Kelebihan Minyak Ikan Fish Oil Omega-3 Untuk Wanita

hi there, kelebihan atau khasiat fish oil omega-3 untuk wanita. mrs pip fokus kelebihan fish oil omega-3 ni untuk wanita walaupun fish oil ini juga baik untuk lelaki. Sebenarnya lelaki , wanita mahupun kanak kanak boleh saja consume fish oil ni, ikut sukatan yang disyorkan, jangan overdose. 

Nota: Artikel ini republished / repurposed. 

Khasiat minyak ikan (fish oil) omega-3 untuk wanita:-

Jom wanita, kita ketahui kelebihan fish oil omega-3 ini untuk diri sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita yang bergelar wanita, stay at home mom, work at home mom, career women, wanita aktif, ibu, surirumah, dan sewaktu dengannya.

Kelebihan minyak ikan fish oil Omega-3 untuk wanita

1. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Mental / Otak


salah satu sebab utama kenapa mrs pip mengambil fish oil ialah demi menjaga kesihatan mental. percaya atau tidak, ada masanya mrs pip tidak mampu berfikir atau membuat keputusan dengan baik kerana mentally-tired & exhausted. Kadangkala mrs pip gagal membuat pertimbangan yang baik. 

jadi apabila mrs pip mengetahui supplemen fish oil ni bagus untuk kesihatan mental, mrs pip mula mengambil secara konsisten setiap hari, dan alhamdulillah dengan izin Allah, fish oil ni membantu mrs pip kekal alert dan kurang mental-stress.

korang percaya atau tidak, terpulanglah. tapi bagi mrs pip , memang ada kesan positif pada diri sendiri selepas mengambilnya secara konsisten.

Ada kajian menunjukkan supplemen minyak ikan membantu menghalang gejala gangguan mental dan gangguan bipolar. Memandangkan otak kita terdiri hampir 60% lemak dan kebanyakkan lemak ini adalah asid lemak omega-3, maka omega-3 memang diperlukan untuk fungsi otak normal kan.

Ada juga kajian menunjukkan kandungan EPA yang terdapat pada minyak ikan , boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan. Jadi, sesiapa yang merasakan sedikit kemurungan, mungkin korang boleh mencuba mengambil supplemen minyak ikan omega-3 ini, juga untuk ibu ibu yang baru habis bersalin, minyak ikan ini mungkin boleh membantu anda mengurangkan perasaan stress.


2. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Kulit


Pengambilan minyak ikan dikatakan mampu membantu memperbaiki kesihatan kulit. Masalah kulit seperti psoriasis dan dermatitis mungkin boleh dipulihkan dengan bantuan supplemen minyak ikan omega-3.

mr.Husband mengalami masalah kulit kepala bersisik dan pharmacist menasihati mr,Husband untuk menggunakan syampu rawatan khas untuk kulit kepala bermasalah dan dalam masa yang sama, mr.Husband dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan omega-3 kerana antara faktor masalah kulit bersisik ialah disebabkan tekanan kerja, tidak cukup rehat dan makanan kurang seimbang.

buat masa ini, mr.Husband menggunakan SEBITAR, iaitu syampu rawatan khas untuk masalah kulit kepala bersisik (psoriasis) dan mengambil fish oil omega-3, dan mengikut mr.Husband, pengambilan fish oil membantu memperbaiki keadaan kulit kepala dan nampak perubahan kulit kepala semakin kurang gatalm, bersisik dan kemerah-merahan.

Itu cerita sebelah mr.Husband. Jadi, memandangkan minyak ikan ni baik untuk kesihatan kulit, maka sebagai wanita yang sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan kulit, eloklah mengambil minyak ikan omega-3. hah! berseri seri muka , tak ada lagi kulit kusam, yeay.


3. Minyak Ikan Baik Untuk Wanita Mengandung


Nah, untuk wanita mengandung, kandungan DHA dan EPA yang terdapat di dalam minyak ikan omega-3 membantu mengurangkan risiko pre-eklamsia, kelahiran pramatang, dan membantu meningkatkan berat badan lahir bayi.

Siapa yang sedang hamil ketika membaca artikel ini? Semoga ibu ibu hamil semua menjaga kesihatan dengan baik ok. 

Kelebihan minyak ikan fish oil Omega-3 untuk wanita

4. Minyak Ikan Baik Untuk Kesihatan Jantung


ya mak mak sekalian. mengikut kajian, minyak ikan yang kaya omega3 ini merupakan anti inflamasi, dan anti inflamasi membantu untuk menjaga salur darah daripada mengalami keradangan dan seterusnya membantu menjaga jantung kita. EPA dan DHA juga membantu mengawal paras trygylceride (salah satu kolesterol jahat).


5. Minyak Ikan Membantu Menurunkan Berat Badan


wah wah wah, bab turun berat badan ni memang ramailah wanita yang suka! apa yang membuatkan minyak ikan membantu menrunkan berat badan ialah kerana kandungan omega 3 yang terdapat di dalamnya. eh silap, ekceli minyak ikan ialah omega-3 , dan omega-3 lebih terbiasa dikenali sebagai minyak ikan. so minyak ikan ialah omega-3 dan omega-3 ialah minyak ikan. 

berdasarkan apa yang mrs pip baca daripada perkongsian di Google, minyak ikan Omega-3 ini membantu menurunkan berat badan dengan cara 

  • kurangkan rasa lapar dan bantutkan selera makan 
  • menaikkan kadar metabolisma badan
  • membantu membakar lemak lebih efisyen ketika bersenam 
  • membina otot dan menghilangkan lemak lalu membantu mengurangkan inci / inchloss dengan mudah


mrs pip bukanlah selalu sangat bersenam buat masa ini, tapi pengalaman consume fish oil - mrs pip setuju omega-3 ni membantu kurangkan rasa lapar dan bantutkan selera makan, jadi bila kurang rasa lapar tu, kuranglah rasa nak makan, so berat badan tak naik laju menggunung.


Kalau korang nak Shopee Link Untuk Fish Oil atau supplemen lain, boleh try tengok kat Shopee, ni antara trusted seller yang jual supplemen di Shopee.

.......................................

untuk jenama minyak ikan (fish oil) yang mana satu yang the best di pasaran, yang ini mrs pip tak pilih sangat. mrs pip beli ikut bajet mrs pip la ya. hari tu mrs pip beli minyak ikan keluaran Watsons, harga tak mahal mana pun. 

lepas tu, mrs pip menang giveaway di instagram Rodiah , alhamdulillah, dapatlah sebotol fish oil keluaran Bio-Life. 

mrs pip pernah beli minyak ikan keluaran BLACKMORES , sebotol ada 400 biji , harga sangat affordable, sekitar RM62.00 sahaja sebotol, dan kebetulan dapat pula voucher FREE SHIPPING kat Shopee. happy sangat dapat beli harga super jimat ni.

fish oil murah



Selain minyak ikan, mrs pip juga consume Lecithin, juga keluaran Blackmores dan memang akan beli di Shopee kerana harga lebih affordable berbanding beli di drugstore.

Dan satu lagi cara mrs pip berjimat bila beli online ni, mrs pip akan beli melalui SHOPBACK.

yang nak tahu tentang SHOPBACK ni, anda bolehlah baca entry terdahulu mrs pip mengenai SHOPBACK. 

mrs pip ada share cerita SHOPBACK di entry 



untuk semua wanita, jaga kesihatan dan sentiasa stay happy ok. jangan stress stress.

thanks for reading, xoxo.

cheers.

Post a Comment

15 Comments

  1. Yes omega 3 memang bagus sangat kesannya pada wanita. Banyak manfaat yg boleh rasa 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau mcm Mrs Pip mmg membantu sangat kawal emosi Dan stress.

      Delete
  2. banyak manfaatnya minyak ikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, mmg byk manfaat minyak ikan ni kan.

      Delete
  3. rabia makan bio life fish oil ni memang byk khasiat makan ni

    ReplyDelete
  4. Salam Tahun Baru Mrs Pip! Akak makan Fish Oil Blackmores. Beli botol jumbo, time sale di Sunlight Pharmacy. Berkesan atau tidak, x pasti, tapi mmg perlu makan sbb kerap lupa itu ini....hihihi...mudah2an dpt elak early onset dementia, dll. Yg kesan2 lain tu pun akak x pasti sbb berat badan mcm sdh naik skrg, susah utk turun. Umur pun dah meningkat, so itu pun contributory factor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year kak Zur.
      Saya pun beli Blackmore's juga ni kak, harga affordable. Memang lately Saya pun pandai jadi pelupa, mcm ni la bila umur meningkat, so mmg penting ambil supplement ni Ian kak.

      Delete
  5. yea..kita yang dah berusia ni mmg digalakkan ambil supplemen tambahan. kena sihat, kuat mental fizikal. terutama macam mrs pip yg ada anak2 tengah membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu FS.
      Mcm Mrs Pip atau yang bekerjaya busy, bagus makan supplement untuk badan sentiasa cergas, jug minda cerdas.

      Delete
  6. selalu mau beli myk ikan ni, tp ndatau mana satu yg bagus. baca entry kak pip ni so bolehlah beli jenama blacksmore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah, marilah membeli Blackmore's fish oil, harga mampu milik ni. Hehe.

      Delete
  7. Bila dah berumur ni memang kena juga ambil omega 3. Orang perempuan ni lebih banyak perlukan makanan tambahan. Untuk kulit, untuk mata, untuk tulang.macam2 lagi la..

    ReplyDelete
  8. Fish Oil banyak manfaatnya. Pernah consume yang Bio-Life tu

    ReplyDelete
  9. Makan berapa kali eh sehari? Ada yang cakap seminggu sekali je. Betul ke?

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.