About Author

Header Ads

Jenama Pam Pakai No.1 Dunia – Momcozy Lancar Kempen ‘Lebih Daripada Mengepam’ Sempena Bulan Penyusuan

Kempen “Lebih Daripada Mengepam” mengetengahkan suara-suara dipercayai, menawarkan
sokongan emosi dan panduan pakar untuk mewujudkan persekitaran mesra penyusuan di
mana para ibu berasa difahami dan diberi sokongan.

Sempena Bulan Kesedaran Penyusuan, Momcozy, jenama pam payudara pakai No.1 di dunia,
dengan bangganya melancarkan inisiatif terbaharunya, “Lebih Daripada Mengepam: Sokongan Tulus dengan Suara Dipercayai”. Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat bukan sahaja
dalam memenuhi keperluan fungsional para ibu menyusu, tetapi juga dalam menyediakan
sokongan emosi dan pendidikan yang peka budaya.

pam susu terbaik

Selepas mencatat kejayaan di lebih 60 negara dan wilayah, Momcozy kini mengukuhkan
kehadirannya di pasaran penjagaan ibu dan anak yang pesat berkembang di rantau Asia Pasifik
— termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, India, Jepun dan
Australia — dengan membawa produk inovatif yang telah memenangi pelbagai anugerah serta
komuniti sokongan yang dipercayai.

“Di Momcozy, kami percaya bahawa pam payudara bukan sekadar alat – ia sebahagian
daripada sistem penjagaan yang menyeluruh,” kata Ellen Zhou, Pengarah Pemasaran APAC,
Momcozy. “Untuk mereka bentuk bagi ibu-ibu, kita perlu fahami realiti hidup mereka – malam
yang panjang, sesi mengepam di antara mesyuarat, detik ragu yang sunyi, dan saat
kebanggaan yang mendalam.

“‘Lebih Daripada Mengepam’ menghimpunkan nasihat pakar, pengalaman sebenar dan kisah
lebih empat juta ibu di seluruh dunia, agar setiap ibu berasa dihargai, disokong dan diberi
kekuatan – tidak kira bagaimana mereka memilih untuk menyusukan anak. Gabungan inovasi
dan empati inilah yang menjadikan Momcozy jenama pam payudara pakai No.1 dunia
berdasarkan pegangan pasaran. Dengan #MomcozyRealSupport, kami ingin membawa lebih
keselesaan, keyakinan dan ketenangan kepada para ibu, setiap hari.”

Barisan Produk Utama: Inovasi yang Dipercayai Para Ibu

Daripada pam payudara hinggalah ke bantal kehamilan, bra menyusu, alat urutan, peralatan
penyusuan seperti pencuci dan pensteril botol, penyejuk susu serta pemanas, Momcozy
menyokong para ibu di setiap peringkat kehamilan, penyusuan dan keibubapaan – sambil
menggalakkan mereka untuk kekal setia kepada diri sendiri dalam menjaga anak tersayang.

Jenama ini telah menjadi pilihan berjuta-juta ibu di seluruh dunia dan berkembang pesat di
rantau ini.

Suara Global, Relevansi Tempatan: Becca Kufrin Jadi Peneraju

Duta Jenama Momcozy di Amerika Syarikat, Becca Kufrin, berkongsi kisah penyusuan beliau
melalui kempen “Saat-Saat Penyusuan Saya”. Perkongsian peribadi beliau menonjolkan
cabaran dan kejayaan awal keibuan, sekali gus mengukuhkan mesej utama jenama: penyusuan
lebih daripada sekadar mengepam – ia tentang mengembalikan semula identiti diri.

Dalam kempen ini, Becca membuka kisah sebenar beliau dalam mencari fleksibiliti dalam
kekacauan, kekuatan dalam ketidakpastian, dan kebanggaan dalam setiap detik. Beliau
mengajak para ibu untuk menyertai perbualan ini dan berasa bangga dengan setiap usaha yang
dilakukan.

Di rantau Asia Pasifik, Momcozy akan mengetengahkan pakar tempatan dan ibu-ibu sebenar
dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut budaya – bagi menangani cabaran penyusuan
yang khusus dalam konteks tempatan.

Kredibiliti Klinikal dan Pendidikan Dipandu Pakar

Keibuan hadir dengan pelbagai persoalan, dan bimbingan profesional yang boleh dipercayai
adalah sangat penting. Untuk memenuhi keperluan ini, Momcozy telah menubuhkan Lembaga
Penasihat Perubatan (MAB) — yang diketuai oleh Dr. Fran Haydanek, Dr. Krupa Playforth, dan
Latham Thomas — menghimpunkan kepakaran dalam bidang pediatrik, laktasi, kesihatan ibu
dan kesejahteraan holistik.

Lembaga ini membimbing reka bentuk produk, membangunkan kandungan pendidikan, dan
memastikan semua sokongan yang diberikan adalah berasaskan sains, empatik dan relevan
untuk para ibu di seluruh dunia.

Perbualan Inklusif & Memberdayakan: Kerjasama bersama NAPS dan Mama Glow

Dengan kerjasama dua entiti berwibawa dalam penjagaan maternal — NAPS dan Mama Glow,
Momcozy menyampaikan program-program yang berkesan dan mendapat sambutan hangat di
seluruh dunia, termasuk di rantau Asia Pasifik.

Bermula Ogos ini, Momcozy dan NAPS akan melancarkan siri webinar empat bahagian, yang
akan disiarkan setiap Jumaat pada jam 1 tengah hari EST. Siri ini akan membincangkan topik-
topik penting seperti strategi mengepam dan rutin malam – dengan panduan praktikal yang
berpaksikan asas klinikal untuk ibu bapa baharu.

Pada 5 Ogos, Momcozy dan Mama Glow akan memperkenalkan program pertama mereka
bersama – sebuah sumber digital yang boleh dimuat turun bertajuk “Bina Komuniti Penyusuan
Anda”, yang menawarkan sokongan penyusuan yang sensitif budaya untuk keluarga.
____________________

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments