Review KBS Drama Special : My Prettiest Moment

hi there, layan youtube tengok KBS Drama Special bertajuk My Prettiest Moment.. ni drama dah lama, tahun 2012 ... tapi pasal nampak Lee Jong Suk sebagai lead actor, so layan sajalah walaupun drama dah lama T_T ... drama ni turut dibintangi oleh Jun Yeo Seo sebagai heroin, dan dibantu oleh Song Young Kyu dan Kim Soo Yun .... 

Pelakon :-
Jun Ye Seo as Lee Shin Ae
Lee Jong Suk as Yoon Jung Hyuk
Song Young Kyu as Kim Ui Soo
Kim Soo Yun as Kim Yoon Ah

KBS Drama Special : My Prettiest Moment
KBS Drama Special : My Prettiest Moment

drama ni mengenai Lee Shin Ae yang menghidap kanser dan ingin menghabiskan sisa sisa hidupnya bersama suaminya, Kim Ui Soo dan anak lelakinya, namun suaminya menginginkan Shin Ae untuk menjalani rawatan kanser. dengan rasa terpaksa, Shin Ae datang ke hospital untuk rawatan kanser dan ketika berada di dalam wad, Jung Hyuk secara tidak sengaja terlanggar Shin Ae. 

Jung Hyuk pada waktu itu menemani kekasihnya Yoon Ah yang sedang sakit dan kebetulan duduk satu wad bersebelahan katil dengan Shin Ae. pertemuan Jung Hyuk dengan Shin Ae di dalam wad membawa kepada perasaan Jung Hyuk yang bercampur baur terhadap rasa cintanya terhadap Yoon Ah dan akhirnya Jung Hyuk yakin cintanya terhadap Yoon Ah bukanlah cinta yang sebenar. dan dalam tidak sedar, Jung Hyuk mula jatuh cinta terhadap Shin Ae.

KBS Drama Special : My Prettiest Moment
KBS Drama Special : My Prettiest Moment

Shin Ae pula merasakan suaminya hanya mementingkan agar beliau kembali sihat tanpa memikirkan kehendak sebenar Shin Ae yang ingin menghabiskan sisa sisa hidupnya bersama suami dan anaknya ... suaminya Ui Soo yang tidak berusaha memahami emosi Shin Ae menyebabkan Shin Ae rasa terpinggir dan suka bersendirian.

Shin Ae berkawan dengan Jung Hyuk dan merasakan mereka sekadar kawan namun Jung Hyuk tidak mempedulikan status Shin Ae sebagai isteri orang dan berterus terang yang dia mencintai Shin Ae dan akan menjaga Shin Ae dengan baik.

drama ini menunjukkan sedikit krisis perasaan apabila rahsia Jung Hyuk mencintai Shin Ae dikesan kekasih Jung Hyuk, iaitu Yoon Ah. dan suami Shin Ae, iaitu Ui Soo juga akhirnya mengetahui yang Jung Hyuk mencintai isterinya dan Jung Hyuk tidak bertepuk sebelah tangan. 

ending cerita ni berbaur sedikit rasa sedih, tapi bagi mrs pip la kan, keputusan yang diambil oleh Shin Ae mengenai jalan kebahagiaan yang dia inginkan tu wajar. korang rasa Shin Ae akan kembali kepada suami dia atau menerima Jung Hyuk tak?

ending dia sedikit di luar jangkaan mrs pip, tapi mrs pip setuju dengan keputusan Shin Ae tu ... nak tau ending, kenalah layan cerita ni ... tapi geram juga dengan Jung Hyuk ni, terlalu ikut perasaan jatuh cinta dengan someone wife kan ... haish! 
happy watching everyone.

cheers. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Bila kesunyian itu tidak di hala pada yang sepatutnya.. kikiki.. menarik pula tengok si Jong suk ini muda..

    ReplyDelete
  2. jongg hyuk berlakon! nak tengok! hehehe

    ReplyDelete
  3. Nk dowload drama ni kat youtube nanti

    ReplyDelete
  4. kalau boleh tak nk terjebat tonton K Drama ni kalau tak mau tak siap kerja..haha

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.