Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017) - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 22 March 2018

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

hi there, review movie dari Hong Kong pula kali ni.... movie santai yang bertajuk To Love or Not To Love... movie ni dibintangi oleh Venus Wong dan Edward Ma, dan dibantu oleh Jason Fu, Siu-Kiu To, J.Radite dan ramai lagi ... siapa yang dah tengok movie ni? 

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

movie ni mengisahkan mengenai hubungan cinta Casey dan Elton di zaman persekolahan sehinggalah mereka tamat high school. Casey menyambung pelajaran dan berharap akan berkahwin dengan Elton. manakala Elton pula terpaksa bekerja sebagai video game sales assistant untuk menampung sara hidup dia dan bapanya yang kuat berjudi. ketika di highschool, pelajar Chinese-Korean bernama Adam juga cuba menawan hati Casey namun tidak berjaya, dan Adam terpaksa berpindah semula ke Korea dan berharap akan bertemu Casey kelak.

ketika di highschool, seorang pelajar perempuan dari golongan kaya bernama Sia tidak begitu sukakan Casey, apatah lagi bila melihat Casey dan Elton rapat. satu hari Sia datang ke tempat Elton bekerja untuk membeli video game terkini tetapi Sia sebenarnya cuba untuk menggoda Elton. kebetulan Casey juga datang ke tempat Elton bekerja dan melihat hubungan Sia dan Elton yang agak mesra. berlaku salah faham antara Elton dan Casey dan mereka bertengkar.

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)

atas nasihat Angela, sahabat baik Casey agar Casey berusaha memujuk dan berbaik baik dengan Elton, maka Casey pun datang ke kediaman Elton membawa kek dengan tujuan untuk memperbaiki hubungan mereka, namun Casey tidak menyangka Sia berada di kediaman Elton. akhirnya Elton memutuskan perhubungan dengan Casey.

beberapa tahun berlalu. Casey menjadi love experts dan membuka kelasnya sendiri, dan Casey bertemu semula dengan Adam. Adam menjadi fashion experts dan masih menaruh perasaan terhadap Casey. Casey juga bertemu semula dengan Elton secara tidak sengaja di sebuah kelab malam. Elton kini menjadi usahawan yang berkaitan dengan apps ... dan Elton berusaha untuk mendapatkan hati Casey semula ....

Review Movie Hong Kong : To Love or Not To Love (2017)
cinta tiga segi antara Elton dan Adam untuk mendapatkan casey

ketika Casey seolah olah lebih memilih Adam, Elton berusaha untuk memenuhi hajat Casey. pada Casey, itu cuma hajat lama yang mungkin sudah dilupakan Elton, tapi bagi Elton, setiap permintaan Casey di masa lalu, adalah sesuatu yang penting dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan...

dalam movie ni, mrs pip suka persahabatan antara Casey, Adam dan Elton. walaupun berlaku perang cinta tiga segi, tapi mereka 'berperang' dengan penuh profesional. best man win gitew ... dan ekceli, kawan baik si Casey tu, si Angela kan, dia mmg suka juga dgn si Adam ni, tapi dia tau si Adam suka si Casey, so no rebut rebut jejaka ... 

dan mengenai Sia pula, akhirnya Sia bagitau Casey kenapa Elton berpisah dengan Casey.... sebenarnya Sia bukan suka dengan si Elton pun, tapi kerana satu perjanjian, antara Sia dan Elton, Elton tersepit pada waktu tu dan terpaksa berpisah dengan Casey ... nak tahu sebabnya, kena lah tengok movie ni ... jahat juga Sia ni kan ... 

cerita ni happy ending ... Casey memilih Elton dan terpaksa meninggalkan Adam, sedangkan waktu tu Casey dan Adam sudah berada di airport untuk ke Korea bersama ...huh! kesian Adam kena tinggal. tapi Adam ni jenis gentleman, dia tak paksa Casey untuk bersama dia coz dia tahu hati Casey ada bersama Elton ... dan korang kena tengok movie ni kalau nak tahu cara Elton tebus salah dia kat Casey sampai Casey boleh jatuh cinta semula kat Elton ....

thanks for reading, and happy watching everyone ...

cheers.

10 comments:

  1. Replies
    1. Movie santai2 ... Best juga sesekali layan...

      Delete
  2. Best juga layan cerita cinta budak belajar gini

    ReplyDelete
  3. awak tengok dekat cerita korea nampak best cerita ini

    ReplyDelete
  4. Alahai nih yg xsuka nih cinta tiga segi.nak nak ada hero baik mengalah keoaskan org yg dia sayang.

    ReplyDelete
  5. menarik cerita ni..

    teringat dulu zaman muda remaja..drama HK la ditonton setiap petang..

    ReplyDelete