Menghapuskan Skin Tag (Kutil) Pada Kulit

Ini Cara Aku Menghapuskan Skin Tag (Kutil) Pada Kulit . hi there, beruntung kepada mereka yang ada kulit cantik. Tak perlu risau untuk buat skin treatment kan. 

Tapi berbeza dengan aku yang sedari remaja ada masalah skin tag di sekitar leher dan juga kulit wajah.

Skin tag pertama yang aku ada ialah di atas kelopak mata sebelah kiri.

Dan aku tidak pernah rasa tertanggu dengan skin tag tersebut.

Tapi apabila aku meningkat remaja, skin mula kelihatan tumbuh di sekitar leher.

Ianya seperti bintik-bintik kecil pada mulanya, dan lama kelamaan nampak jelas seperti kulit yang keluar dan bertangkai lembut.


Apa itu Skin Tag?


Dalam bahasa perubatan (ini yang aku baca), skin tag juga dikenali sebagai acrochordon, papilloma kulit, polip fibroepithelial, atau fibroma molluscum.

Skin tag terdiri dari inti serat dan saluran, sel saraf, sel lemak, dan epidermis kulit

Tapi kalau orang kebanyakkan, lebih mengenali skin tag dengan nama lain iaitu KUTIL.

cara mudah buang kutil dari badan

Skin tag bukanlah sesuatu yang berbahaya, atau menyakitkan, namun ianya kelihatan agak menjengkelkan, lagi-lagi kalau tumbuh di kawasan yang mudah kelihatan seperti dalam kes aku di leher dan muka.

Pada mulanya aku pun tak kisah sangat dengan kehadiran skin tag ni.

Kalau di kulit muka, skin tag kelihatan seperti tahi lalat, tapi boleh nampak sedikit berbeza, namun aku tak pernah ambil pusing untuk rawat skin tag di kulit muka kerana ianya tidak mengganggu dan menyakitkan.

Namun berbeza untuk skin tag yang ada di leher.

Boleh rasa sangat biji-biji daging kulit yang keluar tu, dan ada beberapa biji skin tag tu rasa agak besar dan ketara sangat dilihat walaupun dari jarak yang jauh.


Cara Merawat Skin Tag


Skin tag boleh dirawat dengan beberapa cara melalui rawatan klinikal / perubatan:-

  • Kauterisasi, membakar skin tag dengan menggunakan elekrolisis
  • Cyrosurgery, membekukan skin tag dengan probe yang mengandung nitrogen
  • Cairligasi, memutuskan pasokan darah pada skin
  • Tageksisi, memotong skin tag dengan pisau bedah

Skin tag ni ada yang boleh jatuh dengan sendirinya apabila aliran darah pada skin tag terganggu menyebabkan tangkainya boleh 'mati' dan akhirnya jatuh sendiri.

Tapi bukan mdah untuk aliran darah pada skin tag tu terganggu melainkan kamu sendiri rajin memusing-musingkan skin tag sehingga aliran darahnya terganggu.

Macam dalam kes aku, skin tag akan terasa sedikit gatal apabila aku makan daging (red meat). 

Aku pun tak sure kalau ianya memang memberi kesan ke atas skin tag setiap kali aku makan red meat.

Tapi, aku pernah pergi beauty clinic untuk buat facial treatment, dan beautician tu bagitau aku jangan selalu makan makanan yang ada kandungan red meat seperti burger.

Dan waktu tu aku memang paling feveret makan burger. Adeh.

cara mudah buang kutil dari badan

Dan baru-baru ni, aku ternampak iklan produk hilangkan skin tag.

Mulanya aku tak ambil pusing sangat. Memang selama ni aku tak kisah sangat dengan skin tag yang ada di leher aku.

Tapi kan satu hari tu entah macam mana skin tag yang besar tu terjatuh sendiri dan ingatkan tak tumbuh balik, rupa-rupanya aku silap!


Boleh Klik Di Sini >>> Link Skin Tag Remover

Skin Tag Boleh Tumbuh Semula Selepas Gugur!


Hurm, skin tag tumbuh semula selepas gugur di tempat yang sama!

Jadi aku pun tergerak hati cari produk skin tag remover.

Dan rupa-rupanya, produk skin tag remover ni ada banyak jual di Shopee.

Pelbagai brand dengan harga yang berbeza-beza.

Jadi aku try beli skin tag remover.

Aku beli sebotol RM6.00 (dengan isian 10ml).

Aku beli dua botol.

Dan caj pengeposan sekitara RM5.00 (shipped dari China)


Cara Penggunaan Skin Tag Remover


Ambil putik kapas, dan titikkan titisan skin tag remover ke atasnya

Kemudian sapu di kawasan kulit yang ada skin tag / kutil

Elakkan sapu di kawasan kulit secara berlebihan kerana kulit boleh sedikit merengsa kemerahan.


Review Penggunaan Skin Tag Remover, Berkesan atau Tidak?


Ini review ikhlas aku ok.

Bukan sponsored post.

Aku just nak berkongsi pengalaman aku guna skin tag remover ni, manatau ada yang ada masalah yang sama macam aku juga kan.

Based on my experience guna skin tag ni dalam sebulan, selepas tiga minggu penggunaan skin tag remover ni berjaya mampu hilangkan skin tag (gugur/jatuhkan skin tag) .

Skin tag akan kelihatan sedikit kecoklatan dan lama kelamaan akan jadi sedikit gelap sehingga korang boleh tarik dan cabut skin tag tu.

Dan aku rasa penggunaan kita mungkin berbeza depends dengan saiz skin tag yang korang ada di kulit masing-masing.

Apapun, aku masih terus guna skin tag remover ni sehingga semua kutil di leher aku berjaya dihapuskan.

rawat skin tag berkesan


Ini skin tag yang telah berjaya gugur.

Dan skin tag ni yang saiz paling besar , yang lain sekitar leher tu semua saiz kecil dari ini.


Petua Hilangkan Skin Tag Secara Semulajadi di Rumah


Dan aku terjumpa banyak petua di Pinterest yang berkongsi tentang cara menghapuskan skin tag secara natural di rumah (remove skin tags naturall at home).

Nampak macam mudah sahaja nak buat.



Ini ialah salah satu petua yang korang boleh cuba untuk hapuskan skin tag in case korang tak nak guna ubat.

Kalau korang tiada apple cider vinegar tu, guna vinegar biasa di rumah tu pun boleh.

Nak cari petua lain, korang rajin-rajin cari di Pinterest ya.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang juga.




cheers.
Repurposed. 20.10.2020

Post a Comment

8 Comments

  1. OO..Boleh buang ke..ingtkan tak boleh. Good sharing ni mrs pip..Mana tau ada yang mencari solution atasi masalah sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buang.
      Kalau Ada duit, boleh pergi mana2 beauty center yang ada servis buang skin tag.

      Delete
  2. Baru tau ni boleh buang. Ingatkan dia akan kekal or ada rawatan kecutkan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh buang, cuma kalau guna skin remover macam ni akan ambil Masa yg lama.
      Kalau nak cepat, bolehlah pergi klinik kulit utk treatment.

      Delete
  3. Banyak juga cara untuk buang skin tag guna bahan-bahan di rumah. Skin tag remover tu pun tak mahal.

    ReplyDelete
  4. Tq sharing tips² cara rawatan nya. Mau try dulu guna bahan yg ada di rumah. Semoga berhasil buang dan hilang kan terus dari kaki Rich

    ReplyDelete
  5. kat hospital kerajaan takda buat rawatan ke utk skintag ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, x pernah tanya kat klinik kerajaan. Maybe boleh kot dapatkan krim remover skin tag Kat klinik kerajaan kan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.