Beli Buku Audio Murah Di Ninso

Beli Buku Audio Murah Di Ninso || Ya, murah memang murah barang-barang di Ninso, satu barang dijual pada harga RM2.30 sahaja, pandai-pandailah memilih sesuai dengan harga.

Kalau masuk Ninso memang happy dia tu lain sikit bagi mak mak surirumah golongan marhaen seperti Mrs Pip ni , happy banyak barang boleh borong dengan harga murah murah kan.

Dalam banyak-banyak barang, book section memang menjadi perhatian Mrs Pip. Di Ninso ni, boleh tahan banyak juga pilihan buku cerita murah untuk bacaan anak-anak, sampaikan rambang mata untuk memilih mau beli yang mana satu.

Dan di mana-mana kedai pun kalau ada book section, Mrs Pip memang akan pergi tengok manatau ada buku yang sesuai untuk dibeli buat lil' armies. Haha, Mrs Pip seorang mommy yang suka betul beli koleksi buku cerita untuk anak-anak.

Beli Buku Audio Murah Di Ninso


Mrs Pip biasanya memang prefer beli English story books berbanding buku cerita BM. Don't get me wrong kengkonon buku cerita BM ni tak seronok, tapi Mrs Pip mahu anak-anak mampu memahami bahasa Inggeris dengan lebih baik. 

Memang kena kerja keras sikit la ya , kena usaha extra sikit nak ajar anak-anak ni menguasai dan memahami bahasa asing. 

Mrs Pip ternampak buku cerita Jack and The Beanstalk. Buku cerita ni membuatkan Mrs Pip teringat kembali zaman Mrs Pip berusia sekitar 5 tahun. 

Buku cerita Jack and the Beanstalk merupakan buku cerita pertama yang mak belikan, dan dibaca berulang-kali dengan tunjuk ajar mak sehingga Mrs Pip mampu membaca dan boleh bercakap dan faham simple English. 

Bila ternampak buku ni kat Ninso (of course la gambar dan buku berbeza tetapi jalan cerita tetap sama) , terus beli untuk anak-anak, tetapi I is tamak nak beli banyak, so Mrs Pip beli extra buku cerita yang lain The Crow Drinks Water, The Adventure of the Little Onion dan juga The Wolf and the Lamb. 

Dan, bila dah beli tu balik rumah baru perasan yang buku ni adalah buku cerita AUDIO BOOKS. Teruja tau bila tahu buku ni Audio Books. 

Apa itu buku cerita Audio Books?
  • Buku cerita audio books ialah buku cerita yang korang boleh baca bersama anak-anak sambil dengar secara online rakaman suara buku ni. 
  • Korang hanya perlu scan QR Code yang disediakan pada cover buku, dan korang akan di-directs ke laman web buku tersebut dan boleh dengar cerita audio secara online.
  • Kelebihan untuk buku cerita audio sebegini ialah, sambil korang cerita dengan anak-anak, sambil korang dan anak-anak boleh tahu sebutan pada setiap perkataan dengan betul. Jadi kalau anak-anak salah sebut, korang bolehlah repeat balik bunyi cerita audio tu dan betulkan sebutan anak-anak. 
  • Ini salah satu cara untuk perbaiki penguasaan sebutan anak-anak dalam bahasa English. 


Beli Buku Audio Murah Di Ninso


selain tu, Mrs Pip beli pula buku cerita keluaran lain di Ninso. 

Buku cerita ni pun murah sama harga RM2.30, berbeza saiz pula buku ni sedikit besar berbanding buku audio books di atas. 

Yang buku cerita ni satu set lengkap ada 10 buah buku, tapi Mrs Pip beli 4 buah sahaja dulu iaitu The Big Pancake, The Little Mermaid, Heidi dan The Princess and the Pea. 

Beli Buku Audio Murah Di Ninso


eh eh ndakkan beli buku untuk Iman dan Amin saja, untuk Nami pun ada. Mrs Pip nampak buku conteng-conteng boleh padam ni. 

Buku pra-sekolah I Write My Alphabet dan Numbers 1-100 ni hard cover, pen marker boleh padam disediakan sekali, dan harga RM2.30 setiap satu.

Beli Buku Audio Murah Di Ninso


ni rupa isi buku I Write My Alphabet dan Numbers 1-100 . Untuk mak-mak yang baru nak ajar anak-anak pegang pensel, atau kenal ABC dan 123 , boleh beli buku ni sebagai buku percubaan anak-anak belajar menulis sambil-sambil kenal huruf dan nombor.

Harga pun murah saja, bolehlah main conteng-conteng dengan anak kecik. Buku ni sesuai untuk anak-anak berusia sekitar 2 hingga 4 tahun.

Beli Buku Audio Murah Di Ninso


si Nami dapat pegang pen tu , habis dia conteng buku ni. Suka betul Nami main conteng-conteng. Sambil conteng sambil kenal huruf. Kita buat aktiviti happy-happy fun learning. Alah, budak baru mau masuk 2 tahun, apalah sangat dorang tahu, kita happy happy dah lah.
  
Beli Buku Audio Murah Di Ninso


Yang ni pula buku latihan kerja matematik pra-sekolah untuk umur 4 hingga 6 tahun. Harga pun sama RM2.30 sahaja setiap satu. Mrs Pip beli untuk aktiviti operasi tambah dalam lingkungan 20 dan 50. Buku ni Mrs Pip untuk Amin yang belum begitu pandai mengira. Jadi ini adalah buku latihan tambahan untuk dia. Semoga membantu Amin mahir operasi tambah.

Beli Buku Audio Murah Di Ninso


Kalau tengok kat dalam, aktiviti operasi tambah ni sama sahaja untuk kedua-dua buku, cumanya satu buku tu hanya fokus untuk operasi tambah lingkungan 20 (simple operasi tambah) manakala yang satu tu lagi advance sikit lah ya, untuk lingkungan operasi tambah 50.

Jadi untuk sesiapa yang mencari buku-buku murah tetapi berkualiti elok / sederhana, bolehlah cuba tengok di Ninso. Mrs Pip beli ikut kemampuan saja, mau beli buku-buku mahal dan berkualiti tinggi pun boleh tapi tu lah tak dapat ler nak memborong kan. Kalau buku-buku cerita / buku-buku aktiviti murah sebegini, bolehlah borong banyak sedikit, hehe.

lepas ni kalau pergi Ninso lagi dan ada extra bajet, Mrs Pip nak beli pula kraf DIY untuk anak-anak, bolehlah improvekan dorang punya kreativiti seni pula. haish, macam-macam lah si mommy ni kan. Kalau masuk Ninso, semua barang dia mau borong kalau boleh!

hehe.

cheers.

[Published 4.2.2020]
Republished.

Post a Comment

22 Comments

  1. Audio books boleh menambahkan minat anak2 membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu WP, mmg membantu anak anak suka membaca.

      Delete
  2. Wahhh. Best. Nak cari la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat ninso. beli jak buat koleksi, nnt anak anak dah besar sikit, boleh bawa anak anak membaca. kak pip selalu buat mcm ni, asal nampak buku menarik, memang terjebak membeli.

      Delete
  3. comey la buku mcm ni mrs.pip... sesuai ngan anak2 plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku buku ni kan, harga rm2.30 satu, tapi kualiti elok.
      memang happy bila jumpa buku2 cerita yang murah dan berkualiti.

      Delete
  4. wah.bestnya..dulu rajin beli kat kedai rm2, nanti kita nak cari kat Ninso tu pulak..best pulak ada Audio

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila buku buku cerita ni ada support audio secara online, so anytime boleh dengar audio tu as long as ada internet connection. tapi jangan lupa tau , kena scan barcode kat belakang buku tu.

      Delete
  5. Wah.. memang membantulah kalau buku audio ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang membantu sangat untuk anak anak baca dan dengar sebutan dengan betul.

      Delete
  6. Replies
    1. memang boleh membantu menarik perhatian dan minat anak anak membaca kan Nieyl.

      Delete
  7. naik sem ni..nak pi serbu ninso lagi..nak borong bnyak2! kekeeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip dah byk borong kat ninso bulan ni, hehe.
      tunggulah bulan depan, memborong lagi la ni.

      Delete
  8. Menariknye audio books. Macam-macam jenis buku juga ye yang dijual di Ninso. Thanks for the info sis. Nanti nak terjah Ninso jugak la. Tak pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome, semoga info ni bermanfaat.

      Delete
  9. audio books sangat menarik. dengan warna2 terang menarik perhatian ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku buku memang menarik , ilustrasi gambar pun cantik.

      Delete
  10. wow mcm tak caye je kat ninso ada buku macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun macam tak percaya.
      teruja pula bila tau boleh scan barcode untuk dengar audio secara online.

      Delete
  11. Ninso ni mcm kedai Eco di semenanjung la kan mrs pip? sebab dekat Eco pun ada buku2 macam ni. teruja mak2 bila nampak buku2 ni semua.

    ReplyDelete
  12. Menarik audio books tu. tak tau pun ada buku camtu skrg..canggih tau budak2 skrg nak belajar. rajin dengan tidak je,kan..bagus mrs pip dah latih dorang minat membaca dari kecil ni..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.