Beli set komputer desktop Acer Aspire XC-885 di Karamunsing

hi semua, kalau kamu di KK dan mau cari barang-barang komputer seperti laptop atau desktop, mrs pip syokkan kamurang untuk pergi ke kompleks karamunsing. kalau yang masih belum tahu (tapi rasa-rasanya semuar orang KK ni memang tahu lah bah kan), Kompleks Karamunsing ni memang hub atau centre atau pusat untuk barang barang komputer kan ... memang tumpuan semua kedai kedai komputer ada di sini kan, banyak pilihan dan harga pun kompetitif, ndak jauh beza harga satu kedai dengan kedai yang lain kan.

Beli set komputer desktop di Karamunsing
Beli set komputer desktop di Karamunsing

dijadikan cerita, laptop kesayangan mrs pip yang berusia masuk 10 tahun tu mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. haha, ingat orang jak ada tanda-tanda tua, laptop pun ada tau! bila kejap kejap rosak itu ini, nah makanya bersedialah untuk ditukar.

so, selama hampir setahun la juga guna phone jak untuk update blog. boleh tahan juga kena sabar bila update entry guna phone ni screen size dia sangat limited. lepas tu blog layout jadi besar kecik besar kecik jak setiap kali mau edit entry. huh!

Beli set komputer desktop di Karamunsing
Beli set komputer desktop di Karamunsing

jadi kebetulan mr.Husband pun perlukan laptop / desktop untuk buat kerja-kerja dia kan, dan lepas bincang punya bincang dan ada sedikit peruntukan, maka kami pun bercadang untuk beli set desktop baru.pada asalnya mau beli laptop tetapi memandangkan keperluan untuk bawa laptop ke sana sini tu dah berkurangan (bukan macam time mrs pip kerja dulu memang kena angkut laptop sentiasa), jadi kali ni kami decided untuk beli desktop sahaja, dan bajet sekitar RM2500 siap dengan monitor sekali.

Beli set komputer desktop di Karamunsing
Beli set komputer desktop di Karamunsing

Beli set komputer di Karamunsing. Memang setiap kali cari barang-barang komputer atau repair laptop, memang mrs pip akan datang ke Karamunsing ni pasal di sini kan kiranya syurga barang barang berkaitan dengan komputer. 

Dari satu kedai ke satu kedai mr.Husband survey, buat perbandingan spek untuk desktop dan kena beli yang sesuai dengan bajet yang ada. 4/1/20 tu kitorang jalan-jalan untuk survey saja dulu, angkut budak tiga orang ni. Bila bawa anak-anak kecil ni, memang limited untuk beli barang , time kau mau pilih time tu lah anak sibuk tengok benda lain, lari sana sini so kami tengok tengok jak la dulu, sambil sambil happykan anak anak bawa dorang jalan jalan.

sweet cherry SCR6
sweet cherry SCR6

Iman dan Amin jadi geng daddy lah, kena pegang oleh daddy manakala Nami jadi geng mommy masuk dalam stroller. seronok la Nami duduk elok elok dalam stroller, suka dia jalan jalan cuci mata. 

kalau ada yang tanya Nami guna stroller apa, ni stroller Sweet Cherry SCR6. Stroller ni travel stroller compatible dengan car seat sweet cherry tapi kalau nak pasang car seat kat stroller ni kena beli adapter sweet cherry tu dalam RM60.00 ...

stroller ni mrs pip beli time preggy-kan Amin, now Amin pun sudah berusia 5 tahun ++ (November baby), dan stroller ni masih dalam keadaan tip top sampai sekarang dan berbaloi melabur stroller mahal sikit (Harga time beli sekitar RM600.00) , tahan lama as long as kau jaga elok elok dan kalau kotor lapis stroller tu boleh dibuka sepenuhnya untuk cucian tangan.

sweet cherry SCR6
sweet cherry SCR6

Alang-alang sudah tercakap pasal stroller ni kan, mrs pip bagi review stroller sweet cherry SCR6 sikit lah ya, manatau ada yang mau beli stroller sweet cherry SCR6 ni juga. 

Stroller ni mrs pip beli di LAZADA satu ketika dulu, dan harga sedikit murah berbanding beli di laman web sweet cherry sendiri atau di kedai! dan time tu kalau ndak silap kena bayar postage RM60.00 tapi lepas bayar postage pun harga still sedikit murah berbanding beli di kedai ...




Stroller ni so far mrs pip happy lah guna. memang agak heavy duty dan senang untuk maneuver. Tetapi no things are perfect kan. Yang mrs pip a bit unhappy ialah ruang untuk simpan barang di bawah stroller ni memang sangat limited, in fact macam tak berfungsi kalau kau ada new born pasal new born kan kena letak banyak barang segala diapers kan ...

dan untuk kau sangkut barang kat handle dia pun kau kena beli extra s-hook untuk sangkut beg! tapi kalau kau sejenis tak kisah pasal ruang simpan barang pasala boleh sandang baby bag kau, dan jenis tak suka sangkut2 barang lain kat stroller, makanya YES you can buy this stroller.

Sekarang ni Nami pun dah besar sikit, baby bag dia pun dah ringan so sandang sajalah baby bag dia , tak pun mrs pip just ikat kat handle bar (tak guna s-hook pun) baby bag si Nami dan ruang simpan barang kat bawah tu memang mrs pip jarang sangat guna.

Aura Hijab rawat rambut gugur
Aura Hijab rawat rambut gugur

Lepas dah jalan jalan survey desktop, mrs pip memang dah buat temujanji dengan kawan untuk collect stok Aura Hijab. Aura Hijab tu apa? 


kalau ada yang ndak tau , mrs pip salah seorang agen Aura Hijab , produk syampu dan hairbooster merawat rambut gugur. jadi kamurang yang di Sabah, kalau ada maslah rambut gugur ni, boleh jak calling calling wasap mrs pip untuk beli Aura Hijab dari mrs pip ok. Kami boleh pos seluruh Sabah dan Sarawak bah. 

Aura Hijab Syampu Rawat Rambut Gugu
Aura Hijab Syampu Rawat Rambut Gugur

Untuk Semenanjung, kalau ada yang berminat, kami boleh referkan agen dari sana :)) so jimat postage korang kan kalau nak beli. Biar beli dengan agen sendiri gitu.

14 Punca Rambut Gugur dan 6 Cara Merawat Keguguran Rambut

Beli set komputer desktop di Karamunsing
Beli set komputer desktop di Karamunsing

lepas ambil stok Aura Hijab, kita jalan jalan lagi dan anak anak "pau" daddy dorang minta toys. so, sorang satu pilih toys masing masing. Iman pilih dragon yang Amin pilih senapang. Nami pula dapat musical toys. Lepas tu rasa lapar lah pula, end up mr.Husband bawa masuk KFC. sesekali layan KFC apa salahnya kan. 

lepas tu kitorang balik , memang hari tu ndak beli pun desktop. Lagi satu kalau beli pun, ndak da ruang untuk simpan desktop dalam kereta, almaklumlah kereta full house! banyak betul barang anak anak ni kalau kami berangkut jalan.

Jadi, minggu satu lagi 10/1/20 lepas mr.Husband balik dari kerja, dia pergi balik Karamunsing tu dan beli set desktop selepas dia yakin dengan specs yang dia nak (at least ada graphic card boleh main games dan tidak lagging katanya) ... 

jadi mari kita unboxing set desktop baru dan semoga lepas ni akan lebih rajin update blog insya allah.

Beli set komputer desktop di Karamunsing
unboxing new desktop

mr.Husband pilih Acer Aspire XC-885. Kenapa pilih Acer? 

Dari pengalaman kami berdua guna laptop (yes all these years memang kami buat kerja guna laptop) , so far lah kan, laptop Acer mampu bertahan sehingga hampir 10 tahun, walaupun kena angkut selalu ke hulu ke hilir berbanding jenama lain yang kami pernah guna. Maka stick jak la bah guna Acer. Dan untuk monitor screen pula, mr.Husband beli Samsung LCD screen 21.5 inc. 

Just in case la bah kamurang mencari set desktop baru, berikut ialah specs bagi desktop 

Acer Aspire XC-885:-

  • Operating System: Window 10 Home 64-bit
  • Processor: 8th Gen IntelCore i5 processor 8400 
  • Graphics: NVIDIA GeForce GT1030 2GB
  • Memory: 4GB DDR4 Memory
  • Hard Drive: 1TB H/D
  • Optical Device: DVD Re-writable Drive 
  • Card Reader: Card Reader
  • Networking: 802.11ac wireless networking, 802.11a/b/g/n compatible & bluetooth


unboxing new desktop
unboxing new desktop

Tada! inilah rupa set desktop baru milik bersama mr.Husband dan mrs pip. CPU tower tu kecik kompak jak saiz, memang jimat ruang sangat. Harga pula sesuai dengan bajet yang ditetapkan. 

Untuk harga Acer Aspire XC-885 tu bersama wireless keyboard dan mouse ialah RM2050.00, dan monitor pula RM300.00.

Dan memandangkan mrs pip seorang minimalist, jadi meja kerja haruslah simple, ndak perlu dihias-hias , nanti hias cantik cantik, habis si Nami kerjakan kacau satu persatu barang atas meja. akak juga yang muka stress nanti.

semoga lebih bersemangat menulis blog selepas ini XD :))

cheers.


Post a Comment

15 Comments

  1. yeayyy ada desktop baruuu.. makin rajin la nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah semoga makin rajin nak berblog.

      Delete
  2. set desktop sekarang memang simple dan tak makan ruang. sesuai kalau letak kat rumah utk kegunaan family. ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, sekarang ni semua pun desktop nipis2 jimat ruang. hehe.

      Delete
  3. Syiok nah ni mau lepak² me time sambil update blog ni.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, baru nak menulis dah anak datang manja manja pula nak dilayan.

      Delete
  4. Seronoknya ada desktop baru. Btw, aurahijab tu memang best pakai. bau dia wangi giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, Aura Hijab ni bau dia memang best.
      lepas tu paling best rambut kurang nak menggerbang ,
      senang nak sikat dan urus rambut.

      Delete
  5. Wah pc baru. Moga makin semangat update blog. Kita sama,x suka update blog guna hp.leceh.kecik besar kecik besar tengok skrin hp.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah semoga semakin rajin update blog. hehe.

      Delete
  6. Not bad harga dia.. Simple is nice mrs pip..

    ReplyDelete
  7. Yeahhh ada desktop baru sudah...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.