Jangan dengar dari satu pihak saja!

hi there, salam Jumaat yang berkat ... tapi nak bebel sikit la ya hari ni, direct jak to the point dgn tajuk >>> jangan dengar dari satu pihak saja .... sekarang ni kan, senang saja berita tersebar, ntah sahih atau tak ... tak pun, berita sekerat2 disebarkan menjadikan berita tu lain sangat dari yang asalnya ...

lepas tu, kita ni beria ia la tadi percaya kat si penyampai pasal si penyampai ni kawan kita, BFF kita, family kita ... padahal, berita dia tu maybe lah tak berapa nak betul faktanya ... 


KES 1

mcm kes suami isteri bercerai, dengar dengar si suami tu kaki shopping, suka membazir, sampai stress si isteri tengok tabiat suami dia, last2 gaduh n cerai ... suami yg bersalah dlm hal ni , kononnya ... so ramailah yg salahkan suami, bla bla bla ... semua salah si suami ... padahal, bukan sebab tu dorang bercerai pun ... tu lah dengar dari satu pihak, mmg tak adil ...

sebab tu, kalau masuk mahkamah, hakim akan dengar hujah kedua dua pihak, defendan dan plaintif ... hakim akan jadi neutral ... so kita pun kena mcm ni ... kena neutral, jangan tergesa gesa nak sokong satu pihak tanpa mengetahui cerita di pihak yang satu lagi ...

berbalik kpd kes suami isteri tu bercerai, si isteri jenis slow motion nak buat kerja ... laundry tak nak buat, harap si suami, masak tak nak, harap makan luar, anak anak tak nak jaga elok elok, harap si suami yang mandikan, bagi makan, bla bla ... rumah tak nak kemas alasan nnt dah kemas anak anak sepah sepahkan ... aduh! 

ok, bab jaga rumah , jaga anak semua ni kena share share sbg parents kan , dan suami tu pula jenis ringan tulang ... so, motif bercerai?

isteri tu yang minta cerai pasal tak nak jalankan tanggungjawab sbg isteri dan ibu ! duh!!!

so bukan pasal suami tu tadi kaki shopping, kaki suka membazir ... dah duit dia, suka hatilah dia nak shopping , padahal keperluan keluarga dia dah bereskan semua ... 

hah! dah tahu cerita sebenar, barulah kita terhegeh hegeh rasa bersalah kecam pihak sebelah yang tak bersalah tadi kan ...

KES 2

suami tetak isteri, tak maut, tapi mendatangkan kecederaan pada si isteri ... suami krna tangkap dan masuk penjara selama beberapa tahun.

Korang yang baca, 1st impression korang apa? salahkan suami ... Yes, suami salah sangat tetak isteri dia ... salah tetap salah , tapi kenapa dia tetak isteri dia pasti bersebab ...

ISTERI CURANG DI DEPAN SUAMI

yang dah kawin, cer tanya suami awak, apa dia akan buat kalau awak curang depan dia? tak da nya dia nak duduk senyum ... 

so dah tahu isteri tu curang, apa pula judgement korang kat si isteri?

lepas ni, kalau orang hantar berita kat korang cerita2 gossip , atau cerita2 viral or whatsoever, korang dengar saja, it is ok, tapi jangan laju buat judgment, kot kot berita tu tak berapa nak betul,  kan ... jaga tutur kata, jaga akal kita ...

sekarang ni, kalau baca news, tajuk gempak2 weh, tapi isi cerita haremmmm jauh bumi dari langit hendaknya!

KES 1 DAN KES 2 , bukan rekaan semata mata 😉 Done bebel, salam Jumaat ... have a good weekend ...

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. betul, jangan cepat sangat nak judge sebab kita tak tahu situasi sebenar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tahu hal sebenar kan, walaupun yg merepot tu kenalan rapat.

      Delete
  2. 100% setuju. saya pun pernah ada kes dengan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya kalau terus buat judgement, boleh putus kawan kalau tersilap ..

      Delete
  3. setuju sgt. mau sgt jadi reporter smpai nda fikir dulu kesan blkg ari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bah, baguslah diam2 dulu kalau dgr apa2 cerita, periksa dulu betul ka ndak tu cerita ... Sekarang ni, ramai yg jadi penyampai berita , tp sumber ndak boleh percaya.

      Delete
  4. betul..tue pasal kalau selalu org ada sharing apa2 news viral, saya x nak sharing sbb tak tahu kesahihan citer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm ni betul, tak sahih jgn viral ... Ramai betul yg suka share2 cerita , nnt jd fitnah pula tak tahu betul ke tak cerita tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Penat layan cerita viral lg2 bila org suka share2 kat grup wasap.

      Delete
  6. betul tu sis.. setuju sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan , tak best awal2 buat spekulasi padahal tak tau cerita sebelah pihak.

      Delete
  7. betul betul kakkk! Tak boleh dgr satu pihak je. Kena dgr dari kedua dua nyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ramai betul org yg hanya dgr sebelah pihak, lepas tu buat andaian sendiri.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.