Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi || ni antara biskut raya tahun ni yang mrs pip dan mr.Husband buat ... ekceli, apa saja yang ada kaitan dengan keladi, mr.Husband suka ... well, perisa keladi mmg feveret mr.Husband ... jadinya, tahun ni mr.Husband nak try olah biskut perisa keladi, mrs pip ikutkan saja idea mr.Husband ...lagipun, yang nak menerap dan membakar biskut tu nanti, of course lah mr.Husband ... tahun ni kerja meng-cookies adalah kerja mr.Husband ... muehehe.

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Bahan-Bahan:-

1kg tepung gandum
300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
2.5 sudu teh esen vanilla
1.25 sudu teh baking powder
5 biji telur
15ml perisa keladi
Warna Ungu (warna merah + warna biru untuk jadi warna Ungu)

Resepi Biskut Dwi-Warna Perisa Keladi

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bahagi doh kepada dua bahagian ... satu bahagian dibiarkan tanpa warna, dan satu bahagian lagi diwarnakan ungu

4. Letak doh sedikit demi sedikit berselang seli warna di atas talam dan ratakan doh menggunakan penggelek dan terap doh mengikut bentuk kesukaan korang dan pindahkan terapan tadi ke dalam loyang untuk sedia dibakar

5. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

6. Bila biskut dah siap dibakar, bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat.

7. Siap!

Selamat mencuba.

Boleh juga intai intai >>> Resepi Biskut Fruit Mix <<<

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

7 Comments

  1. Alah jelesnya lah tengok biskut-biskut yang mrs pip buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beginilah bila mr.Husband masuk dapur buat biskut, dia lebih rajin dari mrs pip ... kalau mrs pip setakat kasi bulat2 lepas tu kasi lepe guna garpu ... lagi cepat, hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. best juga bereksperimentasi dengan kaler2 ni time buat biskut ...

      Delete
  3. Replies
    1. syukur juga dapat suami yang ringan tulang bab bab dapur ni ...hehe.

      Delete
  4. untung mrs pip suami rajin nak buat biskut raya..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.