Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap, Beaufort || hi there, nak mencari kon lau mee halal yang sedap ni bukan senang ... dengar dengar, kon lau mee ni asalnya resepi daripada mereka yang berbangsa Cina (mrs pip tak sure ya atau tak), jadi of course bila Chinese yang buat kon lau mee, rasanya mmg lebih sedap ... sesekali bila ke Beaufort, mmg Restoran Nasi Ayam Sedap ni jadi pilihan untuk menjamu selera ... so, sedap eh makan kon lau mee di Restoran Nasi Ayam Beaufort ni?

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

ekceli, pengusaha Restoran Nasi Ayam Beaufort ni seorang Cina muallaf dengar cerita ... suka makan di sini kerana kedai yang  boleh dikatakan bersih, dan layanan yang pantas selain menu makanan yang sedap , sesuai di tekak mrs pip :))

sepinggan kon lau mee ni ialah RM6.50, disertakan bersama potongan ayam sama ada steamed atau roasted (pilihan masing masing) dan juga baby kailan tumis sos tiram ... untuk jumlah portion sepinggan ni, rasanya kalau mrs pip makan memang sangat kenyang ... kadang kadang mmg tak habis pun ...

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
tengah menunggu kon lau mee datang :)

hari tu kitorang makan kat sini, mrs pip tak makan kon lau mee ni coz dah mcm selalu makan kan, so sesekali bertukar angin makan nasi ayam pula ... tapi mr.Husband dan lil' Iman setialah sangat dengan kon lau mee kalau datang sini ... lil' Amin pula dah memang #teammommy kan, apa yang mommy nak makan, tu jugalah dia order sama , muehehe ...

Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort
Review makan Kon Lau Mee di Restoran Nasi Ayam Sedap , Beaufort

time kitorang datang ni belum lunch time lagi, so memang kedai agak kosong ... tapi kau tunggu bila lunch time, penuh gila kedai ni, sampai ada masa kau kena queue untuk dapatkan meja! .... cer tengok lil' Iman dan mr.Husband makan kon lau mee, penuh berselera ... siapa tak happy kan, bayar RM6.50 dengan pinggan besar , memang kenyang makan ... kalau lil' Iman tu, dia makan mee ja lah, ayam tu tak makan pon, katanya dah kenyang ... 

nasi ayam sepinggan RM6.50 juga steamed / roasted ... sepinggan pun dah cukup mengenyangkan ... dan lil' armies fav drinks memang sentiasa cincau susu suam , mrs pip dan mr.Husband pula cukup sekadar minum chinese hot tea ... nak order banyak banyak pun kalau tak habis , membazir ... lagipun kalau minum dengan something sweet, rasa mcm muallah pula nanti ... so ambil light drinks saja untuk mrs pip dan mr. Husband ...

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati ... T_T memang suka makan kat sini, walaupun pilihan makanan tak banyak , tapi menu pilihan kon lau mee tu memang sedap, dan yang penting halal ... kalau sesiapa tau kat mana lagi nak makan kon lau mee sedap dan halal sekitar Kota Kinabalu dan Beaufort , info info mrs pip ya ... nak juga mencuba kat tempat lain ... 

happy eating!

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. first time dengar, macam best je..")

    ReplyDelete
  2. woowww,macam best je ni.. sampai beaufort nak kena cuba ni..hehhee,

    ReplyDelete
  3. first time dngr Kon Lau Mee. hehe.. menarik jgk ni.

    ReplyDelete
  4. 1st time dengar nama mee ni, mrs pip..lagi la tak tau rasa dia camne..tapi saya selalunya suka chinese food..hehe..asben yg tak suka...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap mee tu.. Puas hati bayar harga tu sebab ada ayam dan sayur kan..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.