Pilihan Sumber Semula Jadi Dalam Produk Kesihatan Herbalmeds Dari Bio-Life

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari tu aku dapat gift box barangan BiO-LiFE berupa produk kesihatan Herbalmeds iaitu Grapeseed dan Echinax. Aku tak try lagi, so nanti once aku dah try guna, aku update review product ya, Insya Allah (semoga aku tak lupa nak update kelak).

Dah alang-alang dapat gift box ni, aku kongsikanlah press release untuk produk ni sebagai info bacaan kalian, semoga ianya bermanfaat.

Produk Bio-LiFE ni, aku dah pernah consume sebelum ni iaitu BiO-LiFE FISH OIL, dan aku juga pernah share dalam artikel Kelebihan Minyak Ikan Fish Oil Omega-3 Untuk Wanita, jemputlah jenguk artikel tersebut ok.

Sumber Semula Jadi Dalam Produk Kesihatan Herbalmeds Dari Bio-Life


Herbalmeds dari BiO-LiFE  kini menawarkan produk daripada sumber semula jadi dan herba diuji secara saintifik sebagai solusi untuk masalah kesihatan seperti mengurangkan kesakitan, isu berkaitan putus haid atau demam mahupun selsema biasa.

Penambahan lain dalam rangkaian produk juga termasuklah Urocran untuk melancarkan pembuangan air kecil, Articap untuk masalah pencernaan dan Grape Seed Extract bagi melancarkan peredaran darah.

Menggunakan sumber bahan mentah yang berkualiti merupakan keutamaan kepada Herbalmeds di mana ia juga adalah matlamat jenama tersebut – termasuk berkongsi kebaikan produk herba semula jadi di samping membantu orang ramai untuk kekal sihat.

Chee Swee Rin, Ketua Pemasaran di BiO-LIFE Malaysia berkata, 

“Bidang perubatan herba di Malaysia sedang berkembang pesat. Melihat kepada kepelbagaian dalam perubatan tradisional dalam kehidupan kami yang berbilang kaum dan budaya, industri perubatan berasaskan herba - juga dikenali sebagai produk nutraseutikal. Terdapat juga permintaan untuk produk bersumberkan bahan semula jadi daripada pengguna untuk keperluan mereka.”

Bahan semula jadi sememangnya telah lama relevan dalam perubatan untuk penyakit biasa yang terdapat dalam resepi ubat-ubatan sejak berdekad lamanya, dan telah diwarisi dari generasi ke generasi. 

Dr Annaletcumy Loganathan, Pembantu Profesor di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Sciences) di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – yang sedang mengkaji profil bahan semula jadi secara mendalam, amat menitik beratkan tentang kepentingan sumbangan dan kaitan penemuan saintifik bahan-bahan ini dalam perawatan penyakit.

Dr Annaletchumy menambah, 
“Bahan-bahan yang dijumpai melalui alam semula jadi, seperti articok atau anggur, mengandungi sebilangan besar nutrien dan vitamin. Sebagai penyelidik, saya percaya ujian klinikal adalah penting untuk menghasilkan data yang boleh dipercayai serta kesahihan ke atas kebaikan bahan semula jadi ini. Bahan yang biasanya boleh diperolehi di rumah seperti kunyit dan sebatian paling aktifnya iaitu, curcumin — mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan yang telah diuji secara saintifik dalam penyelidikan kami.”


Sumber Semula Jadi Dalam Produk Kesihatan Herbalmeds Dari Bio-Life


Produk Herbalmeds menggunakan bahan asli daripada alam semula jadi yang telah diuji secara saintifik dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. 

Sebagai contohnya, CurcurePhyto yang ditemui di dalam kunyit adalah bahan semula jadi utamanya. CurcurePhyto juga telah diuji secara klinikal dan ia didapati boleh melegakan kesakitan.

“Ambil produk kami sebagai contoh – Urocran untuk masalah berkaitan pembuangan air kencing, diperbuat daripada buah kranberi sebagai bahan utama. Melalui kajian klinikal, manfaat sumber asli ini menguatkan lagi keyakinan untuk jenama kami mempelopori bidang perubatan menggunakan bahan dari alam semula jadi. Kami memahami keperluan pengguna yang ingin sihat secara semula jadi, dan yang paling penting – untuk merawat penyakit mereka dan di sinilah Herbalmeds memainkan peranan untuk memenuhi keperluan itu,” ujar Swee Rin lagi.


Sumber Semula Jadi Dalam Produk Kesihatan Herbalmeds Dari Bio-Life
product brochure



Senarai lengkap rangkaian produk Herbalmeds termasuklah*:

  • CurcurePhyto – mengandungi kunyit, yang terkenal untuk melegakan kesakitan
  • Urocran – diperbuat daripada kranberi, untuk melancarkan pembuangan air kencing.
  • Femosa – mengandungi herba yang dipanggil ‘cohosh’, yang melegakan simptom putus haid.
  • Echinax – mengandungi herba ‘echinacea’, untuk melegakan demam atau selsema biasa.
  • Grape Seed Extract – dihasilkan oleh biji anggur yang baik untuk memperbaiki perjalanan darah.
  • Articap - mengandungi articok, yang dikenali untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.

Dalam gift box tu juga aku dapat beberapa paket echinacea with cranberry tea, dan sememangnya aku suka minum cranberry tea, jadinya I am so happy dapat my favorite tea. Yeay!

the best cranberry tea
gift set dari Bio-Life - the best cranberry tea, I love the taste so much


Rangkaian produk Herbalmeds oleh BiO-LIFE adalah ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dan dijamin Halal. Produk-produk ini boleh diperolehi di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan secara atas talian. 


Untuk maklumat lanjut, korang layari https://biolife.com.my/product-category/herbalmeds/




___________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Post a Comment

4 Comments

  1. Ohh yes I'm also thinking to take on these health supplements, thanks for sharing these, will check out more . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Ada macam2 pilihan produk biolife ni.menarik juga tu

    ReplyDelete
  3. wow,menarik.ada banyak pilihan so boleh la pilih yg berkenan dihati

    ReplyDelete
  4. Sukalah warna packaging cranberry tu. mesti rasanya sedap kan? bau pun mesti harum kan. Produk kesihatan dari bahan semulajadi memang jadi pilihan orang ramai masa kini.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.