Repair Laptop di Kedai Komputer di Karamunsing Sabah

Repair Laptop di Kedai Komputer di Karamunsing Sabah || hi there, laptop mrs pip buat hal since 25.02.2018 ... since then memang laptop ni TIDUR sahajalah kerjanya ... dan terpaksa atas belas ehsan mr.Husband, guna laptop dia ... 

banyak kali bercadang nak repair laptop, tapi asyik tak berkesempatan sahaja ... hiks! semua tu alasan ja ... dan pada 05.07.2018 , laptop berjaya dihantar ke Kedai Laptop Karamunsing. , dan pada hari yang sama, laptop selesai dibaik pulih! 

Repair Laptop di Kedai Komputer di Karamunsing Sabah (Kedai Budget PC, Kompleks Karamunsing)


di mana kedai repair laptop terbaik di Kota Kinabalu ? kalau korang mencari-cari kedai repair laptop ni, korang hanya perlu pergi ke Kompleks Karamunsing, kerana Kompleks Karamunsing ni memang HUB untuk barangan software hardware dan aksesori yang berkaitan dengan komputer, laptop, dan printer ... 

dan di Kompleks Karamunsing ni juga, ada beberapa Kedai Laptop Karamunsing yang menjadi pilihan untuk membaiki komputer / laptop yang 'sakit' aka bermasalah ... 

pilihan di tangan korang nak pilih kedai mana satu bergantung dengan harga repair yang ditawarkan ...

Kedai Repair Laptop Karamunsing Terbaik di Kota Kinabalu


ekceli, kes laptop mrs pip ni masalahnya ialah "unable to start computer" ... so memang bila tekan ON, tak boleh nak masuk WINDOW ... 

huh! memang stress juga since kita ni nak update blog guna laptop ... boleh view entry terdahulu yang lebih details >>> KLIK SINI , Laptop rosak nak buat apa? <<<  

dijadikan cerita, kebetulan lil' Iman ada appointment gigi dgn doktor pakar di klinik pergigian peads di Hospital Likas pada 5/7/18 hari tu, teruslah singgah Kompleks Karamunsing nak repair laptop ... 

dan since adik ipar bagitau kalau mau repair laptop, yang terbaik ialah kedai laptop karamunsing di kedai BUDGET PC .

Jadi kitorang pun pergilah ke kedai yang adik ipar pernah rekomen kan tu ... kedai ni terletak di Tingkat 3, Kompleks Karamunsing ... 

Kedai Repair Laptop Karamunsing Terbaik di Kota Kinabalu

Laptop siap direpair dalam sehari - Kedai Budget PC 

bila technician tu periksa, hard disk mrs pip bermasalah dan tidak boleh digunakan lagi ... so mahu tak mahu kena replace yang baru ... 

huhuhu, nak buat macam mana kan , nak tak nak kenalah ganti ... kalau dulu luas memori 320GB, so tukar hari tu 500GB dengan harga RM199.00 (tidak termasuk harga pemasangan) ... 

so kena add RM50 untuk harga pemasangan (labour charge) ... dan ada jaminan selama setahun ... so sila simpan resit elok elok! muehehe. 

technician tu cakap kena queue , atau boleh ambil esok hari kalau malas nak tunggu ... tapi since kitorang tak rush apapun, kitorang tunggu ... 

sambil menunggu tu, kitorang pergi lunch dulu dan jalan jalan cari barang keperluan ...

technician tu tanya juga kalau2 laptop ni pernah jatuh ke apa, so far mmg tak pernah jatuh ... tp tu lah, laptop ni dah berusia 9 tahun, so maybe lah kan slowly ada ja masalah kalau laptop dah lanjut usia ... 

dan hari tu kitorang makan kat kedai vegetarian ... kalau korang yang biasa kat Kompleks Karamunsing ni, mesti tahu the one and only vegetarian restaurant tu kan yang berdepan dengan mcD ... 

restoran vegetarian di karamunsing tu namanya USAGI RESTAURANT , restaurant secara BUFFET tau ... harga seorang RM9.90 ... hari tu rezeki kitorang, staff dia bagi lil' Iman dan lil' Amin makan free, walhal kitorang siap cakap "takkan free, anak saya kuat makan. cajlah half price" ... 

tapi staff tu cakap "it is ok, biarlah budak budak bukan makan banyak mana pun" ... thanks Auntie yang baik hati bagi lil' Iman dan lil' Amin makan percuma ...

Kedai Repair Laptop Karamunsing Terbaik di Kota Kinabalu

meal of the day, tu yang kat atas ... ekceli ada sayur menu lain lagi yg mrs pip ambil, tp tak snap gambar ... lapar punya pasallah ni ... 

sesekali makan vege food kan, apa salahnya ... pilihan sayur pun banyak ... 

kedai ni selalu sangat full house kalau lunch time ... 

ni bukan 1st time pergi sini, cuma sebelum2 ni mmg tak ambil gambar pun ...

dah siap makan dan jalan jalan tu, kitorang pergi kedai repair laptop tu semula, tapi belum siap, kena tunggu lagi dalam 30 minit mcm tu la ... 

so sambil menunggu sambil layan lil' Amin #teammommy ni ambil gambar wefie ...

dia perasan pula ada gambar kat background tu ... jadi mrs pip sajalah kacau2 lil' Amin tanya siapa nama wanita dalam gambar tu ... 

lil' Amin cakap "ni Angeline. nama dia Angeline" ... amboi, siapa pula Angeline ni .... bakal menantu mrs pip eh? muehehe .... 

Kedai Repair Laptop Karamunsing Terbaik di Kota Kinabalu


sebelum beredar, layan tekak lil' Iman dan lil' Amin minum soya bean pula depan kedai repair laptop ni padahal baru ja tadi minum time lunch kan ... 

tapi bagus juga bila lil' armies ni duduk minum, tak lah mrs pip penat nak pegang tangan dorang risau lari sana sini ...

tu je lah cerita pergi hantar laptop nak minta repair ... 

so nextime nak repair laptop , bolehlah datang kat kedai laptop karamunsing ...

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. laptop bagaikan nyawa kedua bagi blogger..sebab tu kena tahu kedai komputer yang terbaik..apa-apa masalah berkaitan dengan laptop dapat diselesaikan dengan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg spt nyawa kedua untuk blogger.
      susahnya nak update entry tanpa laptop...

      Delete
  2. Nampak sedap vegetarian food tu.. Sha tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  3. Ni kedai btul2 ka dpt repair labtop yg rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok kedai ni boss. Tapi byk bah pilihan lain di karamunsing servis laptop, boleh pilih2 juga. Kedai ni pun org yg kasi rekemen ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.