Tsunami di Palu, Indonesia : Bala dari Allah SWT kerana Pesta Pemujaan Penjaga Laut? - Cerita Cinta Surirumah

Friday, 19 October 2018

Tsunami di Palu, Indonesia : Bala dari Allah SWT kerana Pesta Pemujaan Penjaga Laut?

hi there, ketika mendengar berita tsunami di Palu, mrs pip rasa sedih kerana sudah pasti tsunami mampu meragut banyak nyawa ... dan ketika ada perkongsian video dan gambar betapa dashyatnya kejadian tsunami di Palu, mrs pip memang time tu tidak sampai hati untuk melihat perkongsian tersebut *sedih woo* ...

tapi satu hal yang membuatkan mrs pip tertanya tanya, kenapa tsunami itu sangat dashyat? dan kenapa bencana sebegitu terjadi tanpa sebarang tanda tanda amaran? mungkin amarannya ada, cuma diabaikan oleh penduduk di sana?

sedikit perkongsian yg mrs pip baca di blog JM mengenai tsunami di palu, mungkinkah ini sebabnya kenapa tsunami di palu terjadi? 

sekadar berkongsi untuk ambil iktibar.

Tsunami di Palu , 28 Sept 2018
Tsunami di Palu , 28 Sept 2018
kredit: Google


“Perbuatan membunuh ayam, kambing atau kerbau dengan ditikam menggunakan tombak jelas tindakan tidak berperikemanusiaan dan ingkar dengan arahan Tuhan. Ia jelas satu kezaliman yang perlu dihentikan.
“Perut bumi Palu kini sudah mengamuk apabila Tuhan mula mendatangkan bencana terhadap dosa besar syirik dilakukan. Bertaubatlah segera selagi punya kesempatan,”
- sumber di sini

Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT

-Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan-

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.

Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.

Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.

Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam - 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin..."

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.

Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.

Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.

Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter...

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.

Allah berfirman :

" Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia..."

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.

Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.

Allah berfirman "Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri.."

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

"Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?"

Rasullullah saw menjawab,

"Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua.."

Lalu Aisyah berkata,

"Bagaimana keadaan mereka itu?"

Jawab Rasulullah saw,

"Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan..."

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..

Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

#jmbelog
#whatsappgroup

kredit kisah apabila palu dipalu oleh Allah >>> https://belogsjm.blogspot.com/2018/10/apabila-palu-dipalu-oleh-allah-swt.html <<<

namun, ada baiknya juga kita mengetahui faktor lain yang menyebabkan tsunami ini berlaku ...

jalur gempa teraktif di dunia
jalur gempa teraktif di dunia

mrs pip terbaca satu perkongsian menarik mengenai kedudukan Indonesia yang terletak di jalur gempa teraktif di dunia, kerana berada di atas 3 plat tektonik iaitu Indo-Australia di Selatan, Eurasia di Utara dan Pasifik di Timur, dan lebih 81% gempa bumi yang besar berlaku di sepanjang lingkaran ini.

dan menurut apa yang mrs pip baca, sebanyak 18 tsunami telah menyerang Palu sebelum ini, dan kejadian tsunami terkini merupakan kejadian yang ke 19 sejak tahun 1800, dan menariknya, nama Palu itu sendiri bermaksud "tanah yang terangkat" berasal dari perkataan "Topalu'e" ...

sumber: https://ohbulan.com/beberapa-ustaz-beri-naratif-berat-sebelah-luahan-hati-sukarelawan-gempa-bumi-palu/

apapun yang terjadi di Palu, sama sama kita mendoakan kesejahteraan penduduk Palu, dan sama sama kita mengambil iktibar dengan kejadian yang berlaku, dan semoga kita tidak begitu cepat menyalahkan sesuatu apabila ditimpa bencana, sebaliknya memohon perlindungan daripada Allah SWT, dan semoga kita dijauhkan bencana sebegini.

semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

cheers.

4 comments:

  1. Allahuakbar! sama-sama kita jadikan iktibar.
    Mrs. A pun ada juga tengok klip video ceramah ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani pasal ni kawan whatsapp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita dijauhkan daripada bala sebegini ...

      Delete
  2. Scary but it is a true story...Smoga Allah lindungi kite semua...Amin...

    ReplyDelete