Kenapa kaki kejang ketika mengandung / hamil ? Dan cara mengelakkan kaki kejang - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 5 April 2018

Kenapa kaki kejang ketika mengandung / hamil ? Dan cara mengelakkan kaki kejang

hi there, minggu ni minggu ke-19 kehamilan ... dah masuk trimester kedua, dan lagi beberapa minggu akan masuk trimester ketiga ... mrs pip masih mengalami evening / midnite sickness , masih loya loya dan adakalanya muntah pada waktu malam atau lewat malam ... dan sekarang ni, evening / midnite sickness tu melarat pula ke waktu pagi ... dah macam all around sickness la pula ... selain loya dan muntah, mrs pip juga kerap pening kepala ... ada masanya, terpaksa berbaring hampir seharian kerana pening yang berpanjangan ... aduh, nak buat kerja rumah pun terasa lemah dan sukar ...

Kenapa kaki kejang ketika mengandung / hamil ?
Kenapa kaki kejang ketika mengandung / hamil ?
kredit: google

selama 19 minggu mengandung ni, mrs pip sudah 5 KALI diserang kejang kaki diwaktu malam! memang nangislah setiap kali kaki kejang, cuma mrs pip bersyukur 4 kali diserang kaki kejang tu, ada mr.Husband yang tolong betulkan kaki mrs pip ni ... so kekejangan kaki tu cepat hilang ... cuma semalam adalah malam yang sukar untuk mrs pip bila diserang kaki kejang kerana ketiadaan mr.Husband ... memang menahan sakit , dan mrs pip berusaha untuk betulkan kaki tu agar kejang cepat hilang ... mrs pip berusaha letak tapak kaki menegak tekan dinding untuk luruskan kaki semalam, lucky juga kejang tu cepat reda ... sakit tetap sakit, terpaksa diharung juga kan ... 

kenapalah kekejangan kaki ketika mengandung ni berlaku hanya pada waktu malam? ketika sedang elok tidur lena di waktu malam, tetiba AUCH! rasanya ... 

mengikut info yang mrs pip dapat dari babycenter.com, kekejangan kaki ketika kehamilan biasanya berlaku pada trimester kedua dan ketiga, disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:-
v
v
v

  • kurangnya kalsium dan magnesium dalam darah kerana bayi dalam kandungan mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda >>> bagi mrs pip la kan, kehamilan kali ni memang agak berbeza sedikit berbanding kehamilan sebelumnya kerana kehamilan kali ni memang mrs pip SUKAR untuk minum susu, dan terpaksa ambil pil kalsium ...

  • pembesaran uterus memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki serta kesan hormon progesteron isitu hormon kehamilan mampu memberi kesan kepada otot kaki bagi ibu yang mengandung >>> fine. ni kita faham, tapi masalahnya, kenapa kekejangan kaki berlaku hanya pada waktu tengah malam bila sedang tidur lena? why why why?

  • berdiri terlalu lama, bersukan seperti berlari atau menggunakan kaki terlalu kerap, boleh menyebabkan kekejangan kaki, samalah juga dengan kandungan yang semakin sarat >>> lepas ni mrs pip try la juga tidak terlalu kerap berdiri lama dan maybe la kan kena buat senaman regangan selalu T_T

apa yang perlu dibuat apabila kejang kaki untuk menghilangkan kesakitan tersebut?
v
v
v

  • biasanya setiap kali mrs pip diserang kejang kaki , mr.Husband membantu untuk menggerakkan tapak kaki mrs pip sehingga kejang tersebut hilang, dan kalau kejang kaki menyerang ketika mrs pip tidur bersendirian, mrs pip secepatnya menggerakkan tapak kaki ke dinding dan menolak tapak kaki tegak ke dinding ... 
  • once kejang tu sudah hilang, mrs pip akan urut betis mrs pip perlahan lahan menggunakan minyak urut ... so far mrs pip stick guna Franch Oil memandangkan salah satu fungsi Franch Oil ni ialah membantu menghilangkan sakit otot 
  • dah siap urut betis tu, mrs pip akan berusaha untuk berdiri dan berjalan seminit dua untuk memastikan kejang tu benar benar hilang ...
senaman mudah ketika hamil yang boleh dilakukan oleh setiap ibu mengandung
senaman mudah ketika hamil yang boleh dilakukan oleh setiap ibu mengandung
kredit: google


mengikut info yang mrs pip baca, sebenarnya pengambilan seperti kalsium atau magnesium belum pasti lagi dapat membantu atau tidak mengelakkan kekejangan kaki ni, tapi kita just berusaha yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan ... dan selain itu, kekejangan kaki mungkin boleh juga dielakkan dengan beberapa tips seperti berikut:-
v
v
v

  • buat senaman regangan terutamanya sebelum masuk tidur, dan fokus senaman regangan untuk bahagian kaki , mungkin boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan membuatkan otot lebih relax 
  • buat senaman tapak kaki diulang beberapa kali dengan membengkokkan tapak kaki ke atas dan ke bawah ... 
  • elakkan berdiri terlalu lama dan selalulah rehatkan kaki
  • sebaiknya, mandilah dengan air suam sekiranya ibu ibu mengandung terpaksa mandi lambat di waktu petang ... macam mrs pip, mmg tak lah mandi waktu malam ... biasanya 4.30 pm tu dah siap mandi dah ... 
  • minum banyak air untuk membantu pengaliran darah yang lebih baik dan terhidar dari dehidrasi 
senaman khas untuk tapak kaki agar membantu mengelakkan kekejangan kaki
senaman khas untuk tapak kaki agar membantu mengelakkan kekejangan kaki
kredit: google

mrs pip harap lepas ni no more kaki ni kejang di waktu malam, muehehe ... tak pun harap sangat ianya tak berlaku dengan kerap kan ... dan hope perkongsian entry ni bermanfaat dalam membantu ibu ibu mengandung yang selalu mengalami kaki kejang lewat waktu malam ketika tidur ...

stay healthy mommies ...

cheers.

7 comments:

  1. Alamdulillah.. Dilah pregnant kali ni jarang sangat rasa kebas kaki sbb dilah konsisten makan cal & mg. Pernah kena sekali dilah akan tegakkan kaki mcm kita berdiri tu walaupun time tu tgh baring.. tekan kaki lama2 lepas tu baru hilang..
    Dilah doakan semoga mrs pip cepat2 hilang morning sickness tu ya..

    ReplyDelete
  2. Take care Mrs Pip. Semoga dipermudahkan semua urusan ya :)

    ReplyDelete
  3. akak selalu sakit betis dh lps mengandung pun masih sakit betis... hukhuk

    ReplyDelete
  4. nice sharing ^^ tak kawin lagi tapi ilmu bermanfaat sgt hehe

    ReplyDelete
  5. preganancy yang kedua ni, saya kerap kena kejang kaki.. baru tahu salah satunya sebabnya adalah kekurangan kalsium

    ReplyDelete
  6. sha dah 2x kena spjg mndung ni, pernah time kejang tu menangis sakit, kc bangun husband haha..tkut dah husband sha ngtkan jadi apa..bsoknya dia bole ktwakan sha pla hahaha..kureng btul laa

    ReplyDelete