Trip ke Seoul Day 1 (Part 2) .... berjaya mencari bas ke Anguk-Dong

pertama kali sampai di Seoul, hati memang agak teruja ...
so, turun ja dari plane, kitorang yang very the 1st time kan
sampai di airport ni  sistem airport ni sedikit berbeza dengan KLIA,
tertanya2 eh eh, ni betul ka laluan mau ambil luggage?

simple breakfast after check out from immigration
4 donut + green tea + coffee = 11,700 won
siap tanya pelawat yang berdiri di sebelah kitorang,
betul tak laluan yang kami ikut untuk ambil luggage,
tapi pelawat tu pun bgtau dia tak sure coz dia pun
1st time tiba di Seoul ... ahhhh, redah ja la ...



luggage dah dapat
lepas ni mencari pit stop untuk ke hotel pula
yeah, dapat pun luggage kan ...
laluan keluar dari pemeriksaan immigration pun dah berjaya ...
mak oiii pegawai immigration dia, punyalah serius ...
maybe mmg mcm tu kot muka dorang kena serius time kerja,
lagi lagi dorang kena berdepan dengan ratusan pelancong kan ...
lepas passport dorang dah chop, so kitorang ambil luggage di tingkat bawah ...

time tu, cuma tinggal beberapa pelancong je lagi yang tengah tunggu luggage,
coz mrs pip lebih rela beratus paling belakang untuk pemeriksaan imigresen ...
ahaks! kena lah faham kalau travel with baby ni kan,
banyak la sangat pit stop nya ...
kena tukar lampin la, kena bancuh susu la ....
dah la time tu kitorang beratur makkkk oiii panjangnya
di laluan imigresen, only after 30 - 40 minutes
gitew baru dapat bolos ... hurm ....


hotel tempat mrs pip menginap tu tak jauh dari kawasan Insadong,
dan untuk ke sana kena pilih bas 6011, dan berhenti di Anguk-Dong
so, lepas beli tiket bas di kaunter dalam bangunan airport tu
(betul2 dekat ja dengan pintu keluar airport), mrs pip and mr.Husband
tunggu bas di luar airport, tunggu betul2 di depan papan tanda tu,

mrs pip siap tunjuk lagi pit stop untuk ke hotel
check kat papan tanda laluan bas tu kan, destinasi untuk ke hotel
adalah di perhentian yang ke 7 ... ok ja, nnt kita kira la kan, jangan
ter-miss pula laluan perhentian kitorang ... nnt tak pasal2, buang masa cari jalan pulang :(

serius muka mengantuk
airport ticket bus 2 pax = 20,000 won
bas dah sampai ... tapi sempat la juga kan kita snap snap
depan bas coz bas tu belum mau gerak lagi ...
driver bas tu tengah busy la susun beg penumpang ....
siap bagi gula gula untuk lil' Iman lagi .... :)) gomawo 

berjaya juga sampai ke perhentian kitorang
hoyeah hoyeah, now kena cari laluan ke hotel pula

alhamdulillah, berjaya la juga sampai,
naik bas dari airport tu selesa ja, then bila sampai 
perhentian di mana korang mau turun, 
korang jangan la segan2 bunyikan loceng yer ...

alah, bukan susah pun mau tau kan kalau sampai ke station destinasi korang,
tuan bas tu akan cakap la "Anguk-Dong" , kita pun tekan lah 
bell untuk inform tuan bas tu yang kita mau turun T_T

lepas ni, aktiviti mencari hotel penginapan 
yang dibeli secara online pula, melalui Agoda.com!

Post a Comment

0 Comments