Tonton The World of Married Couple Kdrama || Review Full Episode 1 - 16

Tonton The World of Married Couple Kdrama || Review Full Episode 1 - 16


hi semua peminat drama The World of Married Couple. Drama ini sudahpun menlabuhkan tirainya , selesai sudah episod ke-16, dan memperlihatkan kesudahan Tae Oh yang curang terhadap isterinya , Sun Woo dengan menjalin hubungan sulit bersama Dae Kyung, dan akhirnya menceraikan Sun Woo dan berkahwin dengan Dae Kyung.

Untuk yang belum menonton drama The World of the Married Couple, suka diingatkan yang drama ini merupakan drama rating R yang bermaksud mempunyai mature content (sila ambil perhatian drama ni sangat tidak sesuai ditonton oleh mereka di bawah umur). Ada scene yang memang sangat tidak elok ditonton untuk anak-anak dibawah umur.

Drama ini menjadi kegilaan ramai sehingga pada awal siarannya sahaja sudah mencapai rating yang tinggi! Woha. Apakah rahsia kehebatan drama ini sehingga menjadi perbualan ramai baik di media sosial, mahupun di laman-laman web hiburan dan juga blog?

‘The World of the Married Couple’ beats first episode ratings of all other JTBC dramas , and the 2nd episode the rating almost hit 10% and the 6th episode rating recorded almost hit 19%! 

Mrs Pip sempat buat review singkat setiap episod kecuali Episod 1 - Episod 6 yang penuh dengan suspens dan buat adrenaline rush , jadi korang layanlah episod 1 - episod 6 , rasai sendiri perasaan GERAM , MARAH, dan SEDIH terhadap watak-watak di dalam drama ni.

drama Korea The World of Married Couple boleh dapat RATING TINGGI
drama Korea The World of Married Couple boleh dapat RATING TINGGI

Senarai pelakon The World of Married Couple Kdrama


Senarai pelakon memperlihatkan barisan pelakon yang mrs pip tidak familiar. Pendek cakap, ala tak kenallah barisan pelakon ni. Best atau tidak pelakon-pelakon ni? Watak utama ialah season actress yang masih tampak jelita dan tidak disangka usianya sudah mencecah 5 series. Sis susah mau percaya!

Ini ialah senarai pelakon bagi drama The World of Married Couple:-

Pelakon utama drama The World of Married Couple


Kim Hee-ae as Ji Sun-woo
Park Hae-joon as Lee Tae-oh
Park Sun-young as Go Ye-rim
Kim Young-min as Son Je-hyuk
Chae Gook-hee as Seol Myung-sook
Lee Geung-young as Yeo Byung-gyu
Kim Sun-kyung as Eom Hyo-jung
Jeon Jin-seo as Lee Joon-yeong

Pelakon pembantu drama The World of Married Couple


Park Choong-sun as Ma Kang-seok
Jung Jae-sung as Gong Ji-cheol
Lee Moo-saeng as Kim Yoon-gi
Kim Jong-tae as Ha Dong-sik
Seo Yi-sook as Chairman Choi's wife
Lee Hak-joo as Park In-gyu
Han So-hee as Yeo Da-kyung
Shim Eun-woo as Min Hyun-seo


Sedikit sinopsis mengenai The World of Married Couple Kdrama :-

  • Sun Woo merupakan seorang wanita yang bekerjaya sebagai seorang doktor, mempunyai rumahtangga yang aman bersama suami Tae-Oh dan anaknya Joon Yeong. Mereka hidup bahagia sehinggalah satu hari Sun Woo curiga terhadap suaminya dan merasakan suaminya ada wanita lain apabila terjumpa lip balm di dalam trench coat suami dia yang baru balik dari outstation, dan juga mendapati ada helaian rambut panjang dan bewarna terselit di scarf leher milik suaminya.
  • Untuk pengetahuan, Tae-Oh memiliki syarikat membuat filem (kalau tak silap) dan penubuhan syarikat semuanya dibiaya oleh Sun Woo. Selain itu, Sun Woo juga membiayai kos rawatan mak si Tae-Oh yang sakit, dan dijaga di 'hospital care center', dan ketika mak Tae-Oh meninggal dunia, Sun Woo juga membiayai kos pengkebumian mak Tae-Oh. 
  • Disenangkan cerita, kehidupan si Tae-Oh ni memang semua guna duit wife dia. Dah Sun Woo ni tiada ahli keluarga lain melainkan suami dan anak dia, so memang dia sayang sangat kat suami dan anak dia ni lah ... TAPI siapa sangka, suami pula curang! 
  • Sun Woo ikhtiar cari jalan untuk dapatkan bukti suami dia curang. Memang menyakitkan hati bila life partner yang kita trust sepenuhnya, curang dan buat-buat setia di depan kita kan.
  • Dan selain suami curang, rakan-rakan Tae Oh yang Sun Woo kenal juga tahu yang Tae Oh ni ada girlfirend, tapi dorang diamkan saja. End up Sun Woo tau juga yang rakan rakan dorang dah memang tahu Tae Oh ni ada gf.
  • Girlfriend Tae-Oh ni nama dia Dae Kyung. Cantik orangnya. Muda. Anak orang kaya-raya. Tapi kenapalah mesti pilih si Tae Oh yang sudah beristeri dan punya anak? Hiks! Bikin geram. Ramai lagi yang single kan.

First of all, Mrs Pip layan drama ni di VIU, tapi drama ni PREMIUM access, maka korang yang nak tengok drama ni kenalah ambil access berbayar. Aku bayar RM20.00 untuk 3 bulan di Viu, harga berbaloi bagi, not expensive and affordable.

Tapi kalau korang nak FREE, korang boleh tengok drama ni di IFLIX. Cumanya tak pasti kalau di IFLIX tu ada iklan atau tiada. Kalau ada iklan, ni yang buat badmood mau tunggu iklan habis. Kalau di VIU, yang free access tu kejap kejap iklan, boleh tension tunggu iklan habis! teehee.

Antara yang menarik tentang The World of Married Couple Kdrama


  • 1. Jalan cerita yang POWER sejak Episod 1


Yes, biasanya kalau drama ni kena tunggu 2 atau 3 episod baru rasa suspens dan adrenalin rush kan, yang drama The World of Married Couple ini, episod pertama pun sudah cukup menarik buat kau tertanya-tanya what's next what's next. 

Jadi, bila episod pertama berjaya buat hati tertawan,  mestilah akan ada keinginan untuk tengok episod seterusnya dan lagi dan lagi.


  • 2. Gabungan pelakon yang season dan baru serasi bersama


Dalam drama The World of Married Couple ni, gabungan pelakon Kim Hee Ae sebagai Ji Sun Woo,
Park Hae Joon sebagai Lee Tae Oh menarik. Masing-masing berjaya bawa watak dengan baik. 

Agak kurang percaya bila aku Google usia Hee Ae. Pada usia 53 tahun, dia masih kelihatan cantik dan jelita. Hae Joon pula 9 tahun lebih muda berbanding Hee Ae. Watak mereka sebagai suami isteri menarik. Perbezaan umur tidak menghalang mereka sebagai pasangan yang serasi.

Selain mereka berdua, Mrs Pip juga suka watak Je Hyuk dan Ye Rim merangkap kawan dan jiran kepada Sun Woo dan Tae Oh.

Dan pelakon yang membawa watak Dae Kyung, kekasih gelap Tae Oh juga menarik wataknya untuk dilihat. Dia sangat persistent dengan hubungan dia dengan Tae Oh. Walaupun dia membawa watak gadis yang menyebabkan keretakan sebuah rumahtangga, tapi terus terang Dae Kyung antara watak yang aku suka tengok dalam drama The World of Married Couple.

She . Is . Stunning

The World of Married Couple
Sun Woo dan Da Kyung

  • 3. Jatuh cinta dengan watak Sun Woo dan Dae Kyung


Biasanya kalau tengok drama korea ni, mesti akan jatuh cinta dengan pelakon utama, dan biasanya mestilah terjatuh hati dengan hero dalam drama tersebut.

Berbeza dengan drama The World of Married Couple, Mrs Pip cuma suka watak Sun Woo. Haha, obviously kerana aku benci Tae Oh pasal dia suami yang curang. Tapi, kalau Tae Oh tu suami yang baik, adakah ramai yang akan jatuh cinta dengan watak Tae Oh?

Walaupun Dae Kyung ni pegang watak gadis yang merosakkan rumahtangga Sun Woo, aku tetap suka watak Dae Kyung.

Macam manalah si Dae Kyung ni boleh jatuh cinta dengan si Tae Oh , tapi yang pasti bila dia tahu dia preggy dan berniat untuk gugurkan baby dia, end up dia buat keputusan bijak untuk tidak menggugurkan baby dia. Ada sedikit simpati bila tengok watak Dae Kyung ni.

Jalan cerita drama ni very common berlaku dalam kehidupan orang kebiasaan seperti kita semua, membuatkan drama The World of Married Couple ni boleh dekat dijiwa penonton , dan itu juga sebab yang memungkinkan ianya mendapat rating yang tinggi.


Episode 7  The World of Married Couple


Tae Oh dah balik semula ke Gosan. Siap buat big party lagi. Lepas tu perangai tak berubah.. nampak saja baik, tapi busuk hati dan nak kenakan Sun Woo , nak balas dendam ..


Episode 8  The World of Married Couple


Joon Young makan malam kat rumah Tae Oh. Tinggal Sun Woo sorang sorang kat rumah. Then sekali lagi tingkap rumah Sun Woo kena pecah, kali ini penyerang masuk rumah dan cederakan Sun Woo.

Ye Rim nampak ada orang asing kat luar rumah Sun Woo dan telefon polis. Kebetulan doktor Kim call Sun Woo dan terdengar suara Sun Woo macam something wrong dan dia pun bergegas ke rumah Sun Woo.

Semua tu aku yakin memang rancangan si Tae Oh, dan yes memang dia yang rancang. Dan Tae Oh dalam usaha nak singkirkan si Sun Woo dari hospital tempat dia bekerja dengan menggunakan kuasa wang!

Tae Oh ni aku ingat kaya dah, tapi rupa-rupanya rumah baru yang dia duduk tu isteri dia punya. Syarikat produksi dia tu pun ayah mertua dia yang punya ... hampagas pula si Tae Oh ni.


Episode 9 & 10  The World of Married Couple


Wah semakin menarik cerita ni tau. Episod 9 tak menarik sangat, tapi episod 10, Sun Woo jumpa pesakit lama dia yang pernah tolong dia spy hubungan Tae Oh dan Dae Kyung iaitu Hyun Seo. Mereka bertemu secara kebetulan apabila Hyun Seo terdengar perbualan Myung Sook dan associate dia nak jatuhkan Sun Woo untuk memegang jawatan associate director di hospital tempat dia bekerja.

dan Sun Woo ternampak kehadiran In Kyu, ex boyfriend si Hyun Seo yang psycho tu dah release dari penjara. Sun Woo dah pernah selamatkan Hyun Seo hilang dari In Kyu kerana In Kyu jenis lelaki yang suka mendera.

In Kyu berjaya menjejaki Hyun Seo, dan siap bawa Hyun Seo beli cincin perkahwinan. Dalam terpaksa Hyun Seo pun layan saja kehendak si In Kyu ni, tapi dalam diam dia merancang untuk menghilangkan diri.

Atas pertolongan Hyun Seo, Sun Woo berjaya bertemu In Kyu. Dia tahu In Kyu yang menceroboh rumahnya atas arahan Tae Oh. Dia ingin mendapatkan pengakuan In Kyu, namun tidak berjaya. Pada malam yang sama, Sun Woo menghantar Hyun Seo ke train station untuk ke Ulsan. Sekali lagi Hyun Seo perlu menjauhkan diri daripada In Kyu.

Momen Sun Woo hantar Hyun Seo tu aku sebak sikit. Dapat rasalah Sun Woo ni sayang kat Hyun Seo macam seorang anak / adik. Siap bagi scarf leher dia kat Hyun Seo dan tapaukan Hyun Seo makanan buat bekal dalam perjalanan.

Tapi .................. In Kyu pigi cari si Hyun Seo ni tau! Adeh, adrenaline rush pula aku rasa tengok part ni.

Satu lagi, Dae Kyung masuk pejabat Tae Oh lewat malam apabila informer dia bagitau si Tae Oh ada spare phone letak dalam pejabat, dan guess what Dae Kyung nampak dalam phone tu gambar gambar Sun Woo yang Tae Oh stalk ... padan muka Dae Kyung ni, kan Sun Woo dah bagi warning kat dia pasal Tae Oh tapi tak nak percaya ...

ok , next episode please ....


Episode 11  The World of Married Couple


Sun Woo hantar Hyun Seo ke Gosan Station kerana Hyun Seo nak ke Ulsan, melarikan diri dari ex-BF dia yang psycho tu si In Kyu.

Hyun Seo dan Sun Woo
Hyun Seo dan Sun Woo

Time kembali ke kereta lepas hantar Hyun Seo, Sun Woo lupa nak bagi bungkusan ubat so dia masuk balik dalam station tu cari Hyun Seo. Dia nampak beg Hyun Seo tapi Hyun Seo tiada.

In Kyu berjaya cari Hyun Seo. Rasanya In Kyu dragged Hyun Seo ke roof top untuk pujuk Hyun Seo kembali bersama tapi bagi Hyun Seo , dia memang tiada future kalau bersama In Kyu.

the world of married couple episode 11
Hyun Seo 

Hyun Seo tinggalkan In Kyu di roof top, dia turun balik ke bawah dan Tae Oh pula yang memang sedang cari In Kyu terserempak dengan Hyun Seo. Dalam terpaksa dan ketakutan dengan Tae Oh, Hyun Seo bagitau yang In Kyu ada di roof top.

dalam episod 11 ni, In Kyu mati jatuh dari roof top. Dan persoalannya, siapakah yang bunuh In Kyu? Dia suicide kecewa dengan Hyun Seo yang reject dia? Atau Tae Oh yang tolak In Kyu dari roof top? Dan waktu In Kyu mati, scarf Sun Woo yang dia bagi pakai dekat Hyun Seo ada bersama In Kyu.

Fuh, episod ni banyak main teka teki. Siapa yang bunuh In Kyu? Bagi aku lah, of course tak logik nak tuduh Sun Woo dan Hyun Seo yang bunuh In Kyu. Tapi tergamakkah Tae Oh bunuh In Kyu?

Jadi apa sebenarnya berlaku sehinggakan In Kyu mati?

tak sabar nak tunggu episode 12 pula.


Episode 12  The World of Married Couple


Persoalan di episod 11 mengenai kematian In Kyu terjawab. SUICIDE. cuma waktu dia bunuh diri (kecewa lah kot agaknya bila Hyun Seo reject dia) , Hyun Seo, Sun Woo dan Tae Oh kebetulan sangat berada di tempat kejadian dan setiap mereka saling berkait rapat, so masing-masing boleh jadi suspek atas kematian In Kyu kan.

In Kyu mati dan ditangannya ada selendang Sun Woo. Selendang tu pula Sun Woo bagi kat Hyun Seo dan selendang tu tertanggal ketika Hyun Seo bertemu In Kyu di roof top. Dan Tae Oh pula cari In Kyu kerana rasa marah kat In Kyu yang minta extra money upah dia buat dirty job untuk Tae Oh.

Selesai hal In Kyu. Beralih pula hal Joon Young , anak Sun Woo dan Tae Oh. Joon Young pula bengang bila classmate dia gosip yang mak Joon Young konongnya bercinta dengan lelaki muda iaitu In Kyu, dan kematian In Kyu ada kaitan dengan Sun Woo.

Tertekan hidup dengan Sun Woo, Joon Young memutuskan untuk tinggal dengan Tae Oh. Tapi Joon Young masih tak boleh terima Dae Kyung sebagai family kerana Dae Kyung penyebab mak ayah dia bercerai.

Aku agak hari tu, bila Sun Woo dan Tae Oh bercerai, mesti akan sampai satu masa, dorang akan rasa kecewa dengan perceraian mereka dan mesti dorang nak kembali bersama. Ni tekaan aku hari tu. Kenapa? Pasal aku rasa Tae Oh ni memang cinta mati si Sun Woo since Sun Woo tiada sesiapa kecuali Tae Oh dan Joon Young.

Dan jeng jeng jeng ..... tekaan aku betul. Aiyo. Tapi Sun Woo dan Tae Oh tidak seharusnya selfish dengan perasaan dorang. Dorang harus tahu limit dorang. Bagi aku lah, it is so wrong untuk bersama sedangkan dorang dah cerai dan Tae Oh dan officially kawin dengan Dae Kyung.

Rasa upset sangat dengan Sun Woo! What? Kekuatan wanita? Nope! Nampak sangat jiwa Sun Woo rapuh.

Korang layan lah episod 12 ni, kena tengok ending dia then korang akan faham apa yang aku cuba nak sampaikan.


Episode 13  The World of Married Couple


Episod 13 ni lebih fokus kepada Joon Young, anak kepada Sun Woo dan Tae Oh. Dalam episod ni Joon Young memberontak , jiwa dia agak terganggu dengan sikap mak ayah dia. 

Joon Young habiskan masa di cyber cafe. Dan Joon Young juga ada masalah suka mencuri. Keropok sebungkus pun dia mau curi di cyber cafe macamlah dia tidak mampu mau bayar harga sebungkus keropok.

Lepas tu, Hae Kang (kawan sekelas Joon Young) nampak Joon Young mencuri , so dia bagi nasihat dekat Joon Yang, tapi Joon Yang tak boleh terima nasihat Hae Kang membuatkan mereka bertumbuk dan Hae Kang cedera agak teruk.

Sun Woo dan Tae Oh dipanggil ke sekolah dan cikgu memberitahu mereka yang Joon Young mungkin akan berdepan dengan tindakan disiplin. 

Joon Young
Joon Young 
Joon Young ni ada masalah dengan mak dia. Dia seperti benci sangat dengan mak dia sampaikan dia tak nak jawab panggilan mak dia, dan dia tak nak balik rumah jumpa mak dia. Kiranya dia macam lebih selesa tinggal dengan ayah dia, si Tae Oh tu.

dan siap dia suruh mak dia berpindah keluar dari Gosan!

Episode 14  The World of Married Couple


Yang menarik di dalam episod 14 The World of Married Couple.

Sun Woo mempertimbangkan untuk berhenti kerja dan berpindah ke tempat lain memandangkan Joon Young sendiri yang meminta dia berbuat demikian. Sun Woo agak tertekan dengan masalah dia dan Joon Young yang seolah olah Joon Young sangat membenci dia sebagai ibunya.

Sun Woo resign episode 14
Sun Woo resign

Sun Woo akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Dia ingin berehat seketika sebelum memikirkan di mana dia ingin bekerja.

Sun Woo pergi bercuti dan menemui bekas rakan sekerja dia , seorang doktor pakar jiwa. Dia meluahkan perasaan yang terbuku di hati dia tentang keadaan kehidupan dia sekarang. Dia risau kalau dia tidak mampu bertahan dengan segala permasalahan yang dia hadapi.

Dae Kyung obses terhadap Joon Young
Dae Kyung obses terhadap Joon Young

Manakala Dae Kyung seakan obses dengan Joon Young. Dia ingin mengawal kehidupan Joon Young. Tentang pergaduhan Joon Young dan Hae Kang, Dae Kyung berjaya selesaikan masalah tersebut tanpa Joon Young perlu berdepan dengan tindakan tatatertib.

Dae Kyung meminta bapa dia yang kaya raya tu untuk menaja kempen politik bapa Hae Kang. Dae Kyung menjemput Hae Kang sekeluarga untuk makan malam, dan meminta Joon Young untuk bekerja sama membaiki hubungan persahabatan dengan Hae Kang.

Pada hari yang sama, Sun Woo mengambil keputusan untuk membunuh diri! Namun berjaya diselamatkan oleh doktor Kim.

Dan pada waktu makan malam bersama keluarga Hae Kang, Jenny menangis di bilik dan Dae Kyung naik ke tingkat untuk melihat Jenny dan dia terkejut bila Jenny berada di bilik Joon Young lalu terus menyalahkan Joon Young yang menyebabkan Jenny menangis.

Joon Young
watak Joon Young, pelakon kanak-kanak dalam drama Love Blossom 

Joon Young cuba untuk memberitahu hal sebenar kenapa Jenny menangis tetapi Dae Kyung terus terusan menyalahkan Joon Young , membuatkan Tae Oh terpaksa masuk campur dan tanpa niat dia telah menampar Joon Young!

Episod 14 ni, ending dia paling best. Bila Sun Woo datang nak ambil Joon Young, tapi Dae Kyung halang kononnya Dae Kyung boleh jaga Joon Young lebih baik dari Sun Woo dan life Joon Young lebih teratur kalau tinggal dengan dorang.

Part menarik bila Sun Woo tanpa rasa risau bagitau Dae Kyung yang Sun Woo dan Tae Oh tidur bersama. 

"Aku buat seperti apa yang kau pernah buat" >>> We slept together.

Ok, next last 2 episodes ... apakah kesudahan cerita The World of Married Couple? Aku rasa ending dia ni kan, Tae Oh akan tinggalkan Dae Kyung dan kembali kepada Sun Woo ... ni tekaan aku saja.


Episode 15  The World of Married Couple


Episode 15 ni antara episod WAJIB TENGOK.

Episod ni melihatkan bagaimana Sun Woo berusaha untuk meyakinkan Dae Kyung untuk meninggalkan Tae Oh kerana merasakan Tae Oh hanya mempergunakan Dae Kyung. Bagi Sun Woo, Dae Kyung hanya mensia-siakan kehidupan dia untuk terus bersama Tae Oh.

Sun Woo bawa Dae Kyung pergi rumah dia dan tunjukkan barangan yang Tae Oh bagi dia sama dengan apa yang Tae Oh bagi Dae Kyung. Sebelum tu, Sun Woo pasang lagu feveret dia, lagu yang Tae Oh guna untuk lamar dia dulu, dan lagu itulah juga yang Tae Oh guna untuk lamar Dae Kyung!

Si Tae Oh ni obses dengan ciri-ciri perempuan yang ada pada Sun Woo. So bagi Sun Woo lah, si Dae Kyung ni represent diri dia waktu dia muda dulu, dorang ada persamaan yang membuatkan si Tae Oh sukakan Dae Kyung.

So point dia ialah, in future kemungkinan si Tae Oh ni akan jatuh cinta lagi dengan wanita lain kalau dia terjumpa wanita yang ada ciri-ciri yang sama seperti Sun Woo / Dae Kyung.

Han So Hee Dae Kyung
Han So Hee sebagai Dae Kyung

Dae Kyung dah puas habis fikir selepas jumpa Sun Woo. Moreover dia masih sakit hati apabila teringat Tae Oh tidur bersama Sun Woo. So lepas dia timbang kilo apa yang Sun Woo bagitau dia, WOHA! dua hari kemudian Dae Kyung relax jak dia ambil keputusan berpisah secara total dengan Tae Oh.

Oh gila, memang part ni kena tengok! Bapa Dae Kyung tarik balik semua kelebihan yang dia bagi dekat Tae Oh, dan siap cakap kat Tae Oh "satu jak aku minta dari kau sejak dulu bila kau kawin dengan Dae Kyung, bahagiakan Dae Kyung" .... nah! tinggal sehelai sepinggang si Tae Oh ni. Padan muka sangat.

Cerita lain pula, Sun Woo dan Joon Young keluar dari Gosan untuk cari kehidupan yang lebih aman. Tapi, why why why dorang kembali ke Gosan? Why? Mesti dorang akan jumpa Tae Oh lagi balik kan, padahal tujuan dorang keluar dari Gosan sebelum itu ialah untuk menjauhkan diri dari Tae Oh. hiks.

Hubungan cinta Jae Hyuk dan Ye Rim kembali mekar. Aku suka dengan couple ni, cumanya masih nampak Ye Rim macam was-was untuk terima balik Jae Hyuk selepas siri kecurangan yang Jae Hyuk lakukan dulu.

Dan Doktor Kim  yang sukakan Sun Woo tu, malangnya Joon Young tak suka lah pula kalau mak dia bercinta dengan doktor Kim ni kerana bagi Joon Young mak dia patut keluar dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada doktor Kim. Hurm. Ni saja lah ni bagi alasan supaya mak dia jangan bercinta kan ...


Final Episode 16  The World of Married Couple


Ini episod terakhir, episod yang memang dinanti-nantikan oleh peminat drama The World of Married Couple. Semua yang mengikuti cerita the World of Married Couple sememangnya mahu tahu kesudahan drama ini. Semua mahu tahu kisah yang berlaku antara Sun Woo dan Tae Oh.

Kalau kita sudah tahu kesudahan Tae Oh dan Dae Kyung yang berpisah secara mengejut pada episod 15 setelah Dae Kyung membuat keputusan muktamad, maka apa yang akan berlaku kepada Tae Oh dan bagaimana Tae Oh meneruskan kehidupan dia setelah dibuang Dae Kyung.

Tae Oh dapat tahu Sun Woo dan Joon Young balik semula ke Gosan. Hurm. Dan Sun Woo pun dah agak yang Tae Oh ada stalk rumah dorang bila dia buka peti surat dan ada envelop yang terkandung gambar keluarga yang dicantum-cantumkan semula padahal dia dah buang dah gambar tu sebelumnya. Ini mesti kerja si Tae Oh ni.

Tae Oh datang rumah dan bawa Joon Young ketika Sun Woo pergi hospital tempat dia bekerja. Balik ke rumah, Sun Woo dapati Joon Young ni tiada dan nampak nota "Aku bawa Joon Young", dan of courselah si Sun Woo ni risau sangat.

tae oh final episode 16
watak sebagai Tae Oh yang semua orang menyampah!

Dia dapat contact Tae Oh, so dorang jumpa dan Joon Young pun ada sekali. Sun Woo ajak Tae Oh makan bersama dorang untuk clearkan keadaan dorang. Sun Woo memang dah buat keputusan untuk tidak kembali kepada Tae Oh.

Tae Oh ni boleh pula perasan minta Sun Woo terima dia balik dan siap cakap "semua orang buat salah dan perlu diberikan peluang". Cis. Mudahnya dia cakap begitu semata-mata untuk menumpang kehidupan dengan Sun Woo.

Lepas makan tu, dorang pun balik. Tae Oh waktu melintas jalan hampir dilanggar lori, dan Sun Woo yang melihat kejadian tu cepat-cepat pergi tengok apa yang berlaku. Tae Oh selamat. Sun Woo peluk Tae Oh, dan Joon Young yang juga ada di tempat tu unhappy bila dia rasa mak bapa dia ni nak balik bersama ke apa ni, padahal Joon Young dah siap-siap bagitau dia tak nak ayah dia kembali semula dengan mak dia.

Joon Young lari dari Sun Woo dan Tae Oh dan tidak dapat dikesan.

Ok part selepas ini memang TAK BEST. As if like penulis skrip dah habis idea nak tulis apa, director dah habis idea nak shoot apa. Hurm produser drama ni tak buat ending cerita ni KEBABOM. Towards ending of this drama, memang tak syiok.

Kemon, 20 minit terakhir untuk episod akhir patutnya produser kena fikir jalan cerita yang boleh tinggalkan impak menarik pada viewers, malangnya produser pilih jalan agar viewers rasa kecewa dengan ending drama ni.

Cerita semula pasal Joon Young, dia hilang selama setahun tanpa dikesan. Sun Woo kembali bekerja dekat hospital yang sama. Tae Oh berusaha perbaiki life dia. Good thing ialah Sun Woo tak kembali dengan Tae Oh.

Dae Kyung dah study balik, good for her. Ye Rim dan Jae Hyuk akhirnya berpisah secara total. Dan Ye Rim buka kedai kek, manakala Jae Hyuk dah bersama orang lain. Dan selepas setahun Joon Young balik rumah.

watak Doktor Kim yang dibawa oleh Lee Mae Sang
watak Doktor Kim yang dibawa oleh Lee Mae Sang

Dan tiada hubungan istimewa antara Sun Woo dan Doktor Kim walaupun aku berharap dorang ni bercinta.

Dan that's the ending of the drama!

Anyway, aku tak happy dengan ending macam ni , open-ending.




6 perkara yang kita boleh belajar dari Drama Korea The World of Married Couple 



  • 1. Jangan ambil tindakan terburu-buru


Dalam kes Sun Woo, dia tahu suami dia curang, tapi dia bijak. Dia tahan emosi dia dari marah dan bertengkar dengan suami dia pada awalnya kan. Dia berpura-pura di depan suami dia yang life dorang just nice like any other days.

Tapi, dalam masa yang sama, dia cari bukti kecurangan suami dia. Dia dapatkan nasihat guaman. Dia periksa status kewangan suami dia. Pendek kata, dia dapatkan semua info yang dia perlukan.

Sun Woo rasa teraniaya oleh rakan-rakan dorang yang dah awal awal tahu si Tae Oh tu curang, tapi semua pun just keep quiet. Sun Woo sakit hati. Tapi dia masih boleh relax di depan rakan-rakan dorang as if like tiada apa yang berlaku (scene waktu sambutan hari jadi Tae Oh).


  • 2. Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) perlu dirawat 


Sun Woo perlu melalui peristiwa pahit di mana dia melihat kes kemalangan jalan raya dan lebih menyayat hati yang terlibat dalam kes tersebut ialah ibu bapa Sun Woo sendiri. 

Perkara tersebut menyebabkan Sun Woo menunjukkan simptom PTSD namun dia mengelak untuk bercakap mengenainya. 

Jadi, aku buat carian apa antara simptom yang ada apabila seseorang mempunyai PTSD, dan antara simptom PTSD yang biasa ditemukan ialah:-
  • Intense feelings of distress when reminded of a tragic event
  • Extreme physical reactions to reminders of trauma such as a nausea, sweating or a pounding heart
  • Invasive, upsetting memories of a tragedy
  • Flashbacks (feeling like the trauma is happening again)
  • Nightmares of either frightening things or of the event
  • Loss of interest in life and daily activities
  • Feeling emotionally numb and detached from other people
  • Sense of a not leading a normal life (not having a positive outlook of your future)
  • Avoiding certain activities, feelings, thoughts or places that remind you of the tragedy
  • Difficulty remembering important aspects of a tragic event
sumber: https://blackbearrehab.com/mental-health/ptsd/signs-and-symptoms-of-ptsd/

Sesiapa yang pernah melalui sesuatu yang tidak diingini di dalam hidupnya seperti kes Sun Woo, boleh menyebabkan seseorang mempunyai PTSD.

Teringat dulu waktu rumah Mrs Pip terbakar, fuh memang dia punya rasa sedih dan kecewa tu agak teruk. Rasanya agak berbulan-bulan juga flashback rumah terbakar tu repeat ulangkali, dan bukan begitu senang untuk terima kenyataan rumah terbakar dan semuanya lenyap sekelip mata.

Dan selepas rumah terbakar tu, satu hal yang sangat jelas berlaku dalam diri mrs pip ialah RASA SUKAR UNTUK BERNAFAS setiap kalau nampak asap, atau terhidu bau asap. Selain itu RASA SUKAR UNTUK TIDUR MALAM kerana risau kalau kalau kebakaran berlaku semula padahal lepas terbakar tu kami pindah rumah lain, tapi still takut kot kot rumah lain ni terbakar pula.

jadi, adakah itu PTSD untuk mrs pip? anyway, mrs pip tidak pernah terfikir untuk dapatkan bantuan atau rawatan terhadap masalah yang mrs pip lalui dulu, dan tak pernah tahu pun perkara ini boleh jejaskan kesihatan, dan ingatkan ianya normal bagi semua orang yang melalui detik sukar.

Anyway. alhamdulillah sekarang ni mrs pip dah boleh hadapi masalah bau asap dan masalah tidur malam. Cuma kadang-kadang rasa risau dan takut serta terbayang-bayang rumah terbakar tu pandai datang tiba-tiba.


  • 3. Cari kebahagiaan diri sendiri


Dalam drama ni, perkara lain yang kita boleh belajar ialah carilah kebahagiaan diri sendiri. Ni merujuk kepada hubungan Ye Rim dan suami dia Jae Hyuk. Ye Rim dah lama sabar dengan perangai Jae Hyuk yang kaki perempuan , dan sampai satu masa Ye Rim buat keputusan untuk berpisah dengan Jae Hyuk.

Yes, once kau dah cukup sabar dan bagi peluang, tapi pasangan kau jenis tak reti nak berubah, ada baiknya kita sajalah yang ambil tindakan buat perubahan. Nak mengharap pasangan kita, hurm buat sakit hati saja kan.

So Ye Rim failkan perceraian. Dan dia serius dengan tindakan dia. Time ni lah baru Jae Hyuk sedar diri yang dia tak boleh berpisah dengan Ye Rim. Hiks.


  • 4. Jangan mudah percaya pada sesiapa walaupun mereka yang rapat dengan kita


Ingat tak dalam episod sambutan harijadi Tae Oh apabila Sun Woo dapat tahu yang kecurangan Tae Oh diketahui oleh rakan-rakan mereka sendiri tetapi malangnya tidak ada sesiapa pun yang cuba berterus terang dengan Sun Woo, malah mereka merahsiakan hal tersebut.

Padahal Sun Woo ada menyatakan perasaan prasangka dia mengenai Tae Oh terhadap rakan baik dia Dr. Myung Sook, tetapi ianya disangkal oleh Myung Sook.


  • 5. Jangan duakan cinta


Pilih antara satu sahaja, jangan tamak nak semua. Nanti end up kemungkinan boleh hilang kedua-dua cinta. Dan itulah yang berlaku akhirnya terhadap Tae Oh.


  • 6. Bertindak keluar dari dalam hubungan yang penuh penderaan sehingga mungkin boleh membunuh anda


Drama Korea The World of Married Couple || Review Episode 16 (Final)
hubungan Hyun Seo bersama In Kyu yang penuh penderaan emosi dan fizikal

Ingat lagi dengan pasangan Hyun Seo dan In Kyu? In Kyu ada masalah D.I.D rasanya. Sesuka hati dia nak dera Hyun Seo, dan akhirnya Hyun Seo yang selama ini mencintai In Kyu kerana rasa simpati , mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada In Kyu.

Tragis ending hubungan mereka berdua apabila In Kyu memilih untuk membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan. Tapi serius aku happy bila Hyun Seo terlepas dari In Kyu.

cheers.

Post a Comment

27 Comments

  1. tamau ternanti-nanti walaupun terasa excited bila orang share. tunggu smpai habis nanti.. heee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. since rating tinggi, tak sabar nak layan drama ni, hehe.

      Delete
  2. ramai cakap cite ni best. nanti nak tgk jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah layan, boleh geram sesama dekat si Tae Oh ni.

      Delete
    2. hahahahaa kene habiskan yang dalam list dulu. panjang sgt dah ni XD

      Delete
  3. Kinah pun tengah melayan drama ni kak pip. Sakit pulak hati tengok Tae Oh tu. Tak reti bersyukur dapat isteri yang baik macam Sun Woo tu. Kinah setuju dengan kak pip, drama ni best tapi tak sesuai ditonton oleh anak-anak

    ReplyDelete
  4. kat FB semua duk update citer ni. adeh. tak minat sangat citer korea. jalan citer dia plak, boleh bikin darah tinggi naik ni..hehe. nanti nak try tgk jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, rasa nak lempang ja si Tae Oh ni tau.
      episod 8 lagi haru biru. Boleh pula dia nak singkirkan Sun Woo dari hospital tu.
      hantar org pecahkan cermin rumah Sun Woo. Hiks.

      Delete
  5. Ramai bercerita tentang drama ni. Saya jarang layan drama korea tapi macam tertarik pulak

    ReplyDelete
  6. Aah drama ni mmg best giler. Suka tengok. Done follow sis. Jangan lupa singgah umah kita ye😊

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, hmm SS bukak je fb penuh je cerita pasal ni... tapi SS bukan kaki korea...so cerita ni SS KiV dulu lah. Nanti kita marathon. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu habis semua episod baru layan pun best juga, tak la tertunggu tunggu cerita seterusnya.

      Delete
  8. Drama ni pun belum tengok lagi. Haha. Tunggu drama ni lengkap lah baru tengok 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tau jangan tak tengok.
      bagi mrs pip, drama ni best.

      Delete
  9. Boleh masuk list KDrama kak shima ini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tak layan, haha ...
      geram kat Tae Oh tu.

      Delete
  10. dalam list tapi nak tnggu habis.. bru nak tengok senang semua skaligus. suka citer2 yang tnjuk women empowerment paduuu sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang padu juga cerita ni, suka kat Doktor Sun Woo tu ...

      Delete
  11. power lah drama ni. tunggu habis jak ni then baru marathon sampai habis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga marathon tapi kak pip tak sabar nak tengok setiap minggu , hehe.

      Delete
  12. fuhhh.. drama power.. mrspip pun power boleh ulas gini.. power2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dah suka sangat dengan drama ni, tu yang ulas panjang panjang.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.