Review Movie: Secret Fruit (2017)

hi there, hari tu layan movie Secret Fruit (Mandarin) (2017) ... cerita dia simple saja, senang nak follow jalan cerita ... cerita ni dilakonkan oleh Chen Arthur sebagai Duan Bo Wen dan Ou Yang Na Na sebagai Yu Chi Zi ... Bo Wen dan Chi Zi ni berkawan rapat sejak dari kecil, kiranya dorang ni BFF dari kecil sampai remajalah gitu ... bila dah besar remaja usia 17 tahun, perasaan Chi Zi terhadap Bo Wen kawan dia ni, bertukar kepada perasaan jatuh cinta , cumanya dia tak tunjuk kat Bo Wen yg dia cintakan Bo Wen ... 

dan Bo Wen pula, bila dah masuk usia 17 tahun ni, dia perasan banyak2 makhluk kat dunia ni, wanita ialah sejenis makhluk yang dia sukar untuk mengerti, namun dalam diam si Bo Wen ni suka kat homeroom teacher dia ... tapi dia kan student, manalah cikgu dia nak ambil pusing perasaan si Bo Wen ni, bg cikgu dia, Bo Wen ni sekadar seorang pelajar , tak lebih tak kurang ... lgpun, cikgu tu dah ada kekasih hati ...

Review Movie: Secret Fruit (2017)
Review Movie: Secret Fruit (2017) 

dalam movie ni ada krisis keluarga ... mrs pip pun heran kenapalah mama si Chi Zi ni layan sangat dengan so Bo Wen macam anak dia sendiri , sampaikan si Chi Zi ni kdg2 jeles dgn si Bo Wen kena layan baik sgt ...

mak si Bo Wen ni dah passed away, so bapa dia kawin lain ... tapi mereka tak bahagia ... bapa si Bo Wen ni pula asyik tiada di rumah, ntah manalah dia pergi , so si Bo Wen ni slalulah menumpang makan kat rumah si Chi Zi lgpun si Bo Wen ni tak suka mak tiri dia tu ...

dan Chi Zi pula tiada bapa, cuma ada mak dia ... so mmg dia sayang sangat dgn mak dia ... satu hari tu si Chi Zi ni terjumpa kotak surat mak dia, dan ada gambar mak si Bo Wen sekali dlm kotak surat tu , dan ada surat yg ditulis oleh mak dia ... si Chi Zi ni ingatkan mak dia dan mak Bo Wen berebut lelaki yg sama iaitu bapa si Bo Wen so tu sebab mak Chi Zi baik dgn si Bo Wen nak ambil hati bapa si Bo Wen ...

tapi sebenarnya, waktu mak si Bo Wen dan mak si Chi Zi ni muda , dorg ni BFF , dan kebetulan suka lelaki yg sama, dan mak si Chi Zi buat kerja jahat pikat hati lelaki tu sampai dia dpt kawin dgn lelaki yg dia suka tu la ... lelaki tu ialah bapa sebenar si Chi Zi .. padahal mak si Chi Zi waktu tu mmg tau lelaki tu lebih suka kpd mak si Bo Wen ... 

so, bila bapa si Chi Zi passed away, mak si Chi Zi ni rasa bersalah dgn mak si Bo Wen dan dlm masa yg sama dia susah nak teruskan hidup tanpa lelaki yg dia cintai ... so mak si Bo Wen ni yg tolong mak si Chi Zhi agar dpt teruskan hidup dgn baik.

so , bila mak si Bo Wen pula passed away, mak si Chi Zi terhutang budi dgn kawan baik dia sendiri, tu sebab dia jaga Bo Wen sebaik-baiknya ... 

berbalik pada Bo Wen dan Chi Zi pula, dorang bertengkar besar, lama tak bertegur sapa ... tetapi Bo Wen sedar tanpa Chi Zi dia tak happy, so akhirnya Bo Wen tau hatinya hanya untuk Chi Zi ...

happy ending la cerita ni ... sweet ja tengok persahabatan Bo Wen dan Chi Zi tu ... no romance2 mana pun, just a nice friendship ...

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Rajinnya layan citer mandarin...siri ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan siri ... ni movie ... sesekali layan mandarin, bebudak yg berlakon tu dua dua sweet :)) ...

      Delete
  2. Sweet sangat movie nie.. Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie ni mmg sweet dan ringan utk ditonton....

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.