3 Tips berkesan langsaikan hutang kad kredit (part 1)

hi there, ketika harga barang semakin meningkat, kos hidup semakin bertambah, pasti ramai di luar sana terpaksa menggunakan alternatif lain untuk menampung perbelanjaan ... 

mungkin ada yang bekerja lebih daripada satu pekerjaan (mrs pip dulu pernah buat dua job, siang jadi enjin-air, malam mengajar tuition maths n science) ....

dan mungkin ada yang mengambil jalan singkat dengan mengambil loan peribadi ataupun menggunakan kad kredit untuk memenuhi keperluan hidup , which tanpa mungkin anda kurang sedar yang anda sedang menambah hutang .... 

bercerita tentang hutang kad kredit, mrs pip ingin berkongsi pengalaman mrs pip dihimpit dengan hutang kad kredit yang agak tinggi sehingga membuatkan mrs pip rasa tertekan!

I owe RM5K at one time! ... maybe 5k ni ndak byk bagi segelintir org, tp cukup membebankan bg mrs pip ... time tu buta bab finance management sangat ...


sehinggalah one day mrs pip berkongsi masalah mrs pip dengan seorang kawan dan mrs pip agak bertuah kerana kawan mrs pip memberi tips good financial management, seriously my kawan tu the one and only kawan yang hidup bebas hutang antara ramai ramai kawan mrs pip, her life is so awesome *jeles juga kan* ... but she is not so kedekut with her good knowledge bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik...

waktu tu, mrs pip berhutang RM5K jumlah keseluruhan untuk 4 kad kredit ... memang gaji bulanan mrs pip digunakan untuk jelaskan hutang kad kredit, sehinggakan buat kita ni stress coz tiap kali dapat gaji bukan boleh enjoy pun, asyik asyik bayar kad kredit!

lepas tolak EPF, bayar duit kereta, duit rumah, minyak kereta, servis kereta, tolak makan minum di luar, bayar parking harian, bayar bil telefon, etc yang tinggal untuk mrs pip cuma sekitar RM850.00 ... baki RM850 ni belum tolak kad kredit lagi!

Hutang Kad Kredit:

Kad #1: RM300
Kad #2 : RM700
Kad #3 : RM1600
Kad #4 : RM2400

Jumlah 4 Kad : RM 5,000

kerana pada saat mrs pip berhutang kad kredit, seriously mrs pip pada saat itu memang tidak pandai menyimpan duit *oh life so young la kan* , dan bukan sahaja tidak pandai menyimpan duit, tapi juga tidak memiliki ilmu bijak menguruskan wang ... it's my weakness, jadi perlu mengaku kelemahan diri ...

dan selalu ja dalam mindset mrs pip waktu tu "nantilah menyimpan, nantilah menabung" coz time tu kerja memang stabil kan , as if like kita tahu apa yang berlaku esok hari ... sihat ka tidak, ada kerja ka tidak , astagfirullah .... menyesal juga mrs pip coz agak lambat untuk belajar tentang bijak menguruskan wang time tu ....

tapi, mrs pip still bersyukur coz belum sangat terlewat untuk belajar tentang ilmu menguruskan wang dan mrs pip menetapkan target 12 bulan untuk selesaikan hutang kad kredit mrs pip tu yang berjumlah RM5K ....

bagaimana mrs pip berjaya membayar hutang kad kredit RM5K dalam setahun @ 12 bulan? 3 perkara ini yg buat mrs pip berjaya langsaikan hutang kad kredit ....

1 - tekadkan diri 

ni penting ... kalau dah tahu berhutang, so kenalah tahu bagaimana untuk membayar hutang

2- perlu komited 

mcm mana anda komited dengan kerjaya anda, begitulah juga anda perlu komited untuk bebaskan diri anda daripada hutang kad kredit

3 - perlu ada perancangan

tiada jalan singkat untuk langsaikan hutang anda melainkan ada hamba allah yang baik hati mahu bayarkan semua hutang anda *sila bermimpi kejap* , maka anda perlu ada strategi ...

3 tips yang mrs pip senaraikan di atas memang sangat berkesan kepada mrs pip ... dan hanya dalam 12 bulan sahaja , hutang RM5K mrs pip tu berjaya di selesaikan!

siapa yang ada masalah kad kredit? nasihat mrs pip ialah, kalau ada masalah kad kredit, jangan segan silu bertanya dan mendapatkan nasihat daripada yg pakar, atau boleh meminta pandangan dengan keluarga, atau sahabat yg bijak bab bab pengurusan kewangan ... 

insyaallah next entry, mrs pip kongsi pula mcm mana mrs pip membuat 'payback plan' membayar kad kredit mrs pip tu ....

ada kad kredit tu, bukanlah salah or tak elok, cuma bila dah tau berhutang, faham faham lah yer, wajib bayar hutang .... esok2 just becoz hutang kad kredit, korang diisytihar bankrup la pula ... eeiiii, tak nak lah kan ...

#itwasnineyearsago
#sekarangdahinsaf
#kembalikepangkaljalan

thanks for reading, have a nice merdeka day everyone ...

cheers

Post a Comment

9 Comments

  1. Asalkam disiplin kan Mrs Pip. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. abe kie guna kad kredit maybank je n pastikan bayar kesemua hutang sebelum deadline. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Sha pula tertekan menanggung hutang Aeon kredit.. (Orang lain yang berhutang tapi sha jadi penjamin.. bukan orang lain pun.. huhuhu) Sampai terpaksa keluarkan duit simpanan nak langsaikan.. Sakit hati sangat-sangat coz eoan kredit akan call sampai ke pejabat selagi tak bayar or terlewat bayar... Husband semua dia call.. Stress sangat-sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha ..
      kita niat nak tolong orang, tapi orang tu pula susahkan kita ...
      mmg stress kan kalau bank atau pemiutang call byk kali nak taguh hutang ...

      Delete
  4. ayah saya pernah berhutang kad kredit jugak masa dia muda dulu. tak pasti macam mana hutangnya tapi dia memang warn kami lebih elok jangan pakai kad kredit. even until now mmg pakai debit je. saya tak mahir lagi financial ni, keje pon belum lagi, tapi ada satu kata-kata ni la saya pegang "don't spend the money you don't have" - taktaw mana datang ayat tu tapi agak membantu la.


    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tak perlu guna kad kredit ... mrs pip pun dah tak guna kad kredit, still ada 1 je lagi tu pun untuk beli barang online kalau terpaksa ... letak je dalam laci rumah, tak bawa dalam wallet ... boleh elak shopping berlebihan ... hehe. just a thought.

      Delete
  5. pernah juga aida terjebak dgn masalah kad kredit ni.
    dulu kala time baru baru kawin.
    hu hu hu
    now masih guna kad kredit.
    khas utk reload otomatik touch& go an petrol jer.
    yg lain more to kad debit.
    cuba utk kawal kad kredit tu.

    ReplyDelete
  6. menarik topik ni. nak tahu next entri.
    as for me, pakai jugak kad kredit tapi setakat isi minyak gitu je

    ReplyDelete
  7. So far bab nih sy memg disiplin byr..everymonth akan spend duit utk byr kad kredit

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.