Beli rugs untuk props gambar murah di 11th Street

hi there, misi mencari props untuk ambil gambar produk ... bila nampak ramai blogger ambil gambar produk guna backdrop atau props cantik-cantik, terus rasa nak juga cari props macam tu, muehehe ... yang paling mrs pip nak beli sangat ialah rugs yang bulu-bulu tu ... so, men-shopping la mrs pip secara online di 11 Street ! first time shopping di 11 Street, terus tersuka shopping kat 11 Street ... jumpa tak rugs bulu-bulu tu ? hehe, mestilah jumpa ....

white fur rugs
white fur rugs

mrs pip beli rugs kaler putih , tapi saiz kecil dari gambar ni ... ni sekadar gambar hiasan :)) , well, lagi besar saiz lagi mahal you ols! harga satu untuk rug bulu bulu ni RM29.00 dan FREE SHIPPING (China) ...saiz yang mrs pip beli ni 60cm x 40cm ...

real fresh skin detoxer from Althea
real fresh skin detoxer from Althea

lepas rugs bulu-bulu tu sampai, teruslah try guna , snap produk skin detoxer hadiah daripada Althea untuk Althea Angels ... yeah, happy dapat guna rugs ni , membantu buat gambar nampak cantik , ahaks! 

yang gambar bawah ni pula ialah infant ruffle wrap ... ada 4 warna, dan mrs pip beli warna putih ... nanti nak ambil gambar mcm kat bawah ni once baby NH lahir ... tu pun kalau skill fotografi menjadi la yer ... kalau tak, guna ruffle tu nanti buat props la juga ambil gambar produk, sehelai harga RM18.36 dan FREE SHIPPING (China)

infant ruffle wrap
infant ruffle wrap

dan item lain yang mrs pip beli kat 11 Street hari tu ialah clamps peg , ni guna untuk klip backdrop ... kalau korang ada backdrop, dan kadang kadang tu nak klip backdrop tapi tiada penyepit yang sesuai, bolehlah beli clamps peg ni ... 10 biji harga RM14.50 , dan FREE SHIPPING (China) ...

clamps peg for backdrop
clamps peg for backdrop

yang shipping dari China ni, dalam 8 hingga 10 hari waktu bekerja juga lah baru sampai (tak kira hari Sabtu dan Ahad) ... penghantaran guna LWE courier service dari China ke Malaysia, tapi sampai Malaysia, Poslaju yang delivered ... kalau nak check tracking number, kena guna website www.lwe.asia kalau tak silap ...lepas tu boleh masukkan tracking number dan klik details delivery ...

so yang berminat nak mencari photography props untuk membantu mencantikkan gambar, banyak jual kat 11 Street, korang kena rajin browsing buat price comparison, coz seller seller ni jual barang yang sama, tapi harga berbeza-beza ...

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Mrs pip .. MN pun ada beli jugak tapi tak sampai lagi ..pun sama dari china tapi MN beli dekat shoppe.. beli pun sebab untuk props..

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Good idea nih..Nnt boleh beli...Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai blogger guna rugs bulu2 ni .. haha, mrs pip pun terjebak juga nak guna...

      Delete
  3. kite bli jugak rugs bulu tu tp kat shopee..dah siap letak kat kusi depan meja solek dah..cuma bulunya kdg2 tercabut sket..so kat belakang kusi jer la plg sesuai..sbb xde nak pegang2 sgt..ekeke

    ReplyDelete
  4. Berbaloi beli rugs tu ye mrs pip..

    ReplyDelete
  5. kita ada rugs yg bulu2 tu..beli kat shopee..harga lebih2 kurang gak yg macam mrs pip punya ni..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.