Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution

hi there, hari tu Lazada ada buat 12.12 Online Revolution kan. memang banyak sangat tawaran hebat time tu, juling mata nak pilih barang. ada yang mrs pip suka, dah habis stok, tidak pun saiz pula tiada. jadi, kejadian hari tu, mrs pip nak try beli Mystery Box. hari tu terlepas beli Maybelline Mystery Box, sold out babes! grrrrrr. jadi nak sedapkan hati (dasar wanita sangat), mrs pip terjebak beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution .... dalam tu dah siap siap kena tulis akan dapat seketul handbag dan seketul aksesori! dan harga Carlo Rino Mystery Box ni bernilai RM99.00 (tidak termasuk postage) .... so jom check it out apa benda yang mrs pip beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution ni ....

Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution
Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution 

mrs pip hari tu mmg nak beli handbag baru since handbag yang ada sekarang ni dah agak lusuh. tu handbag carlo rino yang mrs pip beli tahun 2013, cukup la pakai. memang puas hati pakai sampai lusuh. so now need a new good handbag, dan mmg nak beli carlo rino la juga since quality satisfied ...

memang kalau beli mystery box ni, kena tabahkan hati la ya coz kita takkan tahu apa isi box tersebut. cuma of course kita tau handbag, tapi tak tahu handbag design apa, kaler apa ... kot kot yang kita suka kira bonuslah kan, kalau kita tak suka? habislah harapan! hehe.

tada! bila mrs pip buka saja bungkusan tu, terus happy dapat handbag ni. hehe. cute sangat. walaupun mrs pip berharap akan dapat kaler light blue, tapi light grey ni boleh diterima. dan design beg ni tak jauh dari apa yang mrs pip harapkan. 

Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution
Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution 

seronok juga bila kita purchased sesuatu diluar kebiasaan , rasa suspens berdebar debar nak buka tengok isi bungkusan tu ... hehe, tergelak sorang sorang pun ada. apahal lah buat kerja separuh gila mcm ni. hehe. kan lebih elok beli saja yang berkenan dihati berbanding beli mystery box item cenggini ... 

Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution
Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution 

selain tu, dapat sebiji keychain yang cute. boleh letak kunci rumah dan kunci kereta sekali. hope keychain ni tak jadi rebutan lil' Iman dan lil' Amin. dorang ni pantang tengok benda mcm ni, mesti nak berebut dgn mrs pip, dorang ingat ni toys ke apa .... hari tu keychain mrs pip dikerjakan lil' Iman, hurm, habis pecah berderai keychain tu ... 

handbag ni self-reward untuk mrs pip hasil kerja blogging. ada extra rezeki, so mrs pip belanja diri sendiri. lagipun belanja ikut kemampuan dan bajet gitew. barang ni sampai pada 28/12/17 hari tu tapi mrs pip collect pada 5/1/18.

Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution
Beli Carlo Rino Mystery Box di Lazada sempena 12.12 Online Revolution 

ni lah sebenarnya spec dari Lazada. Carlo Rino 0303964-001-51 Shoulder bag ... ada 3 pilihan warna, iaitu pink, grey dan light blue ... kan best kalau dapat yang light blue tu ... harga asal ialah RM419.00, dan sekarang ni selepas diskaun, harga ialah RM125.70 ... time 12.12 online revolution tu, harga ialah RM99.00 , tapi tu mystery box kan, bukan tau apa design beg kat dalam box tu. tapi postage agak mahal, RM37.10 ... tapi dah nak juga gatal hati beli beg Carlo Rino, hah! bayar sajalag postage tu sambil tutup mata sebelah T_T ...


dan sebenarnya, mrs pip suka yang ni 0303965-001-28 Shoulder bag ... hahaha, time beli mystery box tu kan, berdoa sangat dalam hati akan dapat yang ni! .... kuang kuang kuang .... yang ni harga beg dan harga postage sama saja dengan yang di atas tu .... so yang ni, just pendam dalam hati sajalah. tak beli lah kot, unless BFF nak bagi hadiah seketul utk mrs pip ... dan since dah ada handbag baru, mmg mr.Husband tak layan la kot request nak handbag yang ni ... kalau nak beli juga, wajiblah menabung nampak gayanya ...

review untuk beg yang mrs pip dapat tu, mrs pip bagi rating 3.5/5.0 ... material faux leather, ada short and long strap. size pun bagi mrs pip not too big not too small. boleh masuk wallet, smartphone, dan few make-up kits. ada compartents untuk handphone dan compartments berzip. 

satu lagi, mrs pip beli thru Shopback dan kemudian Shopback akan direct ke Lazada website. kenapa kena thru Shopback? kerana setiap kali guna laman web Shopback, mrs pip akan dapat sedikit penjimatan, Shopback akan reward Cashback nnt selepas selesai buat pembelian. so dapatlah sedikit penjimatan. hehe.

kalau korang nak try guna shopback, boleh klik link kat bawah ni


thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

23 Comments

  1. lepas ni blh ler bergaya ngan henbeg baru..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ... handbag still dalam bungkusan ... tak tau bila nak guna.

      Delete
  2. fuhhh cantik.. tringin nk beli, takut tak kena pulak dgn citarasa bila dah smpai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli mystery box ni memang risky la juga...

      Delete
  3. wahhh lawa jugak beg tu...walaupun mstery nasib baik berkenan di hati ea dak

    ReplyDelete
  4. cantik beg tu, tapi kalau IQ pun IQ suka beli warna biru. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, light blue tu mmg nampak mcm sangatlah cute ...

      Delete
  5. Cantik handbag baru Mrs Pip. Saya suka warna light grey tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. design handbag just nice, tapi I luv that light blue .... hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. T_T ... berharap bah kunun dpt light blue ...

      Delete
  7. cntik jgk beg tu mrs pip. Hari tu pon syu hampir nk beli, tp nasib baik x terbeli. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli lepas tu dapat brg yang ndak disukai, habislah ... terpaksa terima dengan paksa rela kan Syu.

      Delete
  8. Woww, surpriseeeeeeeeee..hehee

    ReplyDelete
  9. Cantik juga beg tu mrs pip. Ana suka juga dgn design CR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR banyak design cantik2, cuma tu lah kena pilih yang dalam bajet .. hehe.

      Delete
  10. oo..ada yea mystery box macam ni kat lazada..adeh..ketinggalan sungguh..haha..tapi cantik gak handbag yg mrs pip dpt tu..

    ReplyDelete
  11. wauuu cntik lah akak beg tu.. shopping sakan eh.. tak ajak pun kita.. hehe

    ReplyDelete
  12. Sha suka misteri-misteri ini.. Teruja walaupun beli sendiri.. Rasa macam orang bagi.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.