Lazada pulangkan duit semula , refund yang berjaya !

hi there, Lazada pulangkan duit semula , refund yang berjaya ! hari tu mrs pip ada beli barang dari laman web lazada ... mrs pip beli penggoreng kentang (brand: lebensstil kollektion) dan juga multifunction cooker (brand: faber) ... 

so, what's the story? hari tu mrs pip ada buat entry terdahulu pasal beli barang2 ni di lazada, boleh klik di sini penggoreng kentang Lebensstil ... tapi kan mrs pip tulis yang multifunction cooker tu kita cerita next time ... so, time ni lah mrs pip nak bagitau apahal dengan multifunction cooker tu ...

Lazada pulangkan duit refund semula
Lazada pulangkan duit refund semula

ni lah barangan elektrik yang dicekup dari lazada oleh mrs pip

after received barang-barang ni dari lazada, mrs pip pun try test la kan ... yang penggoreng kentang tu hokey, mmg best je pakai ... dah pakai banyak kali dah pun , mmg menyenangkan tugasan memasak mrs pip :) awesome .... 

malangnya, multifunction cooker tu tak function pun time try test ... :((( mmg sungguh sedih la kan, time tu mmg plan nak buat kuih pau la, kek kukus la, ayam kukus la ... semua tak jadi gara2 barang yang sampai tu tak berfungsi ... ruginya!

lazada, sila bayar balik!

hehehe ... so mrs pip pun call lazada, bagitau dorang yang barang ni tak berfungsi .... dgn sukanya mrs pip nak bagitau, lazada punya respon sangat laju ... dorang email return form dan easy instruction to follow untuk mrs pip kembalikan barang yang rosak tu ...

1) isi return form
2) kepilkan return form bersama salinan invoice barang
3) masukkan barangan ke dalam kotak bersama return form dan invoice
4) pek semula barang tu elok elok untuk tujuan pengeposan semula
5) poskan semula ... mrs pip guna poslaju ...

Lazada pulangkan duit refund semula
Lazada pulangkan duit refund semula

ni la return form yang lazada bagi via email

lepas dah pos, korang boleh la update lazada berapa harga pos yang dikenakan untuk hantar semula barang dorang kan .... korang ambil ganbar jer tu poslaju consignment note dan email bersama ni poslaju consaignment note sebagai bukti penghantaran ok ...

and now, waiting for the refund ..... processing ................. processing .................... mrs pip return barang tu 6/April .... dan pada 16/April mrs pip berjaya dapat refund mrs pip , about 10 days dah boleh dapat refund, super laju juga lazada ni bayar duit balik.... 

sepatutnya refund tu dibayar bersama harga pos, malangnya kerana kecuaian pejabat pos yang sungguh estupido, klik sini untuk baca entry kebodohan pejabat pos ok , lazada cuma bayar refund barang sahaja ....

apapun, mrs pip lega coz lazada bayar balik harga barang yang rosak tu ... so mmg awesome beli barang di lazada, so far mmg mrs pip rasa puas hati with all their services ....

lepas ni, jom intai intai beli barang di lazada lagi ...

cheers.


Post a Comment

6 Comments

  1. macam mana nak dapat return form daripada lazada ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. return form ni lazada bagi melalui email ... e.g. barang yang dibeli rosak, korang kol lazada, then nnt dorang akan email return form tu, then korang print and isi details then form tu korang kembalikan bersama barang yang rosak, invois/bil lazada ... once semua lazada sudah periksa brg yang dikembalikan, dorg akan update status refund korang melalui email juga, and once refund korang approve, dorang akan bank in duit korang ;) ... harap penjelasan ni membantu ...

      Delete
  2. Barang Lazada tu tersalah hantar kat tempat lain kn, mcmmna Lazada boleh refund? Sedang kan Lazada menerima beg,bukan barang return yg rosak tu..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ainul, betul Lazada terima barang yang salah akibat kecuaian pos malaysia yang ter-swap delovery note antara brg yang perlu ke Lazada dan brg yang perlu ke tempat kawan mrs pip.
      Bila Lazada terima brg tu, buka2 saja mmg lain dari conversation kitorang, so Lazada call ... Lazada dgn baik hatinya, hantar barang yg salah tu (kerana kecuaian pos malaysia yer) balik ke alamat mrs pip, dan barang yang kawan mrs pip terima tu mrs pil minta jasa baik dia hantar semula ke Lazada ... mrs pip bagi alamat Lazada kat kawan, and dia hantar ler .. kawan mrs pip duduk kat bandar , so pos laju mmg arrived in 2 days to Lazada ... bila Lazada terima barang tu, mereka mmg refund nilai barang sahaja, tidak refund postage coz dorang dah baik hati tolong hantarkan barang yg ter-swap tu. So, I am ok la kan, walaupun mmg rugi. Patutnya nak minta refund dkt pos malaysia! Geram time tu.
      Satu lg, mrs pip mmg pembeli tegar Lazada, pernah sekali tu brg dah byr tp tak sampai2, padahal brg dah arrived kat airport Kota Kinabalu, end up Lazada refund juga duit, tapi mrs pip minta voucher saja senang nak beli barang lain ... hope membantu yer..

      Delete
    2. Dan sekitar bulan April tahun ni, mrs pip ada beli lipstick, harga around rm12.00 free postage, tapi brg tak muncul2, so mrs pip request refund tapi silap mrs pip tak reply email semula ke Lazada utk isi details refund tu, hehe ...
      What happened then? 4 months later, mrs pil terima lipstick yang mrs pip order tu, dan tengok tarikh send out ialah sekitar April! Omg, terkejut. Nak tau salah siapa? Bukan Lazada tapi kurier servis tu cuai, cuma thanks Allah walaupun kurier servis tu cuai, brg dah lama tak sampai2, akhirnya sampai juga kan ...
      Kalaulah time tu mrs pip dah request refund kat Lazada, tak pasal2 kena pulangkan semula lipstick tu kan ..hurm.
      I think Lazada ni bahagian customer service memang best, tak pernah lagi mrs pip hadapi masalah dgn mereka ...

      Delete
  3. salam... haritu i beli headfon dkt lazada tp bunyi x kluar... rasanya seller pakai baling stok je kot... nasib baik bini ckp blh return kat lazada sbb hampir2 dh nk buang!! bini suruh select postco je, blh drop off brg dkt farmasi caring gombak (ada byk lg tmpt lain)... dlm 3-4 hari lazada contact cakap dah dpt headfon rosak tu dan akan proses refund... hepi giler la blh return, ingat kena tipu... link postco kat sini: https://postco.com.my/lazada-returns?locale=ms-MY

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.