Review Novel The Bicycle

hi there, review novel lagi, kali ni novel yang bertajuk THE BICYCLE hasil karya Maclean Patrick, novel pendek berbahasa Inggeris setebal 267 muka surat .... ini novel Inggeris pertama yang mrs pip beli dengan harga sangat affordable RM5.00 sahaja di laman web Karangkraf Mall tahun lepas ketika jualan gudang ...

The Bicycle by Maclean Patrick
The Bicycle by Maclean Patrick

novel ni menceritakan dua zaman , iaitu zaman sebelum perang di Malaya (Malaya pre-war 1942) dan zaman millenium 2010 ... ceritanya sangat senang untuk difahami kerana penulis menggunakan simple english menulis novel ni, membuatkan sesiapa yang mahu berjinak jinak memulakan untuk membaca novel Inggeris, bolehlah mencuba membaca novel The Bicycle ni ...

The Bicycle menceritakan tentang Sam, yang jatuh cinta dengan sahabat baiknya Elizabeth, namun tidak pernah menyuarakan perasaannya kepada Elizabeth. Sam dan Elizabeth berkawan baik sejak sekolah menengah sehinggalah masuk ke universiti, namun berbeza pengajian ... 

Sam mempunyai seorang nenek bernama Mabel yang tinggal bersama, dan memiliki sebuah basikal yang Sam tidak pernah nampak neneknya menggunakan basikal tersebut, dan basikal tersebut hanya duduk diam di dalam stor, lalu Sam mengambil keputusan untuk membuat kerja kerja baik pulih dan ingin memberikan kejutan kepada neneknya ...

Basikal tersebut adalah basikal lama milik neneknya yang dihadiahkan oleh kekasih neneknya ketika neneknya berusia 17 tahun, dan basikal tersebut masih utuh dalam simpanan neneknya walaupun sudah berusia lebih 50 tahun ... yang peliknya, bagaimana basikal yang berasal dari Amerika (Columbia Bicycle) boleh berada di Malaya, sedangkan Malaya pada waktu itu adalah sebahagian dalam Empayar British? seronok bila dapat tahu cerita perjalanan mengenai basikal ni ...

7th August 1941
....
I hope I do no irritate him with my questions. I do wonder
a lot about what he does and where he comes from. He does not
seem to mind, maybe I do irritate him and he just keeps it to himself.
That would make him the most patient man I know.
Even father is not patient with me.

Samuel, I can spend my whole life with you.

Mabel

sepanjang tempoh membaik pulih basikal milik neneknya, Elizabeth mendesak Sam untuk bertanya kepada nenek Sam cerita disebalik basikal ni, mesti ada kisah menarik mengenai basikal ni sehingga membuatkan nenek Sam tidak mahu membuang basikal ni ...

dan satu demi satu cerita zaman lalu neneknya tersingkap ... basikal tersebut adalah hadiah daripada kekasih Mabel, ketika dia berumur 17 tahun. Mabel datang dari keluarga kaya, manakala kekasihnya  yang juga bernama Sam datang dari keluarga buruh. pertemuan mereka di tasik ketika Sam cuba menolong Mabel daripada lemas di tasik merupakan titik tolak perkenalan mereka ... 

cinta mereka tidak direstui bapa kepada Mabel, tapi itu bukan penghalang untuk Mabel dan Sam bertemu ... mereka berpisah bukan kerana disebabkan halangan keluarga, namun peranglah yang memisahkan mereka sebenarnya ... Mabel dan keluarganya sempat melarikan diri kembali ke Britain ketika penaklukan Jepun, manakala Sam pula berjaya lari ke Indonesia ... dan kerana itu, mereka terputus hubungan dan tidak pernah lagi bertemu ...

orang dulu dulu bercinta, semuanya main jumpa senyap senyap ... mencabar la juga kan ... lepas tu risau kalau tertangkap kerana cinta dihalang oleh sebelah pihak ... lepas tu pula, perang datang so lagi lah haru biru rasanya bila terputus hubungan tanpa sebarang khabar ...

dan Mabel memberikan nama Sam kepada cucunya untuk mengenang cinta lamanya , cinta yang tidak pernah luntur dan sentiasa terpahat di hati ...

Baca Juga Review Novel Yang Lain:-

Review Novel Awak Suka Saya Tak ? (by Melur Jelita)

Review Novel Yang Indah Hanya Sementara (by Annur Puteri)

Review Novel Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)

selepas Sam berjaya membaik pulih basikal milik neneknya, dan kebetulan Elizabeth pula sedang menjayakan sebuah teater, maka basikal tersebut digunakan sebagai salah satu props di dalam teater tersebut .... dan teater itu telah menemukan Mabel kembali kepada kekasih lamanya Sam ... memang surprised sangat , ingatkan Mabel takkan pernah bertemu lagi dengan cinta hatinya Sam tu .. 

dan Sam (cucu si Mabel ni) , kerana teater tu juga, dia berjaya meluahkan isi hati dia kepada Elizabeth, sahabat baik yang dicintainya dalam diam sejak bertahun tahun ... kalau korang baca novel ni penuh perasaan, sila sediakan tisu ok ... muehehehe ....

dan nak tahu macam mana Mabel boleh bertemu kembali dengan Sam cinta lama dia tu, dan nak tahu kalau Mabel tu akan kembali kepada Sam cinta lama dia tu, dan adakah Elizabeth juga mencintai Sam (cucu Mabel tu) , kena baca tau novel ni ... ending yang happy.

happy reading everyone.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.