Ketahui cara menunaikan solat Tarawih dengan mudah secara BERSENDIRIAN

hi there,

bila bercakap tentang Ramadhan, antara yang paling dinanti-nantikan ialah solat Tarawih, namun tidak semua berkemampuan menunaikan solat Tarawih berjemaah di masjid, tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menunaikan solat Tarawih secara solo ...

jom ketahui cara untuk menunaikan solat Tarawih secara solo / bersendirian ... berusaha kita melaksanakannya, demi untuk mendapat rahmat Allah SWT dan semoga amalan kita diberkatiNya ....

bersama kita berusaha mengerjakan Tarawih

Salah satu keistimewaan bulan Ramadan adalah adanya solat sunat Tarawih yang tiada pada bulan lain. Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan sepanjang malam Ramadan.
Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. Waktu melaksanakannya ialah selepas solat fardhu Isyak. Bilangan rakaatnya pula antara 8 hingga 20 rakaat.
Bagi mereka yang mempunyai musyaqah/keuzuran untuk melaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau, anda juga boleh melakukannya secara sendiri di rumah. Berikut adalah tatacara mendirikan solat sunat Tarawih 8 rakaat secara sendiri dengan mudah.
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih (Secara Sendiri) – 8 Rakaat
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

#1 – Solat Pertama

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Takasur
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Asr
Setelah selesai solat pertama (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang kedua. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#2 – Solat Kedua

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Humazah
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Fil
Setelah selesai solat kedua (dua rakaat) ini, baca doa berikut;
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu akan keredhaan-Mu dan kami berlindung engkau Maha Pengampun, Maha Mulia dan suka mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku.”
Selesai berdoa, bangun dan sambung lagi solat Tarawih untuk dua rakaat bagi solat ketiga dan dua rakaat lagi untuk solat yang keempat.

#3 – Solat Ketiga

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Quraisy
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Ma’un
Setelah selesai solat ketiga (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang keempat. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#4 – Solat Keempat

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Kafirun
2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah An-Nasr
Selesai solat keempat ini, baca doa yang sama seperti di atas. Juga, boleh membaca doa yang lebih panjang. Mohonlah apa jua permintaan dan permohonan kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barakah.
Dalam satu solat, ada dua rakaat dan jumlah solat yang didirikan adalah empat kali. Maka, cukup 8 rakaat. Surah yang perlu dibaca dalam setiap rakaat juga boleh ditukar bergantung pada hafalan masing-masing. (Boleh baca mana-mana surah yang diingati).
Maka, selesailah sudah solat sunat Tarawih 8 rakaat jika dilakukan secara sendirian. Selesai solat Tarawih, dirikan juga solat sunat Witir sebanyak tiga rakaat atau satu rakaat (paling minima).
Ala kulli hal, semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada mereka yang berasakan kepayahan atau terdapat kekangan untuk melaksanakannya. Selamat beramal. Wallahua’lam.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon keredhaan-Mu dan syurga-Mu, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka.”
sumber : di sini

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Kalau ndak sempat di masjid, di rumah pun boleh...

      Delete
  2. terima kasih share mrs pip. yay kadang2 kalau malas nak ke surau boleh buat dekat rumah je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mak ygmcm mrs pip ni mmg prefer buat di rumah saja...

      Delete
  3. Perkongsian yang ohsem Mrs Pip..

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan buat kak mp skeluarga, maaf baru terjah, system komen google+ ada mslh ni baru dpt komen sbb tukar template baru hahah..jemput singgah
    www.opzzpinky.my :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.