Berpantang ringkas selepas bersalin - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 18 September 2018

Berpantang ringkas selepas bersalin

hi there, dah hampir sebulan dalam berpantang (confinement) selepas melahirkan lil' Nami ... setiap kali selepas bersalin dari lil' Iman, lil' Amin dan sekarang ni lil' Nami, makanan berpantang disediakan sepenuhnya oleh mr.Husband, dan menu memang menu yang ringkas ringkas sahaja tapi cukup memberikan tenaga dan penuh khasiat gitew ...

memang sebulan pertama ni, mrs pip jaranggggggggggggg masuk dapur untuk memasak ... tugas memasak di ambil alih sepenuhnya oleh incik suami ... 

mak mak yang bersalin tu, korang berpantang mcm mana? mrs pip menu memang hampir sama saja sepanjang masa berpantang ni ... mr.Husban cakap, kalau nak makan yang lebih lebih tu, kena tunggu habis waktu berpantang dulu *sigh* 

menu untuk berpantang

so, menunya hanya sebegini setiap hari:-
  • separuh / suku nasi putih + sup ikan / sup ayam / sup sayur / sup telur + buah
  • bubur ayam kampung + buah 
untuk sayur pula, memang setiap kali dalam sup tu, mr.Husband akan letak sawi / betik muda

manakala minuman petang / minum malam pula , menu yang disediakan pun memang sama saja
  • minuman panas milo nestum , bersama biskut kering Jacob Crackers / seketul dua buns  

dan perlu minum air 3 liter sehari mengikut sukatan 1L air bersamaan dengan setiap 25kg berat badan (jumlah air yang disyorkan) ...

Berpantang ringkas selepas bersalin
Berpantang ringkas selepas bersalin

untuk selama waktu berpantang, memang inilah menu UTAMA yang akan disajikan oleh mr.Husband setiap hari ... 

dan ikan pula, bukan semua jenis ikan boleh dimakan untuk yang baru lepas bersalin (kalau mrs pip memang belasah saja makan apa jenis ikan)...

mr.Husband lebih tahu ikan mana yang boleh dan tak boleh dimakan oleh mrs pip , dan ikan yg dibeli pun jenis ikan yang betul betul FRESH (ikan sini harga mahal woooo , boleh pengsan nak beli ikan fresh) ... 

so far, mrs pip ok saja makan menu yang mr.Husband sediakan ... mrs pip suka makan sup ikan yang mr.Husband sediakan berbanding sup ayam kampung ... dan akan minum air banyak banyak , well memang cepat dahaga bila kita kerap breastfeed kan baby ...

nasi memang mrs pip kurang makan, pasal risau sangat kena sembelit selepas bersalin , hehe. alhamdulillah, so far tak da la sembelit teruk mcm hari tu kena time mengandung lil' Nami ni ... buah pun memang kerap makan ... selalu ada betik di dapur ... rajin mr.Husband beli betik untuk mrs pip 

misi mengurangkan berat badan

turun berat badan 2 minggu selepas bersalin
turun berat badan 2 minggu selepas bersalin


dan untuk 2 minggu pertama, mrs pip berjaya turun berat badan 7.6 kg ... hari tu sebelum lil' Nami lahir, berat badan mrs pip 79 kg ... mrs pip cadang nak turun berat badan capai 64 kg kalau boleh dalam sebulan ni ...

tapi it seems like tak mampu pula nak capai berat badan 64 kg dalam sebulan ni ... tadi (18/9/18) baru saja timbang berat , cuma turun sikit saja 70.3 kg ! 

mrs pip set target lagi dalam 2 minggu akan datang 4/10/2018 , mrs pip harap berat badan boleh turun dalam sekitar 3 kg dulu ... slow slow turun as long as berat tak naik ... 

nampak gayanya, memang kena bersenam setiap hari dan lebih kerap ... 

semoga perjalanan untuk menurunkan berat badan berjaya.

berbengkung

berbengkung perkara harus bagi mrs pip ... mrs pip beli benkung ni beberapa tahun dulu sewaktu mengandungkan lil' Amin. ni keluaran Tanamera, bengkung jenis lebih kurang lilit zig zag ... pakai bengkung mcm ni agak leceh, tapi bengkung ni senang nak kembalikan bentuk tubuh badan kalau dipakai setiap hari ... eh, I is not interested to get ramping ya ...

bengkung tanamera
bengkung tanamera

seperti korang sedia maklum, once dah bersalin ni, perut pun menggelebeh, menggelebar dan lemak sana sini terbentuk, sampai kau sendiri pun tak rasa selesa dengan bentuk tubuh badan kan ... perut buncit tu jangan cakaplah ... adoi!

so, di sinilah fungsi bengkung sebenarnya , untuk kembalikan bentuk badan ... tak dpt bentuk badan asal sebelum bersalin pun tak pa, yang penting at least bentuk badan tu tak la menggelebeh dan menggelebar sangat ...

ni antara kebaikan bengkung untuk korang take note (kredit : AsianParent)

  • Mengempiskan perut dan memulihkan kulit perut — mengurangkan kesan regangan, menghilangkan tompok hitam pada kulit perut
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelak rahim jatuh
  • Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
  • Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
  • Mengelak badan dari ‘masuk angin‘
  • Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
  • Membantu menghilangkan sakit belakang
  • Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang
  • Mengurangkan rasa sakit pada perut
  • Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Menggalakkan postur badan yang baik
  • Membantu proses penyusuan
  • Mencegah makan lebih banyak (kurang berat badan, yay!)
yang mrs pip highlight bold tu ialah kesan bengkung yang mrs pip rasa sendiri ... sangat membantu mrs pip dalam proses memperbaiki bentuk badan dan juga membantu mengurangkan rasa sakit tulang coz setiap kali BF, mrs pip memang akan duduk dan mmg terasa sakit juga bahagian belakang badan ni kan coz duduk lama ... 

dan yang nak kurangkan berat , pakai bengkuk ni akan ketatkan perut, so nak makan banyak tu memang tak dapat .. lama lama akan terbiasa makan sikit, so kurang makan, maka berat pun boleh turun ... hehe.

bertungku


tungku 2kg
tungku 2kg

selain berbengku, mrs pip bertungku juga ... tapi tak selalu lah ... sekali dua dalam seminggu mcm tu la ... nak bertungku ni ambil masa agak lama ... nak panaskan tungku pun satu hal , so mm tak dpt nak buat hari hari ... kadang2 time nak start bertungku, baby dah nangis la pula nak BF .. terpaksa stop bertungku ... nak sambung balik, tungku pun dan suam suam kuku, huhu kena panaskan semula la pula ..

tungku ni pun, tak boleh nak panaskan sangat ... boleh hangus sarung tungku tu nanti ... hari tu mrs pip ada share kelebihan bertungku selepas bersalin serta bahagian badan yang sesuai untuk ditungkukan ... nak baca entry tu boleh klik 


mandian herba

mandian herba
mandian herba

untuk mandian pula, mrs pip guna mandian herba yang mr.Husband beli di pasar ... satu ikat mandian herba ni, boleh guna mandi dalam 4 kali ... satu ikat ni harga dalam sekitar RM8.00 ... ni lah mandian herba yang mrs pip guna sejak lil' Iman , kemudian lil' Amin dan sekarang lil' Nami ... memang suka mandian herba ni ... rasa badan lebih relax, bermaya, hangat lepas guna mandian herba ni ... mandian herba ni ada bau aroma yang buat rasa tenang bila guna ...

jangan korang tanya pula apa kandungan bahan yg digunakan ... ni orang-orang kampung yang sediakan, kitorang ni beli jer ... yang pasti ada serai wangi ...

ni antara berpantang ringkas mrs pip selepas bersalin, cara korang pula macam mana?

cheers.

14 comments:

  1. insyaaAllah mrs pip mesti cepat turun bila pantang .... selamat berpantang mrs pip

    ReplyDelete
  2. bagusnya asben mrs pip..masak menu pantang utk isteri...kagum..tak selalu dengar suami2 masak menu pantang untuk isteri...caiyok..caiyok mrs pip misi turunkan berat..cuba kurangkan pengambilan menda2 manis juga...membantu utk turunkan berat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband rajin masak, hehe.. Mmg tak makan manis time pantang ni, milo pun just milo tanpa susu manis ... Hope turunlah berat ni...

      Delete
  3. Selamat berpantang ye Mrs Pip...
    Tiba-tiba rindu pulak lauk berpantang hikhik

    ReplyDelete
  4. selamat berpantang. rest elok2 cepat active balik. bestnyaaaa ade orang masakkan hari2. eeh tapi CT pun mak sediakan makanan hari2 balik keje makan =P

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, suami sis pandai memasak. shu dulu berpantang di rumah mak sendiri, menunya ikan bakar/rebus, sup sawi, dgn buah. hari-hari lak tu, seminggu sebelum habis pantang baru mak bagi makan benda lain, ayam ke apa ke. hahahaha

    semoga berat badan yang di idamkan menjadi kenyataan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... Mmg menu kita pun ulang ulang ja...

      Delete
  6. Sha kalau pantang wajib ada sayur sawi bunga dan oren..

    ReplyDelete
  7. good luck. in shaa Allah akan capai berat badan ideal later :)
    sama kita. dulu pun asben aida sering masak kan time berpantang, time mak takde.
    lauk berpantang simple, but sgt sedap, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aida ..walaupun mkn menu yg sama, tp tetap rasa sedap kan.

      Delete