Permata Hati Wilayah - Mommy happy dapat kejutan hadiah

Seronok apabila mengandung ni, teruja nak beli barangan keperluan bayi ... kali terakhir mrs pip bersalin pada November 2014 ... mrs pip harap kali ni dapat gegirl since dah ada two boys yang naughty kat rumah ni ... dan kali ni pula, dijangka tarikh bersalin sekitar penghujung bulan Ogos nanti, kalau ada rezeki, baby ni nanti jadi Merdeka Baby kot ... yang jadi Merdeka Baby ni, ada special gift tak rasa-rasanya? mrs pip gurau gurau jer yer ...

Permata Hati Wilayah - Mommy happy dapat surprise gift!
Permata Hati Wilayah - Mommy happy dapat surprise gift!
Sumber Gambar : Google

Ibu mana yang tak teruja dan gembira bila habis bersalin, tetiba dapat surprise gift ... kalau mrs pip dapat surprise gift, boleh senyum sampai telinga you ols! boleh lupa segala sakit contraction dan meneran tu kan ... bukan mrs pip saja yang senyum gembira dalam hati ada taman, siap baby kecil tu pun mesti happy kan dapat hadiah cantik.

Program Permata Hati Wilayah

ni nak tanya kat korang, pernah tak korang terdengar atau mengetahui mengenai Program Permata Hati Wilayah? mrs pip pun baru tau juga pasal program ni bila tengok ramai kawan kawan yang prihatin berkongsi informasi mengenai program ni, jadi mrs pip terpanggil nak tahu lebih lanjut mengenai program ni. 

Permata Hati Wilayah - Mommy happy tau dapat surprise gift!
Sumber Gambar : Facebook

Program Permata Hati Wilayah merupakan satu program yang bertujuan untuk mengurangkan beban para ibu tunggal dan ibu muda yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, dan baru melahirkan anak dengan memberikan sumbangan keperluan persalinan atau barang kegunaan bayi. Ianya merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pihak Wilayah Persekutuan dan disokong oleh Puteri Umno Titiwangsa.

Permata Hati Wilayah - Mommy happy tau dapat surprise gift!
Sumber Gambar : Google

Bagus juga bilamana ada program sebegini menunjukkan keprihatinan terhadap para ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan lagi lagi kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan sumbangan seperti ini ... tidak semua yang mampu menyediakan pakaian dan keperluan untuk bayi mereka yang baru dilahirkan, jadi diharap dengan adanya sumbangan sebegini, sedikit sebanyak membantu meringankan beban para ibu tersebut, dan dapat memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman pada mereka ...

mrs pip harap Program Permata Hati Wilayah ni akan diteruskan dan semoga ianya berpanjangan, dan semoga lebih banyak pihak tampil memberikan bantuan sumbangan kepada ibu ibu yang sangat memerlukan bantuan sebegini, dan selain itu mrs pip berharap program sebegini bukan sahaja terlaksana di Wilayah Persekutuan, namun diperluaskan di seluruh negeri di Malaysia pada masa akan datang ... 

Cheers.

Post a Comment

22 Comments

  1. Tentu seronok dpt hadiah. Terubat rasa sakit teran teran bersalin tu.... Sekurang nya ada gak yg prihatin kannnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dpt surprise gift ni, feeling dia tu lain sikit kan ...hehe.

      Delete
  2. Hilang rasa sakit bila ada yang prihatin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus mommy rasa excited bila dapat hadiah :))

      Delete
  3. Wah...Bertuah baby dpt gift..save sikit budget mummy...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, save sikit bajet mommy ni...

      Delete
  4. Haih.. Bertuahnya sapa yg dpt tu, kan.. Rezeki baby sungguh.. Untung warga KL ada program camni...

    ReplyDelete
  5. bantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dah boleh jimat sikit bajet untuk baby

    ReplyDelete
  7. Mesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mcm tu lah, mesti si ibu happy dapat sumbangan mcm ni...
      saya pun nak juga :))

      Delete
  8. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap program ni diluaskan ke seluruh Malaysia..

      Delete
  9. wahhh seronoklah dpt sumbangan at least senyum lebar lah bakal ibu bapa..hilang skit sakit beranak tu..harap diteruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bab2 dpt surprise gift ni, mmg happy kan...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.