Cara Masak Beras Pulut (Yang Dicampur Bersama Beras Biasa)

hi there, entry suatu masa dulu, Cara senang tanak nasi pulut menjadi entry popular pula minggu ni T_T ... semoga entry ni membantu sesiapa di luar sana yang nak masak nasi pulut cara mudah :) .... 

Biasanya aku memang gagal untuk masak beras pulut bersantan. Ada yang rasa pelik kenapa aku masak beras pulut bersama santan kerana kebiasaannya orang masak beras pulut guna air biasa sahaja.



Cara Masak Beras Pulut


Sebenarnya, mr.Husband yang suka makan nasi pulut bersantan ni, katanya lebih sedap berbanding masak guna air.

Tapi masalahnya, masak beras pulut guna santan sangatlah sukar untuk dapatkan hasil yang cantik. Selalu gagal. nasi pulut lembiklah, nasi pulut separuh masaklah. Hurm. Geram pula aku dibuatnya.

Tapi kau mau buat macam mana, kena juga buat lagi dan lagi pasal mr.Husband nak sangat makan.

Sukatan Masak Beras Pulut 


Cara aku masak nasi pulut ni, formulanya senang sahaja. Sama saja macam masak nasi tu.

4 cawan beras pulut = 4 cawan santan

Cara senang masak beras pulut 


  • Cuci beras pulut bersih bersih
  • Toskan air. 

Update 2021 : Rendam beras pulut yang telah dicuci di dalam air selama sejam sebelum di masak untuk beras mengembang. Ini akan memudahkan proses beras pulut masak dengan elok. .

  • Selepas sejam, toskan air tadi
  • Kemudian masukkan sahaja santan ke dalam beras tersebut
  • Tambah garam, sedikit gula dan juga mentega untuk menaikkan rasa beras agar lebih sedap
  • Kacau sebati. Dan masak guna api kecil. Biar beras pulut masak perlahan dan masak sepenuhnya
  • Jangan lupa tengok-tengokkan beras pulut ni, dah nak dekat dekat santan kering tu, kacaulah sebati biar santan tu meresap ke semua beras pulut.
  • Dah masak, siap untuk dihidang.

Cara Masak Beras Pulut (Yang Dicampur Bersama Beras Biasa)


Dan hari tu gatal betul mr.Husband suruh aku cuba masak 2 cawan beras pulut bersama 2 cawan nasi biasa

Jadi sukatan santan mestilah berubah.

Selepas banyak kali percubaan, untuk 2 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa, sukatan santan ialah 5 1/2 cawan.

Dan steps memasak semuanya sama sahaja seperti di atas.
 
P/S : Gambar dah tak relevan, jadi aku delete untuk tidak mengelirukan.

Bagi aku, sedap lagi masak beras pulut sepenuhnya tanpa dicampur dengan beras biasa.

Selamat mencuba T_T

cheers.

Post a Comment

11 Comments

  1. Belum pernah cuba lagi masakan yang berasaskan pulut mpy...tapi aku paling suka makan apa2 resepi yg ada pulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah lu masak nasi pulut sendiri ...

      Delete
  2. Saya baca dua kali sebab baca pertama kali tak faham dengan sukatan santan. Bila baca kali kedua baru faham. Jadi saya tak bercadang nak baca kali ke tiga sebab kalau baca jugak sukatan santan tetap sama.

    Jadi saya bercadang nak kongsi ni (copy n paste link ni) ke gerup watsap dan fb saya. Kalau ada yg tak faham, mereka boleh tanya direct melalui ruangan komen.

    Thanks mrs pip. Saya tak masak ni, no bini no masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah linkkan ke fb saya: adam ahmad bin abdullah.
      Gerup watsap pun sudah.

      Delete
    2. Ok Adam, semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua ....
      Well, ada anak sesekali kena masak juga kan ...
      Have a nice day.

      Delete
  3. Saya suka mrs pip guna perkataan tanak. Itu perkataan yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berusaha untuk mencintai bahasa kita ...
      hehe.

      Delete
  4. Nasi pulut ni macam nasi dagang ke? Eh ke saya salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi makan nasi dagang, nextime mau cuba juga makan nasi dagang....

      Delete
  5. Owh.. lagi sedap eh kalau campur pulut dengan beras.. Menarik nie.. Sukanya bila baca perkataan tanak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beras pulut sahaja,tekstur tu agak lembut .. kdg2 sgt lembut...kalau mix dgn beras biasa, tekstur tidak terlalu lembut ataupun terlalu keras ... just nice...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.