Resepi TUNTUL masak santan

hi there,

kita berkongsi satu lagi resepi mudah .... kali ini, resepi tuntul masak santan pula... ada sesiapa tahu apa itu tuntul? .... rasanya kalau yang duduk sekitar Kuala Penyu, Membakut, Beaufort, Bongawan dan kawasan sekitarnya pasti kenal sangat dgn mr.Tuntul ni kan ....


inilah rupa tuntul, sejenis siput laut ...


ini tuntuk yang belum dimasak, dibeli oleh mr.Husband
satu pek harga berbeza
kalau tuntul yang sudah dipersihkan, satu pek berharga RM5.00 biasanya
kalau yang belum dibersihkan, satu pek RM2.00, beli 3 pek boleh dapat RM5.00

dan satu pek tuntul ni, boleh dinikmati untuk 3 orang dewasa sekali makan


bahan-bahannya:-

1 pek tuntul
2 batang serai
2 ulas bawang putih
1 potong halia 3 inci
1 mangkuk santan
garam dan gula secukupnya


cara memasaknya:-

- potong sedikit hujung bucu tuntul, dan cuci hingga bersih (kalau beli tuntul yg belum dibersihkan)
- tumis bawang putih, halia dan serai bersama 
- masukkan tuntul
- tumis seketika
- masukkan sedikit air dan masak tuntul lebih kurang dalam 20 minit
- tambahkan santan, garam dan gula
- masak sehingga semua rasa sebati
- boleh lah letakkan sedikit sos tiram atau sos ikan
- dah masak, rasa semua sudah sebati .... bolehlah dihidangkan

p/s: kalau suka makan pedas, boleh lah tambah sedikit cili api :))


mr.Husband memang feveret layan tuntul ...

bah orang-orang sabah, kamurang ada resepi lain masak tuntul?
share share bah sama mrs pip ...


dan sedap dimakan bersama sagu dihujung hujung minggu seperti ini :))

bon appetit!

senang tak nak sediakan?
kalau ada resepi tuntul yang lain, sharekan dgn mrs pip ...
tinggalkan link resepi kamurang di kotak komen ok ;))

cheers.





1 comment:

  1. Kalau dekat semenanjung kami ada juga siput ni , kami panggil siput sedit selalu masak lemak cili api sahaja. memang sedap! nanti kalau pergi Sabah boleh cuba nih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.