Kadar bayaran fidyah bagi negeri Sabah

12:39:00
hi there,

puasa ramadhan dah makin hampir.... puasa lepas dah bayar belum? .... yang puasa tak bayar2 sampai tertunggak tunggak, tu nampak gayanya kenalah bayar fidyah... jangan tak bayar fidyah pula, nanti bayaran fidyah akan berganda...

mrs pip ada 90 hari tunggakan fidyah ... byklah juga. ni tak sempat nak puasa coz pregnantkan lil' amin time tu, kemudian fully breastfeed selama 2 tahun ....

beberapa hari lepas, mrs pip nak langsaikan fidyah ni, so berjalanlah mrs pip ke jabatan agama di membakut, tapi dorg ndak accept fidyah, katanya kena pigi pusat zakat di beaufort... so, pigilah pusat zakat di beaufort pula ... tapi pegawai tu bgtau, yang boleh accept fidyah ni cuma baitulmal negeri sahaja ... so kena pigi majlis ugama, MUIS di KK ... adui!

kenapalah byk susah sgt nak bayar fidyah ni kan? Membakut ke KK mmg lah ndak jauh sgt, tapi bukan juga dekat ... kan elok kalau setiap daerah ada tempat kutipan fidyah....

last2 I GOOGLE jer lah, kot2 ada info tentang bayaran fidyah bagi negeri sabah kan ... kalau tak terbayar lagi tahun ni, nnt berganda ganda lemon fidyah mrs pil kena bayar....

sekadar gambar hiasan

kenapalah tak terfikir nak menGOOGLE terlebih dahulu, tup tup kan ada laman web perbadanan baitumal negeri sabah .... yahoo! suka suka suka ... senang hidup, tak perlu nak pigi MUIS kat KK tu semata mata nak bayar fidyah ....

Laman web Baitulmal Negeri Sabah, KLIK DI SINI

siap no. telefon lagi ... hah, telefon sajalah ... mrs pip tanya kalau boleh bayar online ke tak?  pegawai tu cakap, boleh bayar online .... syukur sangat.

Yang nak bayar fidyah bqgi Sabahan, mrs pip sharekan sekali alamat dan contact number baitulmal ok, so senang korang nak refer kelak ...

Lot 103 -104, Tingkat 1, Blok B, Wisma Muis, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088-272228 .... dan maybank account baitulmal negeri sabah pula ialah 560148685147 ... boleh ja bayar terus melalui online banking mcm mrs pip, senang lagi mudah lagi cepat!

Dan untuk kadar fidyah negeri sabah bagi tahun 2017 pula ialah 1 hari puasa yang perlu dibayar fidyah bersamaan dengan rm1.75 ....

semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua ...

P/S: kalau tak sure mcm mana pengiraan fidyah, sila sila google .. tak pun boleh call terus baitulmal dan minta dorg kirakan ....

cheers.

6 comments:

  1. sy prnh practical di zakat bfort. hanya baitulmal di kk ja yg ada kuasa utk terima pbayaran fidyah tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dieb, mrs pip ingat boleh byr kat mana2 masjid or jabatan agam islam, rupanya baitulmal jak pula...

      Delete
  2. Sha hari tu call terus jabatan agama islam kat sini.. Boleh pula terlupa ada lagi puasa tak ganti.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti Sha busy kerja, sampai terlupa nak ganti puasa...

      Delete
  3. kalau lupa dah berapa lama tinggal cmna kak pip? emm..sha pun blm bayar lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ndak pasti mcm mana aa kalau lupa...
      Maybe main agak agak ja brapa byk puasa ndak terganti ....
      Ndakpun terus kol ja baitulmal sabah, tanya mcm mana..

      Delete

Powered by Blogger.