Pregnancy Update : 38 Minggu + Braxton Hicks kerap menyerang! - Cerita Cinta Surirumah

Friday, 17 August 2018

Pregnancy Update : 38 Minggu + Braxton Hicks kerap menyerang!

hi there, mrs pip dah masuk minggu 38 weeks of pregnancy ... macam macam tau dugaan mengandung kali ni ... kalau dulu mengandung lil' Iman dan lil' Amin, dugaan tu tak banyak mana pun ... but this time, memang banyak ! dah masuk minggu ke-38, kepala baby dah start turun bawah ... hohoho, memang boleh rasa semacam tiap kali baby bergerak ... rasa nak beranak pun ada, padahal belum ada tanda tanda jelas untuk bersalin pun ... dan kali ni, mak oiiiii memang terasa la sakit bahagian belakang pinggang tu ... kalau dah baring, nak bangun memang terasa sedikit susah ...

Braxton Hicks vs True Contraction

ada masanya, mrs pip rasa macam kontraksi berlaku ... perut rasa sendat mengeras semacam , lepas tu kembali lembut , lepas tu mengeras lagi ... lagi banyak mrs pip bergerak , atau bekerja menguruskan hal hal rumah, lagilah selalu perut tu kejap mengeras kejap lembut semula ... tapi, jangan tertipu, walaupun rasa seperti kontraksi berlaku, percayalah ianya hanyalah kontraksi palsu semata mata ... dan kontraksi sebegini dikenali sebagai BRAXTON HICKS ...

sewaktu mengandungkan lil' Iman dan lil' Amin, mrs pip tak rasa sangat pun Braxton Hicks ni ... sewaktu lil' Iman, air ketuban pecah pada minggu ke-36, manakala sewaktu mengandung lil' Amin, tompok tompok darah keluar pada minggu ke-38, dan kontraksi sebenar berlaku selang beberapa minit ketika di dalam perjalanan untuk ke hospital ... nasib baik tak bersalin di dalam kereta, muehehe.

tapi untuk pregnancy kali ni, Braxton Hicks memang membuatkan mrs pip sentiasa alert dan bersiap sedia, kot kot betul betul nak bersalin kan ... ada yang tidak dapat membezakan Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar untuk bersalin ... jadi , jom mommies, kita ketahui dulu apa itu Braxton Hicks seperti penerangan yang tertera dalam gambar di bawah ...

sumber : Klik Sini

sebelum mak mak mengandung rushing untuk ke hospital kerana berfikir sedang mengalami kontraksi untuk bersalin, apa kata mak mak mengandung tarik dan hembus nafas dulu, tenangkan diri dan fikiran ... jangan panik untuk bergegas ke hospital , kerana sangat penting untuk mak mak mengandung melihat diri sendiri, apakah tanda tanda awal untuk bersalin sudah kelihatan , selain hanya berfikir mengenai kontraksi yang sedang di lalui ...

baisanya, kalau mak mak mengandung rushing ke hospital, dan belum ada sebarang tanda bukaan untuk melahirkan anak, pihak hospital akan meminta mak mak balik semula ke rumah ... hiks, penat tau ulang alik pergi hospital kan semata mata false alarm nak bersalin ni ... jadi, pastikan mak mak mengandung tu confirm dulu tanda tanda nak bersalin, so barulah pergi ke hospital ok ...

ketahui dulu antara tanda tanda awal untuk bersalin:-

1/ asyik rasa nak kencing
2/ keluar lendir / tompok tompok darah dari vagina
3/ pecah air ketuban
4/ gerakan bayi kurang aktif (kurang 10 gerakan dalam masa 12 jam) >>> disyorkan untuk ke hospital secepatnya, risau bayi mengalami masalah di dalam rahim
5/ kontraksi yang berulang kali berlaku dengan selang masa yang agak sekata

untuk mak mak yang sedang menghitung hari , jangan lupa siapkan beg bersalin dan buku mengandung setiap masa ... dan nak tahu apa dalam beg bersalin mrs pip, entry sebelum ni mrs pip ada tulis mengenai senarai keperluan wajib bawa ke hospital semasa bersalin ...


take care mommies ....

pregnancy is a beautiful journey for every mommy T_T

cheers.

8 comments:

  1. Nice sharing. Doakan wife ejulz dipermudahkan bersalin. Semoga wife n 1st baby sihat..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan bersalin Mr. Pip dan semoga semua selamat.
    Member office Mrs. A tadi dah admitted esok nak induce katanya.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa braxton hicks tu mcm mna. Sbb smpai ke hari due, kna admit. Hehe. 2-2 anak peel sama.
    Semoga dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan nti. 🤗

    ReplyDelete
  4. good sharing mrs pip..get ready, baby get set gooo..haha.semoga dipermudahkan, mrs pip...

    ReplyDelete
  5. ingat kawan anak pertama sejak umur kandungan 7 bulan, asyik dok ulang alik ke hospital samapailah bersalin 9 bulan, dia ingat nak bersalin ja that time, letih tanya dah bersalin belum akhirnya cecah 9 bulan jugak baru bersalin..pengalaman pertama mengandung Allah best giler...

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan bersalin Mrs pip nanti. Banykkan baca surah maryam.. dan banyakkan buat jalan itik (kalau larat). hihi

    ReplyDelete
  7. nice sharing mrs pip..kite mengalami kejang kaki sekarang ni.wuaa pagi td pun terjaga kejang2 dah..

    ReplyDelete