Bagi Makan Bayi Berusia Sebulan Dengan Tepung Beras!

Hari tu ternampak ada ibu yang bertanya soalan boleh tak bayi berusia sebulan makan tepung beras? . hi there. Hope yang membaca entry ni sihat semuanya.

Bila masuk group mak-mak kat FB , lagi-lagi yang first time bergelar ibu, mesti ada banyak persoalan yang mereka utarakan untuk minta nasihat dan pendapat.

Dan soalan boleh atau tidak bayi berusia sebulan makan tepung beras , memang ramai yang bagi jawapan nasihatkan ibu ni janganlah bagi anak makan sebelum berusia 6 bulan.


 Aku pun bagi juga nasihat yang sama. Bayi tak cecah umur 6 bulan mana boleh makan macam-macam. Usus bayi belum cukup kuat untuk terima makanan pejal. Tepung beras some more! what the heck.

Aku faham juga ada sesetengah ibu tu dia kurang knowledge motherhood & parenting. Aku pun begitu juga waktu 1st time bergelar mommy. 

Aku sedut semua kata-kata orang time tu, tapi aku tapislah mana yang baik dan buruk. Lagi satu, aku lebih yakin dengan nasihat-nasihat jururawat dan doktor di klinik kesihatan ibu dan anak. 

Lagi relevant nasihat dorang memandangkan mereka lebih arif dalam bidang sebegini.

Buat mak sekalian, dengarlah nasihat doktor. Kalau tak happy dengan doktor A, pergi minta nasihat kat doktor B pula. So korang boleh cross check nasihat dorang tu macam mana. Tak salah minta second third opinion.

Tapi, please lah jangan cepat sangat termakan nasihat ntah siapa-siapa suruh korang buat itu ini kat baby kecik korang.

Sedih tau. Penat-penat korang mengandung dan melahirkan baby korang, tapi korang tak nak dengar nasihat pakar. Nak juga dengar cakap si polan binti si polanda.

Bila jadi mak ni, penting kita belajar ilmu parenting kan. Kalau korang tak tahu nak mula kat mana, korang boleh sahaja download app THEASIANPARENT. 

Aku suka THEASIANPARENT ni pasal di dalamnya terdapat banyak sangat maklumat berguna untuk anda dan si kecik anda. Dan ada forum untuk ibu-ibu minta pendapat dan nasihat. Dan ahli-ahli THEASIANPARENT pun memang aktif, laju sahaja menjawab sebarang persoalan korang.

Tapi apappun, jangan ketepikan nasihat pakar yang sah-sah menyatakan bayi berusia di bawah enam bulan tidak boleh mengambil sebarang makanan.

Kalau ada yang paksa-paksa anak kecik korang makan padahal masih di bawah berusia 6 bulan, korang karate taekwando sahaja orang tu!

Hiks. 

Untuk ibu yang meminta pendapat (merujuk gambar di atas), aku harap ibu tersebut boleh ambil sedikit masa untuk membaca dan mencari maklumat tentang perkembangan bayi diusia bawah 6 bulan.

Sekarang pun , nak cari maklumat bukannya susah. Hanya perlu GOOGLE sahaja kan. 

Aku harap ibu yang bertanya ni, dia tak jadilah nak bagi anak dia makan tepung beras. Kalaupun mungkin air susu tak cukup, bagilah susu formula berbanding tepung beras.

Tu saja nak mencoret hari ni.

Take care.

Stay healthy semua.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. macam2 cerita mak-mak zaman sekarang ni. jangan percaya sumber yg salah sudah.

    ReplyDelete
  2. Harap ibu tersebut tak meneruskan bagi baby dia solid food.

    ReplyDelete
  3. huhu..jadi mak zaman skrg, byk info boleh cari. antara rajin dengan tidak je. tapi pada saya, anything persoalan yg kita nak cari better bertanya pd yang pakar. kalau tnya dalam group2 ni, kdg tak membantu pun. lagi memeningkan lagi ada...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.