Susu Formula Terbaik Frisolac Untuk Bayi Sembelit hi semua, Frisolac Comfort Review. || mrs pip nak cerita pengalaman menggunakan susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar, baby colic, dan bayi yang selalu kembung perut . 

Beberapa minggu selepas melahirkan baby Iman (Mac 2013), mrs pip mengalami masalah kurang air susu. Segala usaha mrs pip buat untuk stimulate agar air susu keluar pada hari pertama baby Iman lahir, sangat malang air susu tetap tidak berjaya untuk diproses, dan hanya selepas hari ketiga melahirkan baby Iman barulah air susu keluar, tetapi tidak lancar.

Dipendekkan cerita, mrs pip hanya berjaya mampu susukan baby Iman selama 10 minggu pertama sahaja. Namun, mrs pip berasa syukur kerana bagi mrs pip walaupun sangat singkat susukan baby Iman, ianya pengalaman indah perjalanan awal mrs pip menjadi seorang mommy.

Susu Formula Terbaik Frisolac Untuk Bayi Sembelit

Selepas gagal untuk breastfeeding, mrs pip bersama mr.Husband sepakat untuk berikan susu formula dan antara susu formula terawal yang baby Iman minum ketika itu ialah susu jenama anmum, tetapi selepas seminggu dua penggunaan, baby Iman mengalami sembelit yang agak teruk.

Terpaksa tukar susu formula lagi. Dan baby Iman juga sangat mudah kembung perut mungkin disebabkan baby Iman sukar untuk melepaskan angin atau 'burp' selepas menyusu.

Frisolac Comfort Review

Sampai satu tahap, mrs pip dan mr.Husband buntu nak bagi baby Iman susu formula yang mana satu kerana banyak susu yang dicuba, tetapi semuanya seperti tidak sesuai.

Pengalaman Berdepan Dengan Bayi Kolik


Susu formula Dumex pula kami cuba. Alhamdulillah baby Iman serasi dengan susu Dumex, tiada lagi sembelit. Tetapi tetap sukar untuk buang angin / burp selepas menyusu dan baby masih selalu menangis kerana kembung perut.

Dan terasa penat tau ikut cakap orang sekeliling, disuruh kejap cuba itu kejap cuba ini, kita yang masih dalam berpantang dengan anak yang sangat sensitif suka nangis dan selalu perut berangin, akhirnya kami memilih untuk membawa baby Iman ke klinik bagi mendapatkan nasihat doktor.

Teringat satu insiden tu, baby Iman menangis sepanjang malam dan sukar untuk tidur. Dan bila dia nangis, jangan harap dia nak tidur di tilam bayi. Sepanjang malam tu jugalah mrs pip dan mr.Husband bergilir-gilir dukung baby Iman untuk tidurkan dia.

Kalau baby mak mak sekalian ambil berapa minit untuk 'burp' selepas menyusu? Seingat mrs pip la kan, baby Iman ambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya di-burp-kan! Penat nak gosok belakang dia semata-mata untuk nyah angin.

Berbalik kisah bawa baby Iman jumpa doktor kerana masalah kembung perut tu, kami pergi Klinik Purnama, satu-satunya klinik swasta yang ada di Membakut.

Baiknya seorang doktor, bilamana dia berusaha buat kami tenang. Doktor Purnama ajar kami tips parenting with newborn baby, dan dia syorkan kamu untuk berikan baby Iman dengan susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort , juga sesuai untuk atasi masalah bayi kolik.

Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Sembelit Frisolac Comfort


Doktor tersebut suspect baby Iman ada masalah kolik, sebab tu dia selalu nangis. Dan kitorang memang tidak tahu langsung tentang apa itu bayi kolik

Kelebihan Susu Frisolac Comfort - Tiada Lagi Masalah Bayi Kembung Perut 


Jadi, ini frisolac comfort review berdasarkan pengalaman sendiri. Mrs Pip share kebaikan susu frisolac comfort, hope it helps mommies lain juga. Seminggu baby Iman minum susu Frisolac Comfort tu, mrs pip perasan dia lebih mudah burp, perut pun dah tak kembung, nangis-nangis pun dah kurang. Dan kelebihan lain susu Frisolac Comfort ni, bila baby Iman buang air besar, smooth saja.

Selepas beberapa bulan baby Iman minum special formula milk ni, kami selang selikan pengambilan antara susu Frisolac dan Dumex Dulac kerana harga Frisolac Comfort ni agak mahal, dan baby Iman pula sangat kuat menyusu.

Terkini : Harga Susu Frisolac Comfort Rumusan Khas 400gram ialah RM48.90 / tin


Cara kami selang selikan seperti selepas Frisolac Comfort, nanti next menyusu minum Dumex Dulac pula, lepas tu next menyusu Frisolac Comfort pula ... dan baby Iman minum special baby formula sehingga dia berusia genap setahun yo.

Sebenarnya, Dumex Dulac pun ada special infant formula milk, cuma kami lambat tahu. Dan harga special infant formula untuk Dumex sedikit murah jika dibandingkan dengan Frisolac Comfort.

Frisolac Comfort Review


Kalau lihat gambar di atas, untuk Dumex Dulac penutup warna putih, itu adalah special infant formula, manakala untuk penutup hijau tu ialah susu formula biasa.

mrs pip memang dulu kalau beli susu, sekali harung beli bertin-tin kerana risau tiada stok di Membakut memandangkan sewaktu baby Iman lahir , mr.Husband selalu outstation ke Membakut - Beaufort, padahal waktu tu kami tinggal di KK. Setiap kali mr.Husband outstation, maka mrs pip dan baby Iman pun ikut sekali.

Untuk mak-mak yang ada newborn baby kolik / colic , baby sembelit sukar buang air besar kembung perut, mungkin mak-mak boleh pertimbangkan untuk berikan special infant formula kepada baby mak-mak semua (yang bukan baby breastfeeding).

Kalau rasa susu rumusan khas Frisolac Comfort tu mahal, boleh cuba cari susu rumusan khas jenama lain yang harganya lebih affordable seperti Dumex Dulac.

happy parenting.

Nota: 

  • Ini bukanlah artikel advertorial / berbayar. Artikel ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman mrs pip mempunyai baby kolik dan baby menghadapi masalah sembelit kerana tidak serasi guna susu formula jenama lain. Semoga perkongsian ini membantu ramai mak-mak yang berdepan dengan situasi apa yang mrs pip pernah lalui dulu.
  • Artikel ini diterbitkan pada 9 Ogos 2016, dan diterbitkan semula selepas beberapa kemaskini dibuat.

Kemaskini:

Friso Gold kini mengeluarkan keluaran terbaru mereka dikenali sebagai Friso Gold Novas Signature Milk yang membantu sistem penghadaman anak anda. Dan selain itu sample percuma disediakan.
Klik link susu ini :- Kelebihan Locnutri Technology Dalam Friso Gold Novas Signature Milk 

Semoga entry Susu Formula Terbaik Frisolac Untuk Bayi Sembelit bermanfaat untuk mak-mak dan mrs pip berharap, semua mak-mak yang dalam berpantang, agar berpantang dengan baik, dan jaga emosi elok-elok agar tidak stress atau depressi ok.

Dan sekiranya korang memerlukan susu frisolac newborn, pastikan korang dapatkan susu frisolac yang sesuai dengan usia bayi anda. Jangan tersilap beli tau coz mrs pip ada pengalaman tersalah beli susu formula (umur tidak bersesuaian). 

Selain itu, dapatkan bantuan pakar sekiranya baby mak-mak ada masalah kesihatan, hatta sekecil masalah pun seperti baby sukar untuk burp atau kembung perut, rujuklah mereka yang profesional untuk khidmat nasihat.

hugs & kisses.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers