Petua Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Tanpa Buaian

Petua Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Tanpa Buaian || Di sini aku kongsikan tips tidurkan anak dengan mudah. Bagi pendapat aku, setiap ibu ada cara tersendiri bagaimana untuk mereka mahu tidurkan anak masing-masing. Namun begitu, tidak dinafikan juga ada ibu yang tercari-cari cara bagaimana untuk anak mereka tidur dengan mudah dan lena. 

Ketika pertama kali aku bergelar mommy, memang aku sendiri berusaha memahami pattern tidur si anak. Lagipula anak pertama aku ialah colic baby. Memang tidak mudah untuk aku handle situasi anak pertama kerana waktu itu aku memang tiada pengalaman menjaga anak.

Anak anak pula berubah waktu tidur mengikut perkembangan tumbesaran mereka, namun di sini apa yang aku kongsikan ialah tips tidurkan anak secara umum dan sesuai digunapakai untuk anak yang berusia di bawah 4 tahun.

Petua Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Tanpa Buaian

Biasakan Anak Dengan Waktu Tidur Yang Tetap

Bagi aku ini sangat penting. First thing first, kita kena bagi anak jadual waktu tidur yang tetap. Sama ada anak ketika itu mahu tidur atau tidak, kita set sahaja dulu jam berapa kita nak anak kita masuk tidur.

Macam dalam kes aku, semua anak anak aku yang berusia di bawah 4 tahun, aku set waktu tidur mereka paling lewat ialah jam 9 malam.

30 minit sebelum masuk waktu tidur, aku akan bagitau anak anak yang masa tidur semakin hampir. Aku pujuk anak anak kemaskan mainan mereka. Aku akan bersama sama mereka kemas mainan bersama.

Cara ini juga adalah satu bonding untuk aku dan anak-anak.

Kalau anak anak masih belum bersedia untuk tidur, aku tetap akan bawa anak-anak masuk bilik tidur. Mereka boleh sambung bermain di bilik tidur, tapi dengan mainan yang limited. Aku tak bagi anak anak bawa semua mainan masuk ke dalam bilik tidur.

Aku juga akan letak mainan anak anak di luar bilik tidur kerana anak anak aku jenis mudah distracted dengan toys mereka. 

Matikan Lampu Utama Di Bilik Tidur Dan Pastikan Bilik Tenang Tanpa Bunyi Yang Kuat


Menghampiri waktu tidur anak, aku akan matikan lampu utama. Biar bilik tu gelap. Cahaya yang terang mengganggu anak anak aku tidur.

Tapi macam anak kedua aku tu, dia jenis takut kalau bilik sangat gelap. Jadi aku akan guna projection light dari toys mereka. Kemudian aku arahkan ke atas siling. Toys ni best. Lampu tu nanti dalam bentuk little star.

baby toys torch light for bedroom


Yang nak cari toys yang ada lampu night star, ada music dan sebagainya, toys di atas ni harga tak sampai pun RM20 dekat Shopee. 

Boleh adjust buat lampu tu bergerak-gerak atau biarkan statik macam tu. Kalau nak ON lullaby song pun boleh, tapi macam aku memang tak akan ON apa-apa bunyi pasal aku nak anak anak tidur tanpa gangguan. Biar mereka tidur tenang tenang sahaja.

So far anak anak aku ni jenis kalau ada bunyi dari luar seperti bunyi kereta yang kuat, mereka tak terganggu. Tapi telinga mereka agak sensitif kalau ada bunyi dari dalam bilik. Mesti mereka akan bergerak-gerak kiri kanan dalam tidur.

Bilik Tidur Bersih, Kemas Dan Pengudaraan Yang Baik


Aku rasa semua ibu memang akan pastikan ruang tidur anak tu bersihkan? Aku pun jenis tak suka bilik anak anak berhabuk dan cadar tilam mesti bersih. 

Biasanya aku tukar cadar tilam seminggu sekali. Tapi kalau anak anak demam atau selesema, aku tukar setiap hari. 

Kalau tinggal di kampung, alhamdulillah udara elok. Sejuk aman damai apabila waktu tengah malam. Boleh buka tingkap biarkan udara nyaman masuk bilik.

Kalau tinggal di bandar, kalau kawasan perumahan agak berdebu, disyorkan guna air purifier. Pastikan udara bersih berada di dalam bilik yang tertutup.



Ni air purifier harga affordable berbanding yang lain, dan seller ni jual cecak 2.3K unit air purifier ni. Ibu-ibu yang perlukan air purifier dan cari harga berbaloi, klik link di atas tu.


Tapi kalau anak anak korang jenis tak sensitif dengan pengudaraan bilik dan merek aboleh tidur selesa sepanjang malam, alhamdulillah. Tak perlulah kot invest beli air purifier. Beli apabila rasa bend ani sangat perlu.

Jangan cepat terikut-ikut dengan trend semasa padahal ada banyak lagi barang lain yang lebih penting kena sediakan.

Pastikan Anak-Anak Kenyang Ketika Tidur

 
Antara sebab kenapa anak sukar tidur ialah apabila mereka lapar. Jadi sebelum tidur tu, pastikan anak-anak kenyang.

Kalau anak-anak tiada selera makan ketika makan malam, mungkin ibu-ibu boleh sediakan snek ringan yang sihat untuk mereka.

Almaklumlah, anak-anak ni ada masanya memang cerewet tak mahu makan. Jadi elok juga kalau boleh standby snek sihat untuk anak-anak.

Sekarang ni, dah banyak makanan ringan sedap dan sihat untuk anak anak. Tinggal ibu-ibu pilih sahaja mana yang berkenan di hati. 

Temankan Anak Tidur Untuk Seketika


Untuk anak anak yang masih kecil sekitar 2-3 tahun, eloklah temankan anak tidur sekejap. 

Macam aku, anak-anak suka kalau aku baring sebelah mereka dan tunggu merek lelap. Biasanya aku akan gosok-gosok belakang mereka. Takpun aku akan popok-popok manja belakang mereka. 

Sukalah anak anak bila aku buat macam tu. Kejap saja mereka akan terlena.

Kalau anak menyusu botol, apabila anak anak dah agak-agak lena, pastikan ibu-ibu ambil botol susu tu ok. Jangan biarkan mereka tidur sambil gigit botol susu tu. Nak elak gigi anak buruk, sila pastikan anak tak gigit botol susu mereka ketika tidur.

Kadang-kadang botol susu masih ada isi, kita rasa macam membazir nak buang. Bagi aku, betterlah ambil botol susu tu dan bersihkan mulut anak. Lap mulut anak dengan kain bersih.

Kalau ibu-ibu biarkan anak gigit botol susu semasa tidur, potensi gigi anak akan buruk. 

Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku berdepan dengan Iman yang buruk gigi kerana suka gigit botol susu bawa tidur. 11 gigi Iman terpaska dicabut melalui pembedahan.


Petua Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Tanpa Buaian

Jadi ini antara tips tidurkan anak yang aku praktis selama ini. Dan semua ketiga-tiga anak aku tidur tanpa menggunakan buaian.

Untuk ibu-ibu yang tidurkan anak guna buai, pastikan spring buaian tu diikat dengan tali untuk double protection kerana ada kes spring buaian putus.

Dan letakkan bantal atau alas kain di bawah buaian anak , just in case kalau buaian putus dan anak jatuh ke lantai, ada alas di bawah buaian anak ya.

Ni antara sebab kenapa aku risau guna buaian takut buaian putus.

Dan guna buaian atau tak, mana mana sahaja untuk ibu, terpulang pilihan masing-masing asalkan anak anak boleh tidur lena dan kita yang ibu-ibu ni dapat berehat apabila anak tidur awal dan nyenyak.


cheers.

Repurposed & Republished.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

3 Comments

  1. good sharing mrs pip..boleh saya praktikkan dh ada anak nanti. hehe...

    ReplyDelete
  2. memula dulu beli buaian jugak. tapi jnis hati ni takut je selalu nak tinggal anak dalam tu. lastly, jual je. dedua anak tak perlu buaian utk tido. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.