Banjir di Membakut || 3.1.2018

hi there, just nak recalled apa yang berlaku di Membakut last week , 3/1/2018. ketika semua parents busy nak siapkan anak anak ke sekolah, Membakut dikejutkan dengan limpahan air bah, menyebabkan banyak kawasan di Membakut mengalami banjir, dan sesetengah kawasan dilaporkan mengalami banjir yang agak teruk. ramai juga yang terpaksa dipindahkan ke dewan sekolah / dewan komuniti dengan bantuan JPAN dan BOMBA. 

Banjir di Membakut || 3.1.2018
Banjir di Membakut || 3.1.2018

hujan turun tak lebat manapun malam 2/1/2018 tu, dan tiada sesiapa yang menjangka banjir akan berlaku. esoknya siap-siapkan lil' Iman dan lil' Amin untuk ke pra-sekolah. hari tu hari pertama mereka akan masuk pra-sekolah selepas membayar pendaftaran sehari sebelum tu. budak budak berdua mmg excitedlah nak ke sekolah baru, kononnya nak ke the big kids school. moreover dorang excited kerana ada uniform dan kasut sekolah, muehehe .... kalau kita tau kawasan sekolah tu banjir, sure kita duduk diam dalam rumah :(( ....

Banjir di Membakut || 3.1.2018
lil'Iman dan lil' Amin - ready to go to school

sekolah lil' Iman dan lil' Amin terletak di old town Membakut, so bila lalu pekan baru rasa macam biasa biasa saja, tapi once masuk simpang ke old town, banyak kereta yang stucked, traffic a bit slow. tup tup, banjir la pula ... kita redah saja sampai ke gate sekolah, masuk gate tu cikgu tengah tunggu parents untuk inform yang sekolah terpaksa ditutup dan most probably sekolah akan dibuka pada Isnin nanti 8/1/2018. 

sebelah tu ialah stesen keretapi Membakut, time ni air belum sampai naik ke landasan
tapi tak pasti hari tu ada perkhidmatan keretapi atau tidak.

dan menjelang petang, semakin banyak kawasan dilaporkan banjir, dan kawasan sekitar depan jalan utama untuk masuk ke simpang rumah kitorang pun sudah dinaiki air. end up mr.Husband pindahkan kereta ke kawasan berbukit, few metres dari rumah kitorang risau ditenggelami air kan ... untuk rumah kitorang, memang tak risau coz rumah kitorang ni jenis bertiang tinggi, bukan flat house yang duduk kat atas tanah tu .macam rumah MIL dan SIL .... tapi apapun, kena juga ambil langkah berjaga-jaga ....

huhu, kesian kolam ikan mr.Husband, penuh dengan air. risau ikan keli afrika yang dah besar gedabak tu terlepas. sehari selepas banjir tu, air kolam dah kurang sikit, so mr.Husband memulakan siri menyelamatkan ikan keli tu, malangnya cuma seekor sahaja yang ditemui ... mr.Husband pindahkan ke kolam mak mertua depan rumah ... memang berharap ikan keli yang lagi beberapa ekor tu still duduk diam kat dalam kolam ... tapi sampai sekarang tak nampak bayang pun ... 

lil' Iman dan lil' Amin kan, hari hari tanya bila nak pergi sekolah, kenapa cuti lama sangat ... amboi, excited bukan main budak berdua ni, kang nnt bila dah tiba time sekolah, hurm, kita tengok excited ke tak budak berdua ni ... 

p/s: sehingga 7.1.2018, mrs pip dpt info masih ramai orang yang masih belum dapat pulang ke rumah masing masing kerana banjir belum surut sepenuhnya ... mrs pip doakan mereka yang mengalami banjir ni,, semoga bertabah dan bersabar.

#prayformembakut2018

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Allah.. Semoga dipermudahkan semua yang ditimpa kemalangan..

    ReplyDelete
  2. semoga banjir cepat surut yer mrs pip. huhu

    ReplyDelete
  3. Kesian kat budak sekolah tu. Tapi tengok gmbar happy je dia semua. Banjir tu mungkin longkang banyak sumbat.

    ReplyDelete
  4. masih banjir lagi ke kat sana, mrs pip?ketinggalan sikit sbb jarang tgk berita.. ;)

    ReplyDelete
  5. hrp2 dlm tempoh terdekat banjir akan surut... dan segala aktiviti harian dpt disempurnakan dgn jayanya...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.