Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru - MrsPip || The Reviewer

Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru

Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru

hi there, blog mrs pip ada masalah gambar thumbnail jadi blur selepas tukar template baru. Dalam masa empat bulan ni, 3 kali tukar template! 2 template tu mrs pip beli ya, premium template. Sakit hati bila beli premium template tapi buat pageviews blog turun mendadak gila-gila. So selepas tiga bulan berusaha perbaiki konten dan susun atur blog namun tidak berjaya naikkan PV , jadi mrs pip ambil keputusan kali ini guna template percuma dulu untuk melihat sejauh mana boleh naikkan pelawat masuk blog.

Banyak sangat website yang sediakan template percuma untuk blogspot. Design semua cantik cantik. Pening mahu pilih template yang mana satu. Moreover, sekarang ni hampir semua template disediakan adalah mesra SEO, responsive, loading cepat, dan mempunyai integrasi media sosial.

mrs pip memilih template percuma daripada My Blogger Themes, dan pada asalnya mrs pip mahu gunakan theme SEO BOOST ataupun BLUEBERRY, namun memilih theme AVERIE kerana merasakan theme ini lebih nampak minimalist. 

Theme AVERIE memaparkan gambar thumbnail pada front page, dan hampir ke semua gambar thumbnail di blog kelihatan blur / kabur. Jadi tak tunggu lama, mrs pip tanya kat sifu blogger iaitu Tuan Hasrul Hassan macam mana mahu atasi masalah gambar thumbnail yang tidak sedap mata memandang ni.

Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru


Tuan Hasrul Hassan bagitau cara untuk atasi masalah ini. Dan cara ini adalah untuk gambar pertama di dalam blog kerana thumbnail pada blogspot adalah gambar pertama di dalam sesebuah entry.

Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru

Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Blur Selepas Tukar Template Baru


1. Masuk entry korang 
2. Klik pada gambar pertama
3. Set kan gambar ke ORIGINAL SIZE
4. Masuk ke dalam html view
5. Cari html coding untuk gambar pertama
6. Copy code dalam HREF tu, dan pastekan ke dalam SRC
7. Siap dan boleh save
8. Masuk ke blog korang, dan korang akan dapat gambar korang kembali cerah terang benderang :)

Atau, kalau korang rasa cara di atas tu agak leceh kerana perlu masuk ke HTML View, cuba korang edit sahaja gambar korang ke ORIGINAL SIZE, lepas tu update entry korang dan cuba tengok kat BLOG View, thumbnail tu dah nampak jelas atau still kabur?

Kalau dah nampak jelas, so it's done. Kalau nampak kabur, korang cuba guna cara yang Tuan Hasrul Hassan tu share, kena copy HREF gambar dan paste ke SRC tu.

Selamat mencuba tau.


Cara Perbaiki Gambar Thumbnail Yang Kabur (Blur) Selepas Tukar Template Baru

Sila lihat gambar di atas BEFORE dan AFTER. Sangat berbeza kan. Dan untuk gambar lain, sila setkan semua gambar anda ke ORIGINAL SIZE.

Kenapa gambar di blog perlu set ke Original Size?

Menurut Tuan Hasrul Hassan, loading pada blog akan ambil masa untuk calculate balik atau resize gambar yang tidak di set ke Original Size.

Jadi korang rajin-rajinlah set semua gambar di blog korang ke saiz asal , tapi pastikan korang dah compress / resize gambar korang lebih awal sebelum masuk blog. Gambar dengan saiz yang besar akan jadikan loading blog korang lambat.

Korang boleh guna Photoshop atau Paint untuk resize gambar tu. Macam mrs pip hanya guna paints sahaja dan recommended resize ialah 1080 atau 720. Ini saiz HD kata Tuan Hasrul Hassan.

Pageviews Meningkat Selepas Tukar Template Baru

Bercakap balik mengenai blog template terbaru yang mrs pip tukar ni, PV kembali naik. Kalau sebelum ini (guna template premium ), PV sebulan hanyalah sekitar 400 - 700 sahaja sehari, tetapi selepas tukar template, PV meningkat cecah lebih 1K sehari. Semoga berjaya naikkan PV seperti dulu.

So kalau korang pun ada masalah pageviews turun, maybe korang boleh consider untuk guna template lain. Dan just in case thumbnail di blog korang blur , korang bolehlah guna cara yang mrs pip share kan tadi ya.

Blogging is fun.

cheers. 

20 comments:

  1. Yeah... Betul3x... Memang kena resize gambar2 kite.. Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Tak peduli dgn semua ni, now dah ambil kisah. Semua ni selepas belajar dari team Biters dan sifu blogger lain.

      Delete
  2. Kagum dgn ketekunan Mrs Pip innovate & belajar. Bab ni saya mmg blur... Semua isu teknikal, saya serah pada Chief Editor, hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, banyak lagi ilmu blogging saya mau belajar ...

      Delete
  3. oh nice tips! mmg tgh update template blog ni. huhu. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  4. Blog akak ada problem kalau masuk kan gambar guna dashboard baru ni. View guna mobile akan jadi sekerat je . Kena rotate phone tu baru nampak view penuh postblog.Kalau tidak dia jadi sekerat. pelik betul.

    Agak2 cara ni boleh guna tak untuk betulkan masalah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, macam mana boleh jadi macam tu?
      Gambar dah resize / compress sesiap tak sebelum upload?
      Macam kak pip ni, kalau gambar masih dalam mode edit entry, memang akan half saja yang nampak, tapi bila dah publish, gambar akan kelihatan sepenuhnya.

      Delete
  5. good info...ammi dah cuba dan berjaya. BTW, we are using the same template hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay. semoga blog semakin cantik kan Ammi.

      Delete
  6. Good Tips. Fiza pun sesiap resize sebelum upload :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part resize tu pun kak pip baru faham.
      dulu2 semua main upload saja tak nak kecikkan.
      hehe.

      Delete
  7. Nice tips kak pip..nnt sha try

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya sha.
      blog semakin cantik bila gambar semakin kembali berseri seri kan.

      Delete
  8. thanks kak pip! cx tengok gak video tuan HH. Ada sedikit kekelliruan, bila baca dekat blog kak Pip, cx lebih faham kenapa itu kenapa ini. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea..kalau kita tukar template, pv mesti menurun.tu yang kadang malaih nak tukar template. amik masa nak bagi naik balik pv..oo baru tahu kena set original size bila letak gambar. tantiu for info.

      Delete
  9. nak tukar template jugak ni tapi alahai, risaunya dengan adsense sume...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang merisaukan bila nak tukar template, risau PV drop teruk.
      adsense lagilah.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.