Pertandingan Matematik Kayinchu 2026 di SJKC Kung Ming Beaufort

Hello. Ni cerita abang Amin dan kawan-kawan sekolah (5 orang semuanya) pergi bertanding pertandingan Matematik Kayinchu 2026 di SJKC Kung Ming Beaufort pada 25.07.2026 Sabtu lepas (Kangaroo Math Competition). 

Mommy tulis di sini sebagai kenangan kelak. 

sjkc kung ming beaufort

Pagi tu, daddy yang hantar abang Amin, siap abang Iman & abang Nami join sekali ikut daddy. Awal daddy gerak dari rumah. Sampai di Kung Ming around 8.30am, cuak kejap pasal belum ada murid, daddy ingat salah tempat, tapi Mommy bagitau betullah di Kung Ming, 9.00am pendaftaran. So menunggulah daddy and the geng dekat kantin sekolah. 

sjkc kung ming beaufort

Tidak lama kemudian, kawan-kawan abang Amin satu persatu datang. Lepas tu salah seorang kawan tu, si Rizqi, mommy dia ambil gambar dorang satu team. Thank you Mommy Rizqi kongsi gambar anak-anak sebagai memori. 

Gambar atas dari kiri : Angeline, Rizqi, Amin, Dian, Owen

Angeline, Rizqi dan Amin ni classmates darjah 6, Dian dan Owen pula classmates darjah 5.

sjkc kung ming beaufort

Pertandingan Matematik ni ada Part 1 dan Part 2, lepas sudah siap semua murid berkumpul di ruang dewan untuk penyampaian hadiah. 

Gambar atas ni abang Amin & kawan-kawan bersama guru pengiring mereka, laoshi Voo. 

sjkc kung ming beaufort

Ni pula gambar abang Amin & kawan-kawan sahaja. Semua dapat sijil penyertaan, dan hanya Rizqi sahaja yang dapat Piala tempat ke-4. Tahniah Rizqi. 

sjkc kung ming beaufort

Ni gambar bersama semua peserta dan urusetia pertandingan. Yeay, done for the day. Memang tak akan expect abang Amin untuk menang, cukuplah sekadar memberi pendedahan dan manatau boleh tambah markah PAJSK juga. 

Next time cuba lagi. 
sjkc kung ming beaufort
Tahniah untuk semua yang menang. Semua selesai jam 12tengahari. Waktu balik tu, daddy pass batton dekat mommy untuk pick up abang Amin. Beginilah kami, memang kena ada team work bab-bab mengurus anak. 

That's all from now, bertemu lagi di lain cerita. 

____________________

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments