Resepi simple; cucur bebola kentang ... sesuai untuk juadah minum petang - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 26 August 2017

Resepi simple; cucur bebola kentang ... sesuai untuk juadah minum petang

hi there,

dah lama tak kongsi resepi ... ala, resepi mrs pip ni semuanya simple dimple easy peasy ABC saja coz mrs pip mmg tidak reti bab bab masak ni, melainkan resipi mudah :)) , kalau terasa nak makan something yummy, memang mr.Husband lah yang jadi mangsa kena masuk dapur jadi chef paksaan, ngee ...

memandangkan hati ada beberapa biki kentang lebihan selepas buat sup ayam, jadi daripada biarkan kentang tu tidak terusik, eloklah dibuat kudap kudap untuk minum petang bersama anak anak .... yang ni bagi mrs pip memang resepi mudah ... kalau korang dah bosan sangat nak buat apa dgn ubi kentang, korang boleh cuba resepi cucur bebola kentang ni ...


mcm mana nak buat? korang tau buat kuih keria tak? lebih kurang mcm tu lah cara nak buat cucur bebola kentang ni ... 

bahan-bahan dan cara membuat :-

>>> 4 biji ubi kentang sederhana besar, dikupas kulit dan direbus sehingga masak / lembut / empuk
.... kalau nak makan banyak, kenalah tambah kentang yer .. ni 4 biji just enough untuk mrs pip and lil' armies berdua tu ...

>>> setelah empuk, bolehlah melenyek ubi kentang , tapi berjati hati yer, ubi kentang masih agak panas kan ...

>>> setelah ubi kentang dilenyek sepenuhnya, masukkan garam dua - tiga sudu kecil garam dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga ubi kentang boleh dibentuk bebola dan tidak melekit di tangan anda 


>>> kalau suka, anda boleh menambah sedikit hirisan daun sup, sedikit hirisan lada besar merah dan mungkin sedikit cincangan udang atau isi ketam sebagai penambah rasa kepada bebola kentang anda ...

>>> dah siap , anda bolehlah menggoreng bebola kentang tersebut ... goreng sehingga keperangan , jangan sampai hangus pula yer kengkawan :) .. muehehe ...


dah siap? jom minum petang sambil layan baca buku ... boleh dimakan begitu saja, tak pun cicah sos cili atau sos thai , bersama segelah teh susu .... cukuplah 6 ketul untuk mrs pip *I am on diet* , tak boleh makan banyak banyak menternak lemak ... sekarang ni mrs pip nak balik ke pangkal jalan untuk hidup lebih sihat, ouch!

selamat mencuba ....

cheers.

10 comments:

  1. wwaaa... mmg sedap tu minum petang... :)

    ReplyDelete
  2. Terjumpa blog ni masa tercari2 resepi minum pg untuk breakfast

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa. Dulu selalu buat, tapi ena letak cheese kat tengah2. Ena kan hantu cheese, memang letak byk2 la

    ReplyDelete
  4. interesting lah...
    nnt akak nak cuba buat..
    sure lepas makan, angin bawah, angin atas keluar ek.

    ReplyDelete
  5. wah...sedap....dan lagi sedap kalau makan dengan sos.

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa makan time panas2 . santai petang.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. Pastu buh ketulan keju kat tengah dia pula.. Pergh!! Maveles..

    ReplyDelete
  8. ok, lepas ni mrs pip nak try pula letak cheese di tengah tengah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai....
      ni memang tak boleh la 6 ketol jer :) hi hi hi...
      mesti lebih yummy, mrspip.

      Delete