Resepi japanese tauhu masak kicap bersama mix vege

hi there,

menu ringkas mrs pip hari ni ....

japanese tauhu masak kicap bersama mix vege. nak sediakan pun sangatlah senang ... kalau korang dah hilang idea nak masak apa, jom masak yang simple simple saja ...

as you ols tahu, mrs pip ni mmg tak mampu nak masak yang complicated menu, tu mmg kena minta mr.Husband yang masakkan...

tapi utk menu simple easy peasy cenggini, bolehlah mrs pip masak T_T....


bahan-bahannya :-

2 pek japanese tauhu di potong kepada 12 bahagian
1/2 pek mix vege (atau ikut sukatan kesesuaian yang korang suka)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) dihiris
1 biji bawang bombay (saiz sederhana) dihiris
1 biji lada besar (merah) di hiris halus
tepung kanji secukupnya untuk glis
kicap
1 mangkuk air

cara memasaknya :-

1/ goreng japanese tauhu sehingga lapisan luar keperangan
2/ angkat dan toskan
3/ tumis bawang besar dan bawang bombay bersama sehingga naik keperangan
4/ masukkan mix vege, dan tumiskan seketika
5/ masukkan air dan biarkan sehingga mendidih
6/ masukkan kicap secukupnya
7/ masukkan perisa seperti garam, sos tiram, serbuk lada putih/lada hitam, pati ayam secukupnya
8/ gaul rata dan biarkan seketika ....
9/ masukkan japanese tauhu yang sudah digoreng tadi
10/ masukkan cairan tepung kanji secukupnya untuk memekatkan kuah ...
11/ dah rasa? sedap tak? segala garam dah perisa2 lain dah cukup?
12/ masak seketika sehingga kuah naik pekat, dan dah siap!

selamat menjamu selera.

macammana? senang tak nak buat? .... kalau ada daun sup, bolehlah tabur2kan, tak pun bawang goreng garing ... yum yum yum ....

happy weekend everyone.

cheers.


3 comments:

  1. Pernah makan Japanese tauhu nie.. sedap.. nanti boleh cuba masak lak cam Mrs Pip..

    ReplyDelete
  2. Wah sedap japanese tauhu, memang favorite :)

    Alang-alang buat post resepi, boleh la join blogger contest lazada. Hadiah best untuk 80 blogger :)

    Check contest sini : http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.