Unboxing #singlesday Hermo Box

hi there, unboxing #singlesday hermo box pula kali ni. mrs pip terjebak lagi beli barang di Hermo. hari tu beli time #mycybersale, kali ni beli time #1111 #singlesday #onlinerevolution sale pula. barang barang di Hermo ni kalau time sale macam ni, memang worth it la beli, diskaun meletop gila gila! nak tahu apa yang mrs pip beli dengan harga RM33.00, dan save gila gila hampir RM450.00, meh terjah habis entry mrs pip ni. nak tahu barangan apakah kali ni mrs pip nak unboxing #singlesday hermo box , meh check it out ...


kalau korang tak baca lagi entry mrs pip sebelum ni terjebak beli barang di Hermo time #mycybersale tu, boleh lah klik kat sini >>> Unboxing #MYCYBERSALE Hermo Box <<< mrs pip kalau shopping barang di Hermo, mesti akan melalui SHOPBACK. kenapa SHOPBACK? kalau yang tak tahu kelebihan SHOPBACK ni, mrs pip nak bagitau kat sini, kalau korang register kat SHOPBACK, dan setiap kali korang beli barang melalui SHOPBACK ni, korang akan dapat sedikit CASHBACK ataupun rebet. jadi lebih penjimatan setiap kali korang ber-online shopping.


login SHOPBACK -----> pilih laman web HERMO -----> browser akan bawa korang ke HERMO -----> buat pembelian di HERMO -----> selesai shopping, SHOPBACK akan bagi CASHBACK!

nak register SHOPBACK, boleh klik >>> DI SINI <<< dan dapatkan lebih penjimatan wang ketika anda membeli belah secara online T_T

hari tu time 11/11 kan banyak online shopping website buat sales, Hermo pun tak terkecuali. siap buat promo buy any 3 items at RM33.00 sahaja (untuk selected item, tapi mmg banyak pilihan)! gila tak nak grab kalau ada barang best .... pembelian di Hermo kali ni, mrs pip bayar RM33.00 untuk 3 item + tax and shipping, jumlah semua barang ialah RM46.98.    

barangan yang mrs pip beli kali ni ialah 2 kotak B.liv sheer off crease face mask (7 pcs / box) dan satu botol B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml. sampai dua box B.liv sheer off crease face mask mrs pip grab coz harga memang sangat jimat. 

B.liv sheer off crease face mask
B.liv sheer off crease face mask

B.liv sheer off crease face mask sekotak ni ada 7 packs, so boleh guna 7 kali. facial mask ni nak guna pun senang, sama macam facial mask yang lain, korang cuma perlu bersihkan muka, dan letak facial mask ni selama 20 hingga 30 minit kat muka. dan sambil letak mask, korang bolehlah berehat relaxkan minda, ambil kesempatan tidur sekejap (short nap) ... eh, 30 minit tu kalau tidur sekejap memang membantu menghilangkan kepenatan tau ...

kelebihan B.liv sheer off crease face mask
  • Menyuburkan dan menghidrat kulit secara mendalam *
  • Mencegah penuaan pramatang *
  • Menyekatakan warna tona kulit dan mengurangkan bintik gelap *
  • Mempunyai kesan pencerahan *
bahan aktif utama: -
  • Acetyl hexapeptide-8: Salah satu alternatif Botox. Ia membantu mengurangkan kedut dengan pengecutan otot yang santai. * Talian boleh menjadi kurang tepat pada waktunya. *
  • Asid L-askorbik: Meningkatkan sintesis kolagen untuk menguatkan kulit dan menaikkan kesan. * Ia bukan sahaja menghilangkan nada kulit, ia juga menyala bintik-bintik gelap dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. *
  • Asid hyaluronik: Menghidratkan kulit dan meningkatkan pengekalan air sehingga 1,000 kali berat badannya sendiri. *
sumber: Hermo >>> klik sini <<<

B.liv sheer off crease face mask
B.liv sheer off crease face mask

mrs pip dah cuba B.liv sheer off crease face mask. ianya agak berair, dan apabila diletakkan di muka, mungkin kerana kandungan liquid yang agak banyak 28ml di dalamnya membuatnya mudah bergerak. jadi, pastikan korang baring diam diam ketika menggunakan mask ni, dan jangan bercakap atau banyak bergerak. dari segi bau, mrs pip tiada masalah dengan bau mask ni, dan lebihan liquid tadi, mrs pip sapu juga sekitar dagu dan leher. sayang pula kalau tak guna kan ...

mengikut apa yang mrs pip baca, B.liv sheer off crease face mask mampu membantu melambatkan kedutan pada wajah, kiranya melambatkan penuaan kulit wajah, so kalau tak nak garis kedut keluar awal, kenalah guna produk ni secara tetap 2 kali seminggu.  selain tu, iamampu menangani masalah kulit kusam memandangkan ianya mampu menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml
B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml

salah satu masalah kulit wajah mrs pip ialah pori-pori terbuka. tolonglah, ni memang masalah utama kulit wajah sejak bertahun tahun lamanya. memang dah cuba banyak produk untuk melawan masalah pori-pori terbuka, tapi sukar untuk mendapatkan produk yang terbaik. jadi, ini ialah sebab kenapa mrs pip memilih B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 30ml , dengan harapan masalah pori-pori terbuka pada wajah mrs pip berjaya diatasi.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum dikatakan membantu mengurangkan liang dan pori besar pada wajah dan memperbaiki sempadan perlindungan kulit yang lemah. selain itu ianya juga mampu membantu membebaskan kulit wajah daripada masalah pori-pori terbuka / besar, dengan bantuan kolagen & anti-pengoksidaan yang ada pada produk ini.

B.liv shrink & tighten large pores reducing serum
B.liv shrink & tighten large pores reducing serum 

kelebihan B.liv shrink & tighten large pores reducing serum
  • mengecilkan saiz pori-pori pada wajah
  • mengawal minyak
  • mencegah pori-pori tersumbat
  • menjana dan memperbaiki sel kulit
  • mencerah dan menganjalkan kulit
sumber: Hermo >>> klik di sini <<<

untuk produk B.liv shrink & tighten large pores reducing serum, mrs pip almost a month using it. ianya merupakan serum mudah serap dan tidak melekit. dan nampaknya, selepas 2 minggu menggunakan produk ni secara berterusan, mrs pip boleh nampak pori pori semakan mengecil dan berharap masalah pori pori terbuka ni dapat diatasi secara total. 

till then, stay beautiful everyone.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyaknya jimat tu mrs pip. Memang berbaloi beli masa sales hari tu. Menarik pula ana tgk face mask tu. Boleh melambatkan kedutan tu yg best.=)

    ReplyDelete
  2. Suka baca review #unboxing, teruja dengan barang-barang yang Mrs Pip beli..
    Kali ni Mrs Pip beli skincare products, beza dengan harga asal memang berbaloi-baloi..
    LZ pun suka beli-belah online thru Shopback, sambil shopping dapat cash back.. Rugi siapa tak join Shopback kannn Mrs. Pip..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.