healthier Frying. 40% faster!
• 3.8 liter capacity (Pan Size) • Removable non-stick coated cooking basket
• 30-minute timer with automatic shut-off
• Versatile – Fry, Grill, Roast & Even Bake
• Unique Design for Delicious and Low-Oil Cooking Results
• Double Layer Accessory for More Versatile Recipes
• Large Cooking Capacity for All Your Favorites Recipes

Actual Usage Capacity = 3L
Remark: This Air Fryer could accommodate Cake Barrel Size = 7 Inch
  • Versatile – Fry, Grill, Roast & Even Bake • Health Conscious – Rapid Air Technology for Healthier Frying
  • Unique Design for Delicious and Low-Oil Cooking Results
  • Double Layer Accessory for More Versatile Recipes
  • Large Cooking Capacity for All Your Favourite Recipes
  • High-Power Performance for Fast Cooking Result


Beli Air Fryer Kelen Munoz Online 

Barangan elektrik Kelen Munoz juga boleh dibeli di platform e-commerce yang lain seperti di Shopee, Lazada dan PGMall.

Apa itu Air Fryer?

Kalau ada yang belum begitu familiar mengenai air fryer, suka mrs pip jelaskan sedikit mengenai air produk ini.

Air fryer seperti oven lah juga. Air fryer mengedarkan udara panas berkecepatan tinggi sekitar makanan.

Kipas mekanikal di dalam air fryer menghasilkan udara panas tersebut. 

Kerana suhu panas pada air fryer, maka kandungan air pada makanan di dalam air fryer akan menguap sehingga menjadikan masakan mempunyai tekstur renyah pada gorengan atau masakan anda.

Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan 

Air fryer ni agak versatile lah juga.

Banyak juga jenis masakan boleh dimasak menggunakan air fryer seperti daging, frozen food, seafood, tauhu, tempe, kentang, keropok, dan selain itu air fryer pun boleh untuk bakar roti, panggang steak, bakar kek dan juga biskut.

Wah, seronok dapat tahu boleh masak macam-macam di dalam air fryer ni kan.

Kelebihan Menggunakan Air Fryer

  • Masakan lebih sihat kerana tidak menggunakan jumlah minyak masakan yang banyak.
  • Hasil gorengan lebih rangup sebab kandungan air dalam makanan akan menguap sempurna ketika dimasak.
  • Rasa kekal atau hampir sama. Contohnya kalau kita goreng ayam di atas minyak, makan ayam yang di masak di dalam air fryer dikatakan boleh menyerupai ayam seperti yang digoreng tadi.
  • Dikatakan masak guna air fryer ni , masakan akan yang lebih selamat tanpa guna minyak masak yang banyak. Rasanya juga kekal sama.
  • Air fryer boleh guna untuk panggang dan bakar.
  • Masak guna air fryer sangat praktikal buat mereka yang kejar masa dan tengah on diet.

Kekurangan Menggunakan Air Fryer

Ada beberapa kekurangan untuk seketul air fryer yang mrs pip ingin kongsikan:-

  • Mahal - tidak dinafikan air fryer agak pricey juga untuk dibeli.
  • Tidak memasak semua jenis masakan - seperti adunan cair, tidak sesuai untuk masak di dalam air fryer
  • Saiz yang kecil - kalau untuk keluarga besar, agak tidak sesuai untuk bergantung masak guna air fryer.

review air fryer kelen munoz

Cara Guna Air Fryer Kelen Munoz

Well, dah beli air fryer tu haruslah mencuba kan.

Kebetulan cuma ada fries di dalam peti sejuk, jadi mrs pip terus letak dalam basket air fryer tu untuk di masak pada ketetapan suhu 180 darjah, dan di masak sekitar 25minit.

Time memasak ni, memang kena juga kacau-kacau fries tu sesekali untuk pastikan semua bahagian dimasak dengan elok.

Nak cakap rangup tu, tak da lah rangup sangat seperti fries yang digoreng guna minyak masak.

Tapi in terms of kesihatan, since masak tak guna minyak, jadi bolehlah kurangkan masakan berlemak dan berminyak.

Nak masak pun mudah sangat. Hanya perlu masukkan masakan ke dalam basket dan set suhu serta masa.

Jadi selama menunggu masakan siap, bolehlah siap kan benda lain pula.

Untuk setiap pembelian air fryer kelen munoz, ada disertakan buku resipi. Daebak.

Kelen Munoz buatan mana ? Kalau tengok di website , Kelen Munoz merupakan internet based business berpengkalan di Malaysia, so I assumed it's truly Malaysia product.

Nanti nak try tengok resepi resepi yang tersedia dalam buku resipi tu, nanti bolehlah main masak-masak di dapur bersama mr.Husband. ekeke.

thanks for reading

cheers.

Post a Comment

18 Comments

  1. cantik la warna dia kak pip, merah tapi macam pink pekat. sesuai la untuk kak pip hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna cantik. hehe.
      sesekali beli warna merah pula.

      Delete
  2. Menariknya warna, harga pun murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga agak affordable juga.
      maikn besar kapasiti, makin mahal.
      ok lah saiz ni untuk mrs pip.
      selalu tak masak banyak mana pun.
      kalau healthy food yang tak da rasa, dan main bakar kering ni memang anak2 tak berapa nak melayan.

      Delete
  3. Replies
    1. hehe.
      ok lah untuk healthy food.
      masak kurang minyak.

      Delete
  4. Cantik design nya ni.. Sekarang ni air fryer menjadi keperluan di umah.. Memang mudah & cepat kerja memasak di dapur bila ada seketul😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat nak memasak untuk healthy food.
      tak perlu nak goreng2 sangat guna minyak.
      hehe.

      Delete
  5. Tertarik pada warna merah air fryer ni. Mengancam betul! Kalau suka warna merah mesti beli

    ReplyDelete
  6. Air fryer barang hot stuff sekarang.

    ReplyDelete
  7. Siyes santekkk. So, kami pilih warna ni jg utk hadiah kahwin kawan

    ReplyDelete
  8. KG dah lama nak beli AF ni..nt nak beli d PG Mall juga la

    ReplyDelete
  9. sedap la ada air fryer sebab ia memudahkan kerja memasak..insyaAllah nanti nak beli jgk

    ReplyDelete
  10. mudah pakai air fryer ni.. sihat pun yea... Sha punya baru kuar kotak..

    ReplyDelete
  11. Uniknya pilih warna merah. Biasa orang pilih hitam. Air fryer juga best sebab tinggal je. Hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.